Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Metrowealth

Event : Press Conference HyppTV dan Mangkin Prestij

Assalamualaikum, Perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM) yang pernah memenangi anugerah HyppTV mengumumkan kerjasamanya dengan Mangkin Prestij Sdn Bhd, bagi menawarkan filem-filem blockbuster tempatan yang terkini ke platform HyppTV tahun ini dalam sidang akhbar di Menara Kuala Lumpur. Perjanjian perkongsian tersebut telah dimeterai oleh Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM bagi pihak TM dan Jane Lim, Pengarah Urusan, Mangkin Prestij bagi pihak Mangkin Prestij. Pada 28 Mei 2014 HyppTV dan Mangkin Prestij telah berkolaborasi bagi menawarkan para pelanggan HyppTV dengan filem-filem blockbuster Melayu terbaik dan terkini melalui saluran Video On Demand (VOD) HyppFlicks+. Melalui kerjasama ini, filem-filem yang dihasilkan oleh Mangkin Prestij kini boleh didapati di bawah HyppFlicks+ pada HyppTV (Saluran 801) sebagai pilihan TV on-demand, yang pertama untuk HyppTV. Dengan penawaran terkini ini, pelanggan HyppTV menerusi UniFi TM dan juga pa...

Majlis Pra-tonton Filem Muka Surat Cinta

Assalamualaikum, Pada entry yang lepas Asyik ada berkongsi sedikit review untuk filem Muka Surat Cinta yang sedang hangat berada di pawagam sekarang. Kalau ada yang masih belum baca review tersebut boleh tekan SINI . Kali ini Asyik nak berkongsi apa yang berlaku di sekitar majlis pra-tonton. Biar yang gambar bercerita. hehe Sesi bergambar bersama penerbit, pengarah dan pelakon. Ramai pelakon baru yang sedang mencipta nama. Mikail Andre dari Malaysia, Nina Iskandar dari Brunei, Atikah Suhaime dari Singapura dan Azwan Kombos dari Malaysia. Deq Noor, Giorgio Izas dan sahabat lama merangkap staff MIG iaitu Zul. Dah macam Wak Doyok pula sekarang ini. Mestilah ada gambar dengan pelakon dan pengarah juga. Tetamu yang hadir memeriahkan majlis. Termasuk keluarga Nina Iskandar yang terbang jauh dari Brunei untuk menyaksikan filem pertama anak mereka. Good Luck Nina. Hehe..Blogger bergambar jer keje nya. Akhir sekali jangan lupa saksikan filem Muka Surat Cinta di pawag...

Muka Surat Cinta - Review Filem

Assalamualaikum, Bersesuaian dengan prinsip "Bintang Di Cipta Bukan Di Lahirkan" dari MIG, Muka Surat Cinta membariskan muka-muka baru sebagai peneraju utama seperti Nina Iskandar, Atikah Suhaime, Azwan Kombos, Mikael Andre dan Afiera Riana. Memantapkan lagi barisan artis yang menerajui filem ini adalah artis yang berpengalaman seperti Hilal Azman, Lan Zailan dan Ramah Harun. Filem arahan Pierre Andre ini secara tidak langsung menggabungkan artis dari 3 buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei. Lokasi pengambaran adalah sekitar Lembah Klang dan Selangor. Sinopsis Mengisahkan tentang pencarian Putra (Mikail Andre) seorang pensyarah penulisan di sebuah kolej terpaksa mengahwini Luna (Nina Iskandar), atas kehendak ibu bapanya. Kehidupan rumah tangga Putra dan Luna tiada kemesraan. Pelbagai usaha yang dilakukan Luna untuk menarik perhatian Putra namun gagal. Di kolej, Putra sering diganggu oleh seorang pelajar perempuan, Nurul (Atikah Suhaime. Nurul merupakan...

Laki-Laki - Movie

Assalamualaikum, Selepas satu persatu kejayaan filem yang ditayangkan, kali ini MIG tampil dengan filem komedi terbaru iaitu LAKI-LAKI. Selepas kejayaan filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang dan Highland Tower, kali in MIG mengetengahkan filem bergenre komedi untuk disajikan kepada penonton. Filem ke-87 terbitan MIG ini membariskan pelakon-pelakon antaranya Angah Raja Lawak, Zul Suphian, Adey Syafrien, Mie Raja Lawak, Azrel Ismail, Zaibo, Kamal Faridz dan Mikael Andre. Filem ini diarahkan oleh Ahmad Rusli Mohamed Khadri. Selain itu, lokasi pengambaran filem ini dilakukan sepenuhnya di Pulau Pangkor, Perak selama 23 hari. Sinopsis Filem 5 lelaki, 1 program, 1 pulau terpencil. Itu sahaja yang diperlukan untuk 5 lelaki ini menjadi kawan baik selamanya. Razak (Zul), Abu (Angah), Azman (Azriel), Samad (Mie) dan Jerry (Adey) mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza namun apa yang mengaitkan mereka semua adalah satu masalah yang sama yang membawa mereka semua ke satu progr...

Aku Pilih Kamu

Assalamualaikum, AKU PILIH KAMU, sebuah filem terbitan METROWEALTH (MIG) sebagai variasi kepada peminat-peminat filem melayu dalam membuat pilihan. Kepelbagaian genre terbitan MIG sejak ditubuhkan hingga kini membuktikan MIG sentiasa memberi kelainan kepada peminat filem tempatan.  Filem ke-85 terbitan MIG mempertaruhkan gandingan mantap Intan Ladyana dan Fezrul Khan yang digandingkan buat pertama kalinya di layar perak. Yang menariknya filem ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zain Hamid, Azhan Rani, Sherry Merlis, Angah Raja Lawak dan Adik Yana.  Filem yang mendapat sentuhan pengarah Eyra Rahman pastinya akan memberi gambaran serta impak romantik buat penonton semua. Sentuhan Eyra dalam menghasilkan filem bergenre sebegini tidak asing lagi buat dirinya yang telah berpengalaman dalam mengarahkan filem seperti Aku Terima Nikahnya, 2 Kalimah dan Bercinta. Penonton pastinya akan disajikan dengan babak-babak yang membuai emosi dan perasaan. Sekitar ...

Highland Tower

Assalamualaikum, Sinopsis Highland Tower Mika dan Nizam mempunyai idea untuk membuat dokumentari pendek di sebuah tempat seram, dimana mereka akan membuat liputan di sebuah bangunan bersejarah Highland Tower. Dengan bantuan pihak produksi daripada MIG, Mika dan Nizam berjaya mendapatkan dana daripada pihak produksi MIG yang sangat berminat dengan idea yang telah dibentangkan oleh mereka. Pihak produksi juga telah membantu dalam menambahkan ahli kumpulan mereka iaitu Shima Anuar, Atikah Suhaime, Eddy Rauf dan juga Zairi zainal. Hari yang dinantikan sudah tiba, mereka akhirnya mereka bertujuh ketempat yang dirancangkan. Pada malam pertama sudah cukup membuatkan mereka sekumpulan berasa sangat seram. Macam-macam kejadian aneh yang telah berlaku. Ada yang mendengar bunyi yang sangat membingitkan melalui earphone, dan lampu kamera tiba-tiba terpadam. Lagi mengejutkan apabila Shima hilang disembunyikan oleh sesuatu. Kumpulan Mika dan Nizam berasa susah hati dan mereka mencari Shim...