Skip to main content

Tokan Movie - Malam Gala

Assalamualaikum,

Selepas kejayaan menerbitkan filem Aku Ada Kau Ada, PENCIL PICTURES & RECORD SDN BHD kembali dengan sebuah filem aksi berjudul TOKAN. Walaupun masih lagi baru di dalam dunia penerbitan filem, ianya bukan menjadi satu alasan untuk tidak sama-sama menghasilkan karya-karya yang terbaik dalam industri perfileman tempatan. Syarikat penerbitan yang diketuai oleh Dato' Normashayu Puteh ini sentiasa mencari peluang untuk sebaris dengan syarikat-syarikat penerbitan filem yang lain dan ini terbukti dengan terhasilnya filem Tokan ini.

Tokan diarahkan oleh seorang pengarah yang berbakat besar iaitu Ghaz Abu Bakar. Kreativiti serta kebolehan yang ada pada beliau menjadikan Tokan mempunyai sentuhan yang lain dan mempunyai elemen-elemen dramatik yang luar biasa. Tokan membariskan pelakon-pelakon hebat Malaysia antaranya Zizan Razak, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Johan As'ari dan Liyana Jasmay. Ianya turut dikuatkan dengan menampilkan pelakon hebat yang disegani iaitu Wan Hanafi Su dan juga pendatang baru yang sedang meningkat naik iaitu Wanna Ali.

Melihat pada gabungan artis yang menjayakan filem ini pastinya sesuatu yang terbaik dihidangkan kepada penonton semua. Melaka dan sekitar Kuala Lumpur menjadi latar lokasi utama bagi filem ini. Metrowealth Sdn. Bhd menjadi syarikat pengedar, pemasaran serta promosi untuk filem yang membelanjakan sekitar RM2 juta untuk kos keseluruhan pembikinan.
Sinopsis filem TOKAN

Berita kematian Tuan Gan memeranjatkan semua TOKAN di Malaysia, termasuklah Tuan Kamli (Wan Hanafi Su). Tuan Kamil adalah bapa kepada Suri (Liyana Jasmay) dan Wana (Wanna Ali), juga merupakan seorang TOKAN terbesar di Melaka. Terdapat 7 orang lagi Tokan lain di bawah kuasanya termasuklah Mat Lobe (Zizan Razak).

Mat Lobe merupakan antara TOKAN yang paling muda di antara TOKAN lain di Melaka. Mat Lobe adalah seorang yang kelakar dan suka bergurau. Suri, Wana, Yusof (Pekin Ibrahim) dan Solihin (Soffi Jikan) juga sering disakat dan dikacau oleh Mat Lobe.

Solihin adalah seorang daripada Tokan di Melaka. Solihin merupakan seorang yang kreatif dalam proses pembuatan dadah. Dia banyak menghabiskan masanya di dalam makmal untuk memproses dan mengkaji dadah-dadah yang dihasilkan olehnya.

Yusof berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan ditawarkan bekerja di sebuah kilang yang dimiliki oleh Tuan Kamil. Setelah bekerja beberapa bulan di kilang tersebut. Tuan Kamil telah menganggap Yusof seperti anaknya sendiri. Yusof telah diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan serta pengawal peribadi Tuan Kamil.

Selama khidmat bersama Tuan Kamil, Yusof tidak pernah tercedera atau dicederakan sehinggalah pertemuannya dengan Rano (Johan As'ari). Rano, adalah seorang tentera yang telah menarik diri dari khidmat ketenteraan kerana diupah oleh seseorang untuk membunuh semua Tokan di Malaysia. Di samping menjalankan misi yang diupah, Rano turut menyimpan dendam terhadap Tokan di Malaysia kerana adiknya telah ditangkap menjadi keldai dadah di Brazil.

Apakah kesudahanya, Tokan akan merungkai seganya mulai 26 Disember 2013 ini. Jangan lupa saksikan di pawagam berdekatan anda. Filem ini Asyik bagi 4 bintang. Setakat ini memang memuaskan hati bila tengok kerana jalan ceritanya memang menarik.
Sedutan dari filem Tokan.
Sepanjang Malam Gala TOKAN.
Johan As'ari, Wanna Ali dan Zizan Razak.


JuzzThin dan Waris. Penyanyi lagu tema Tokan.

Liyana Jasmay pun ada. Sweet gilos.

Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim pun lagi lah sweet bersama Giorgio Izas selaku photographer of the day.

Asyik dengan Uqasha Senrose.

Soffi Jikan cool giler.

Warisss... Bertingkek-tingkek rasanya. haha

Zizan Razak..wehuuu..dapat juga jumpa dia. Perangai sama jea dalam raja lawak itu. haha. Melawak suka hati dia jea.


Trailer Tokan.

Till Next Entry.
xoxoxo

Comments

  1. Jalan cerita agak menarik tetapi ade beberapa kelemahan yg perlu diperbaiki... (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelemahan dr segi teknikal itu mmg perlu diperbaiki tp jln cerita dan pelakon mmg terbaik..;)

      Delete
  2. Replies
    1. filem ttg dadah..mmg agak berat tp seronok utk ditonton sbb ada zizan..ada kelakarnya juga..:)

      Delete
  3. bestnye die snap pic dengan retis2, ohhmyygodd, abam zizang. semartnyeww diewww.heks

    ReplyDelete
  4. macam menarik.. pelakon-pelakon pon hebat2.

    ReplyDelete
  5. Rasanya filem nie lebih mempertaruhkan pelakon jee....tapi untung la yea dapat pergi press screening dan jumpa in person ngan ZIZAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelakon mantap, jln cerita ok bolehlah nak berjaya..:)

      Delete
  6. salam kenal. singgah sini terus tinggal jejak. jom ke teratak saya dan sudilah follow sekali eh. maceh... >_<

    "thumbs up 4 soffi jikan!"

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah..nanti pg tgk yer filem ini..best..:)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.