Saturday, March 23, 2013

Hijabista April 2013

Assalamualaikum,
Happy March. Macam-macam perkara yang baik datang malah rezeki alhamdulillah semakin bertambah. Walaupun ada juga yang tak berapa enak dihadapi tapi masih boleh tersenyum kerana hal-hal yang kecil sebegini. Sebagai contoh macam gambar kat bawah itu lah. Memang dah tak ingat yang Asyik pernah jawab satu soalan dari facebook hijabista magazine. Memang tak ingat langsung. Tiap-tiap bulan wajib untuk Asyik beli majalah Hijabista. 

Sejak dari edisi pengenalan lagi Asyik dah mula beli dan kumpul majalah ini. Tapi edisi bulan April 2013 ini tak sangka pula ada terselit gambar Asyik sekali kat dalam itu. Walaupun kecil jea tapi seronok juga. haha. Siap nama penuh lagi itu. Memang kelakar. Terima kasih untuk Hijabista Magazine. Asyik memang suka baca dan tengok info-info di dalam majalah ini. Banyak membantu dalam kehidupan seharian.

Cewah, ayat bukan main lagikan.

Kardigan vs Kot. Korang suka yang mana?

Koleksi majalah Hijabista Magazine Asyik dan novel-novel kat belakang itu.

Gambar kat bawah ini pula sebenarnya saja jea. takde idea dah nak cakap pastu nak sharelah sikit aktiviti dalam instagram Asyik. Korang mesti akan cakap 'ala ntah pape jea Asyik ini, benda macam itu pun nak share' haha. tak kisahlah nak share juga. hihi

Aliazekri828 tu sebenarnya Aliah Lee. Tak sangka pula dia nak balas and tag balik instagram Asyik dan dia siap follow instagram Asyik pula itu. Terima kasih akak cantik Aliah. Dia memang sangat cantik dan baik. Pernah jumpa aritu manis orangnya. Macam anak dara lagi ok. Bertambah cantik sebab bertudung. hihi

Itu jeala untuk kali ini. Nanti Asyik update lagi yea entry baru.
Till next entry.
xoxo

Tuesday, March 19, 2013

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Assalamualaikum,
Akhirnya selepas dah banyak kali rancangan nak ke Bukit Bendera terbengkalai akhirnya semalam dapat juga Asyik menjejakkan kaki ke sana. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. dari rumah Asyik nak ke Bukit Bendera rasanya mengambil masa dalam sejam. Taklah jauh sangat tapi sebab Asyik naik feri untuk ke seberang itu yang lambat sikit. Sesaje berjalan sebab dah lama tak ke pulau. Asyik pergi bersama dengan mak dan adik. 

Dulu ingatkan nak ke Bukit Bendera masih lagi menggunakan kereta kabel macam yang kita naik kalau nak ke Genting Highland tu tapi rupa-rupanya dah bertukar dengan keretapi. Keretapinya pendek jea tapi nak naik ke atas itu curam betul dan tinggi. Tapi Asyik rasa lagi selamat dari naik kereta kabel kot. hihi.

Suasana kat atas Bukit Bendera itu memang sangat best. Udaranya segar dan permandangannya sangat cantik. Kita boleh lihat sebahagian dari Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera. Memang sangat cantik, malah kita boleh nampak Laut yang sangat luas dan bahagian semenanjung yang nampak lapang jea. Serius memang kagum dengan kekuasaan Allah S.W.T. Cantiknya memang tak boleh dibuat oleh kita manusia.


Ada banyak benda menarik kat atas Bukit Bendera itu. Salah satunya tentulah permandangan yang cantik. Ramai juga pelancong asing yang datang ke situ untuk bergambar. Ada tempat makan yang menjual makanan yang sedap. Owl Museum pun ada. Nak bergambar dengan ular pun boleh tapi Asyik takkan pernah nak cuba. haha. Takutttt. Selain dari itu ada juga hotel dan restaurant untuk sesiapa yang teringin nak menginap kat Bukit Bendera. Sejuk tau kat atas itu. Tapi taklah sesejuk kat Genting Highland.

Harga tiket untuk ke Bukit Bendera murah jea. Rm8 untuk naik dan turun ke bawah semula. Kalau untuk senior citizen pula kalau tak salah lagi murah. Tempatnya memang menyelesakan. Sampai terasa nak ada rumah kat atas itu. Petang-petang boleh lepak-lepak sambil tengok matahari terbenam. Menarikkan. Kalau ada yang teringin nak ke Penang. Asyik rasa Bukit Bendera salah satu tempat yang korang boleh pergi. Nak guna public transport pun sangat mudah. Teksi dan bas rapid memang sentiasa ada. Last sampai pukul 10 malam. Lagipun Bukit Bendera pun tutup pukul 10 malam. Jadi memang takkan ada masalah untuk kesana.

Sampai kat sini jeala Asyik membebel. Kalau ada nak tanya tentang Bukit Bendera boleh tinggalkan komen yea. hehe. Jom tengok gambar Asyik kat sana.

































Till Next Entry.
xoxo

Friday, March 15, 2013

Press Conference & Premiere Screen Film 'Sembunyi Amukan Azazil'

Assalamualaikum,
Semalam satu pengalaman baru yang Asyik dapat sebab dapat join satu event yang sangat best iaitu press conference dan premiere screen film 'Sembunyi : Amukan Azazil'. Asyik dapat jemputan daripada Giorgio Izas dan Giorgio Izas dapat jemputan dari kawan sekelas dia yang merupakan effect artis untuk filem ini. Memang sangat kebetulan semuanya berlaku. Tak sangka pula ada premiere screen untuk filem itu ingatkan press conference jea. Dapatlah tengok wayang free dan jumpa artis dari filem tersebut. Memang best dapat tengok wayang bersama dengan artis popular dan dapat makan bersama dengan krew-krew filem tersebut. Berlangsung di Cineleisure damansara @curve. Film Directed by Kabir Bhatia (FilmScape Production) Akan Di Tayangkan Di Pawagam pd 28 March 2013. Secara ringkasnya filem ini bukan macam filem seram yang ntah pape yang kita pernah tengok itu. Cerita ini ada mesej yang pada realiti hidup kita memang logik dan kadang-kadang memang berlaku.

 “Sembunyi : Amukan Azazil” merupakan filem seram arahan pertama sutradara Kabir Bhatia. Karya yang pada mulanya menggunakan judul ” Azazil ” bakal menjengah ke panggung pada 28 Mac 2013 setelah sekian lama diperam oleh pihak produksi Grand Brilliance dan Filmscape ini. Filem yang mengambil masa 26 hari untuk disiapkan dan dibuat pada bulan Ramadhan ini membariskan pelakon hebat Remy Ishak, Diana Danielle, Umie Aida, Sharnaaz Ahmad, Fizo Omar, Sara Ali dan Emelda Rusmila, filem ini bakal menjadi menyuntik nafas kualiti baru dalam filem genre seram industri perfileman tempatan. Filem yang menelan belanja RM1.8 juta ini merupakan filem pertama gandingan Remy Ishak dan Sharnaaz Ahmad serta menggunakan kesan khas ” make-up” (silicon base) bagi menghidupkan lagi karektor-karektor watak yang dilakonkan. 

Filem Sembunyi: Amukan Azazil mengisahkan tentang Aishah (Diana Danielle), seorang wanita muda yang hidup semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Malayu, telah bangun di sebuah kampung yang tenang setelah tidak sedarkan diri ketika melarikan diri daripada cengkaman tentera Jepun. Di situlah bermulanya kehidupan baru beliau dan tidak lama setelah menetap disitu, ia telah menjadi semakin jelas bahawa kampung tersebut ada menyembunyikan sesuatu yang misteri. Aishah mula dihantui oleh kehadiran seorang gadis muda yang cacat yang tidak ada orang lain melainkan beliau yang boleh melihatnya. Beliau juga mendapati bahawa ada makhluk yang berlegar-legar di dalam hutan di sekitar kampung yang menjadikan para penduduk sebagai mangsa pembunuhan. Makhluk itu adalah Azazil. SOURCE

Datin Seri Paduka Umie Aida sedang ditemuramah kat belakang itu.

Sesi PhotoShot - Emelda Rosmila, Umie Aida, Tg. Iesta Tg. Alaudin (GM Grand Brilliance), Kabir Bhatia, Alfie Palermo, Remy Ishak.

Sambil bergambar sambil makan bersama satu meja ngan Script Writer 'Alfie Palermo', Editor 'Lan' & Effect Artist 'Dani'.

Aliah Lee pun datang juga. Cantik sangat dia. Maaf dengan kualiti gambar yea.

Dan tak lupa blogger terkenal Cik Epal. Peramah orangnya.

Selepas Sesi Tayangan Perdana - Menonton Bersama Pelakon2 Film tersebut. Orang depan sibuk sesi soal jawab, orang kt belakang sibuk dok bergambar... He3...

Sesi Press Conference.

Sesi PhotoShot - Emelda Rosmila, Datin Seri Paduka Umie Aida dan Remy Ishak.

Cair tak?haha

Remy Ishak with me. Heeee... Remy sangat peramah dan tak sombong plus hensem. Lagi hensem jumpa live dari tengok dalam tv.

Yang ini Remy Ishak bersama hero hati saya. hahahaa..

Remyyyy.. Kalau nak jumpa call yea. hahahaha.. 'Dalam mimpi bolehlah'..kah2..

Jangan lepaskan peluang untuk tengok filem ini. Memang best dan Asyik rasa tak rugi kalau tengok.

Till Next Entry.
xoxo