Monday, April 29, 2019

MAJLIS SINAR RAMADHAN & MERINGANKAN BEBAN oleh JAKEL.

Assalamualaikum,
Seramai 50 orang kelainan upaya (OKU) telah diraikan dalam satu majlis ringkas yang berlangsung pada hari Sabtu, 27 April 2019 di Jakel Mall Kuala Lumpur.

Sumbangan duit raya dan baju raya telah disampaikan oleh Datuk Hj Mohamed Faroz Mohamed Jakel (Pengarah Urusan Kumpulan Jakel).

Majlis CSR ini diceriakan juga dengan penampilan istimewa dari Duta Raya Jakel Awal Ashaari , Scha Alyahya dan Lara Alanaa. Keluarga selebriti terkenal ini juga merupakan duta Jakel telah meraikan mereka yang dari golongan orang kurang berupaya  cacat penglihatan.

Melalui Jakel, Awal Ashaari serta isteri Scha Alyahya dan anak mereka Lara Alanaa menyalurkan rezeki berupa sepasang baju melayu dan baju kurung koleksi terbaru aidilfitri nanti serta sedikit duit perbelanjaan menjelang ramadhan.

Awal Ashaari sekeluarga seronok kerana dapat memilihkan baju raya buat mereka yang rata-ratanya teruja berjumpa dengan selebriti buat kali pertama. 
Terima kasih kepada jakeltextile Awal,scha dan lara kerana membantu mereka yang memerlukan. 

Semoga sumbangan ini dapat mengembirakan mereka untuk menyambut bulan Ramadhan & Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti.

#csrjakel #jakelbarulahraya #ragamanraya #seronoknyaraya
#schawalaraxjakel #awalashaarixjakel #schaalyahyaxjakel #laraalanaxjakel
Artikel by Maya Mahat , 
Photo dan video by @jakeltextile , @schaalyahya @awalashaari @laraalanaa.

Terima kasih.

Sunday, April 28, 2019

Ariani Floraya 2019 Fashion Show

Assalamualaikum,
Menyuntik inspirasi floral, Ariani kembali ke pentas peragaan dalam mempersembahkan Ariani Floraya 2019 bersama rekaan hijab dan busana yang lebih segar. Ucapan pembukaan majlis oleh Datin Farah Haryani , Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M)Sdn Bhd. Para tetamu disajikan irama 90an sebagai apresiasi kegemilangan zaman ini sebagai simbolik 11 tahun jenama ARIANI di pasaran.

Peragawati melangkah penuh gaya dengan 40 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan printed yang terdiri daripada koleksi Selendang Cluster, Selendang Frackle Flow, Selendang Calgary, Instant Ferrera, Instant Valerie, Instant Tuscany, dan banyak lagi diterjemahkan dalam atmosfera dewan yang dihiasi Bunga-bunga pastel dengan tema flora botanical.

Ratu rock lagenda, Ella telah memeriahkan acara dengan mengadakan persembahan pembukaan. Ella telah mendendangkan lagu Layar Impian dan Permata Pemotong Permata selepas itu disusuri dengan persembahan lagenda rock Amy Search benar-benar memukau dengan lagu hits Isabella dan Fantasia Bulan Madu.

ARIANI LUXE diperkenalkan pada 2017 dan merupakan rangkaian koleksi hijab premium yang direka oleh pereka berkemahiran dan berpengalaman dengan sentuhan elemen perincian lace dan Swarovski  eksklusif.

Diikuti dengan peragaan ARIANI LUXE dan koleksi ARIANI READY-TO-WEAR (RTW). ARIANI RTW sekali lagi tampil dengan selebriti Ayda Jebat , Mira Filzah dan Bella Dally. Dalam majlis ini ARIANI telah memperkenalkan selebriti baru ARIANI RTW iaitu Sheila Rusly. Semua koleksi Ariani Floraya 2019 ini menyasarkan untuk semua wanita dipelbagai peringkat usia.

ARIANI RTW menampilkan 30 daripada 70 koleksi lebaran yang merangkumi kurung moden polos , kurung printed moden dan jubah. Kesemua rekaan ARIANI RTW mengangkat seni cetakan dalam nuasa pastel dan vibrani yang menyerlahkan lagi sisi kewanitaan para pemakainya tatkala menyambut Aidilfitri dan saat berkunjung ke rumah terbuka.
Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel  membuat kejutan dengan memberi jambangan bunga kepada isterinya Datin Farah Haryani Muhammad Philip.
Ucapan pembukaan majlis oleh Datin Farah Haryani , Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M)Sdn Bhd
Ikon Ariani , Datuk Seri Siti Nurhaliza
Mira Filzah
Selebriti baru Ariani , sis sheila rusly dengan 8 koleksi bersama Ariani
Bella Dally
Ayda Jebat
Amber Chia antara peragawati yang memperagakan busana dari Koleksi ARIANI Floraya 2019 ketika Legenda Rock Amy Search menyanyikan lagu Fantasia bulan madu.
Sitizoners antara fan artis yang datang bagi support.

Photo by Maya Mahat

Terima kasih.