Assalamualaikum, Bulan enam. Half year dah sekarang ini. Tak lama lagi puasa kemudian raya. Sekejapnya masa berlalu. Asyik masih rasa seperti awal tahun lagi. Masih mencari-cari sesuatu untuk membuat diri sendiri berasa bangga. Masih dalam pergelutan dari segi pekerjaan. Tapi rezeki itu ada dimana sahaja yang penting usaha dan berdoa jangan lupa. Chaiyok chaiyok.. Usaha jangan putus asa! Setakat ini apa yang dicapai memang seronok. Tapi belum mencapai tahap yang Asyik inginkan lagi. Dengan permulaan bisness baru The Izas Design diharapkan dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih untuk sokongan kawan-kawan. Lagi satu tentang Premium Beautiful Corset, itupun bisness terbaru juga. Harap dapat mencapai target. Kemudian dengan bertambahnya kenalan dari kalangan blogger. Ramai kenalan dari rakan blogger yang semakin rapat. Yang sebelum ini hanya komen dari blog tapi sekarang dah pernah berjumpa. Alhamdulillah dari situ dapat merapatkan silaturahim bersama. ...