Assalamualaikum, Setelah bertukar tempat kerja ke Kelantan banyak betul perkara yang baik terjadi. Alhamdulillah dengan rezeki dari Allah S.W.T. selepas kahwin ini. Salah satu rezeki minggu lepas pada 28,29 dan 30 April 2015 Asyik berpeluang ke Pulau Perhentian bersama dengan pelajar. Yang suka itu sebab tak perlu bayar apa-apa pun. Semuanya dah disediakan dan diuruskan oleh pelajar. Asyik dan Giorgio cuma perlu menjadi pensyarah pengiring saja. Memerhati dan memberi pandangan sekiranya pelajar tersebut memerlukan. Tujuan ke Pulau Perhentian adalah untuk memenuhi kehendak subjek yang mereka ambil iaitu mengadakan satu aktiviti amal. Jadi mereka memilih untuk membuat kerja amal di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian. Kerja amal bersama dengan pelajar sekolah tersebut ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang grafik atau komunikasi visual disamping untuk memberi keyakinan kepada pelajar berhadapan dengan dunia realiti selepas habis pengajian nanti. Bak kata pepatah sa...