Skip to main content

Flights to Tokyo

Assalamualaikum,
Pernah teringin melancong ke negara matahari terbit? Bandaraya metropolitan Jepun ini bukan sahaja satu pusat ekonomi yang pesat membangun, malah nilai sejarah lamanya masih mekar dipelihara oleh kerajaan Jepun. Memandangkan sekarang sudah masuk ke musim bunga, ini merupakan satu waktu yang paling sesuai untuk anda berkunjung ke Jepun kerana pada waktu ini, bunga simbolik negara Jepun iaitu sakura atau cherry blossoms tengah berkembang mekar. Pasti anda tidak mahu melepaskan peluang ini kerana pada waktu ini jugalah, pelbagai jenis penerbangan sedang melakukan promosi tiket penerbangan pergi balik murah! Jadi tunggu apa lagi? Berkunjunglah ke laman web syarikat penerbangan untuk book flights to Tokyo online.
Metropolitan Tokyo merupakan salah satu daripada bahagian timur pulau utama Jepun, merangkumi kepulauan Izu dan Ogasawara. Bandaraya ini terbentuk pada tahun 1943 hasil gabungan 23 bekas wilayah Tokyo. Bandaraya ini juga merupakan ibu negara dan bandaraya terbesar di Jepun dengan penduduk melebihi 12 juta orang. Tokyo juga disifatkan sebagai satu daripada tiga pusat pemerintahan ekonomi dunia disamping Bandaraya New York dan London. Selain daripada pembangunan ekonominya yang pesat, Tokyo juga merupakan pusat kerajaan Jepun dan Istana Diraja serta tempat bersemayam kerabat Diraja Jepun. Tokyo juga menyaksikan pelbagai jenis perayaan sepanjang tahun. Antaranya termasuk perayaan Sanno di Kuil Hie, Sanja dan Kuil Asakusa dan Perayaan Kanda. Perayaan Kanda mengetengahkan perarakan kereta berhias dan ribuan orang akan melimpahi perayaan ini untuk menyambutnya. Pada hari Sabtu terakhir setiap bulan Julai, pertunjukan bunga api besar-besaran yang disambut di Sungai Sumida akan menarik lebih sejuta penonton termasuklah pelancong-pelancong asing. Pada musim bunga seperti sekarang pula, bunga sakura akan berkembang mekar dan penduduk Tokyo akan membanjiri Taman Ueno, Taman Inokashira dan Kebun Negara Shinjuku Gyoen untuk aktiviti riadah.

Jika anda hendak melancong ke Tokyo, isu pengangkutan tidak seharusnya menjadi kerisauan anda kerana Tokyo merupakan pusat pengangkutan jaringan kereta api, darat, udara domestic serta antarabangsa. Pengangkutan awamnya pula merangkumi rangkaian tren subway dan laluan bawah tanah yang meluas meliputi sebahagian besar bandaraya Jepun. Selain daripada rangkaian tren, bandar Tokyo juga diselenggarakan oleh rangkaian bas, taxi serta trem. Di luar bandar Tokyo, Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Wilayah Chiba merupakan gerbang utama untuk pelancong antarabangsa ke Jepun. Di sini, syarikat penerbangan utama Jepun seperti Japan Airlines, Nippon Airways, Air Japan dan Delta Airlines menjadikan Narita sebagai hab utama penerbangan domestik serta antarabangsa. Jika anda berkunjung ke Jepun, anda dinasihatkan untuk menggunakan tren sebagai pengangkutan utama untuk ke tempat tourist attraction yang utama. Ini akan memakan masa paling sedikit serta pengangkutan yang menjimatkan kos anda. Bukan itu sahaja, malah jika anda berkunjung ke Tokyo, isu penginapan juga tidak akan menjadi satu masalah kerana terdapat banyak jenis hotel serta motel yang murah terletak strategik ditengah-tengah bandaraya ini. Anda hanya perlu membuat booking online yang awal sebelum anda bertolak ke sana kerana pada musim bunga inilah, semua penginapan akan cepat diisi oleh pelancong-pelancong tempatan serta asing.

Selain itu, adalah disarankan untuk anda meletakkan price alert di aplikasi mobil anda untuk mendapatkan update harga hotel serta tiket penerbangan yang paling murah atau berpatutan. Ini akan memudahkan anda kerana anda tidak lagi perlu ke website airlines tersebut berkali-kali. Saya sarankan anda book Singapore airlines Malaysia online untuk mendapatkan pelbagai tawaran yang menarik.
Jom semua kita pergi bercuti. 

Comments

Popular posts from this blog

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatu...

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se...

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Assalamualaikum, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!, adalah filem ke-86 terbitan Metrowealth (MiG) dan merupakan satu lagi fenomena baru bagi penerbitan filem tempatan. Dengan terhasilnya karya ini memperlihatkan keterbukaan pihak MiG dalam menghasilkan filem-filem yang sangat variasi. Perjalanan filem ini yang penuh dengan unsur-unsur nasihat dan dakhwah berjaya di sampaikan dalam bentuk komedi secara bersahaja. Penampilan buat julung kalinya seorang Penceramah Bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus ke layar perak pastinya menjadi satu keistimewaan buat filem ini. Begitu juga dengan gandingan hebat daripada pasangan Shiro yang menjadi penggerak utama filem ini. Pastinya tidak kering gusi melihat karenah dan lawak mereka yang sentiasa mempunyai idea-idea yang spontan. Melihat kepada pemilihan para pelakon yang menjayakan filem ini membuktikan bahawa MiG sentiasa membuka ruang serta peluang kepada mereka yang di luar sana untuk sama-sama membintangi filem-filem terbitan MiG. Pelakon-pelakon ter...