Friday, May 30, 2014

Event : Press Conference HyppTV dan Mangkin Prestij

Assalamualaikum,
Perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM) yang pernah memenangi anugerah HyppTV mengumumkan kerjasamanya dengan Mangkin Prestij Sdn Bhd, bagi menawarkan filem-filem blockbuster tempatan yang terkini ke platform HyppTV tahun ini dalam sidang akhbar di Menara Kuala Lumpur.

Perjanjian perkongsian tersebut telah dimeterai oleh Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM bagi pihak TM dan Jane Lim, Pengarah Urusan, Mangkin Prestij bagi pihak Mangkin Prestij. Pada 28 Mei 2014 HyppTV dan Mangkin Prestij telah berkolaborasi bagi menawarkan para pelanggan HyppTV dengan filem-filem blockbuster Melayu terbaik dan terkini melalui saluran Video On Demand (VOD) HyppFlicks+.

Melalui kerjasama ini, filem-filem yang dihasilkan oleh Mangkin Prestij kini boleh didapati di bawah HyppFlicks+ pada HyppTV (Saluran 801) sebagai pilihan TV on-demand, yang pertama untuk HyppTV. Dengan penawaran terkini ini, pelanggan HyppTV menerusi UniFi TM dan juga pakej-pakej Streamyx 4Mbps dan 8Mbps boleh menikmati filem-filem blockbuster tempatan terbaik, seawal dua minggu selepas penayangannya di pawagam pada harga RM15 setiap judul, mulai 1 Jun 2014. Seisi keluarga boleh menonton filem-filem blockbuster Melayu terkini di rumah, tanpa gangguan cuaca, malah ketika di luar HyppTV Everywhere. Saluran ini tidak hanya menampilkan filem-filem blockbuster tetapi telemovie eksklusif untuk pilihan lengkap yang disasarkan kepada pelanggan dan peminat hiburan tempatan.

    
    
Pelancaran HyppFlicks+ dan sesi soal jawab bersama media.
    
Selesai sesi soal jawab, majlis diteruskan dengan sesi bergambar dan makan tengahari.
View of Kuala Lumpur from KL Tower.
Para pelakon dan orang kuat HyppTV serta Mangkin Prestij.
One of the best moment bila dapat berjumpa dengan Diana Amir. Lemah lembut dan mesra orangnya.
Nina Iskandar salah seorang pelakon di bawah naungan Metrowealth kini telah berhijab. Cantik kan.
    
Yang tengah itu Mak tersayang Asyik yea. Bawa sekali untuk temankan sekejap sambil bawa berjalan ke KL Tower.
Salah satu hasrat nak naik KL Hop On Hop Off ini. Tak sempat pula haritu nak cuba. Tapi berjemur jugalah kalau naik itu. hehe
Last but not least outfits of the day. Simple and comfortable.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Sunday, May 25, 2014

Product Review : Systema Spiral 0.02mm Extreme Clean

Assalamualaikum,
Untuk sesiapa yang sangat mahukan berus gigi yang mempunyai tahap membersihkan yang extreme, korang boleh cuba Systema Spiral 0.02mm Extreme Clean. Asyik dah cuba dan sememangnya menjadi kegemaran Asyik sekarang. Dari dulu Asyik memang suka dengan berus gigi jenama Systema sebab berusnya halus dan mencuci gigi dengan bersih. Tapi bila ada Systema Spiral ini memang bertambah suka lagi nak guna. Istimewanya berus ini ialah kerana hujung berus yang tirus yang boleh menembusi lebih dalam di bawah garisan gusi dan celah-celah gigi serta bahagian yang paling sukar dicapai dan berus ini kurang memberi tekanan pada gigi dan gusi. Jadi kita boleh memberus dengan selesa.
Berus gigi ini dapat membersihkan 40% lebih plak dari berus gigi biasa ini kerana filamen yang berbentuk hexagon dipintal menjadi spiral yang membolehkan 6 sisi tajamnya membersihkan plak dengan lebih berkesan. Pemegangnya pun mudah dipegang dan tak mudah licin. Asyik memang suka berus gigi ini. Korang mesti kena cuba juga yea.
Price : RM8.90
Rated : 5/5

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Friday, May 23, 2014

Product Review : Maybelline Clear Smooth BB Stick

Assalamualaikum,
This is another BB Cream that I would like to share with you girls on how they works on face. BB Cream pertama yang Asyik cuba berbentuk stick. Berdasarkan packaging ia memang memudahkan bila nak sapu ke muka. Tapi korang perlu gunakan span yang sesuai untuk meratakan krim tersebut. BB Cream ini boleh menutupi bahagian wajah yang mempunyai warna yang tidak rata. Texture pada BB Cream ini seperti powder. Bila mula-mula guna ia macam krim biasa tapi bila disentuh dan disapu ia seperti powder dan rasa sangat halus.
   
Maybelline Clear Smooth Shine Free BB Stick SPF 21 PA+++
Comes in 2 shades (Fresh and Natural)
10g
For oily skin
Plastic packaging is light, simple and easy on travels. I am using Natural and this color works on me and it really smooth on my face. It comes with SPF which is great for our hot weather here. And due hot humid weather after a couple of hours it looks oily and you have to blend it again. But for me everything is good.
   
Maybelline Clear Smooth BB Stick
Where to buy: Watsons/ Guardian
Price: -
Rated : 3.5/5

Till Next Entry.
Love, Asyik

Sunday, May 18, 2014

Birthday Celebration with BFF

Assalamualaikum,
Serius bersyukur ada kawan yang selalu dan tak pernah lupa setiap kali tarikh lahir Asyik. Setiap tahun dia akan telefon untuk wish birthday dan siap nyanyikan lagu birthday lagi. Tahun ini baru sempat celebrate sama-sama. Mestilah bff yang belanja makan. hehe. Seperti yang dijanjikan Asyik memang suka makan di Seoul Garden. Boleh pilih nak makan apa semua ada. Especially seafood paling Asyik suka dan ada mcm-mcm lagi makanan lain. Kalau cerita bab makan memang semua orang suka. hehe. Jomlah tengok gambar yang Asyik sediakan.

1st round. Belum cukup lagi. Round seterusnya memang dah tak ambil gambar sebab tengah gelojoh makan. hehe


Semua ini memang favourite Asyik. Haishh lapar dah ini.

Dim Sum pun ada yea kat Seoul Garden AutoCity, Penang ini. Dan meet my BFF Romaizah. Thank you dear belanja makan untuk 3 hari berturut-turut. hehe. Asyik tidur rumah dia sebab ada plan lain pula lepas itu.

Hari kedua dia belanja Briyani Milani. Perghh mantap giler briyani ini. Sangat sedap tau. Makan di Kapitan Kulim. Harga dalam RM10.90. Asyik memang jarang makan macam ini. Jadi dia bawa untuk bagi Asyik rasa briyani yang memang sedap ini.
Nah setepek muka Asyik. haha. Nanti Asyik update reunion sekolah Asyik pula yea. Banyak betul aktiviti waktu cuti. Hampir 10 tahun tak jumpa kawan-kawan sekolah, bila jumpa semua dah tak kenal Asyik. haha. Tau sebab apa? Sebab dulu sekeping sekarang berkeping-keping dah. Tu yang nekad nak diet ini. haha. Tapi kalau gaya dah makan macam kat atas itu macam mana nak cepat kurus. Itu yang kena minum Per'l Xlim selalu. hehe. Cewah sempat promote lagi. Oklah tunggu next entry Asyik yea. Jangan lupa shopping tudung di Tudung Asyik tau. 

Love, Asyik.

Sunday, May 11, 2014

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum,
Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang.

POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah".

Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim. Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda sedang menikmati minuman Per’l Xlim, ia akan membantu menjaga bentuk badan dan mengekalkan bentuk badan yang langsing. Dengan menikmati Per’l Xlim, anda pasti akan memiliki lengkung badan yang mempesona! Per’l Xlim Siri mempunyai 2 produk iaitu Per’l Xlim Café (Coffee) dan Per’l Xlim Choco (Chocolate Drink).
  
Per’l Xlim Café (Coffee)


Per’l Xlim Choco (Chocolate Drink)

Kandungan yang terdapat di dalam kedua produk ini sangat bagus untuk mendapatkan tenaga yang luar biasa dan kelihatan cantik pada masa yang sama.

1-      Ekstrak Green Coffee Beans (Kopi Hijau)**
  • i. Green Coffee Beans adalah biji kopi yang belum dipanggang.
  • ii. Kandungan Asid Klorogenik dalam kopi hijau membantu badan meningkatkan kadar metabolisme badan dan membantu seimbangkan gula dalam darah dengan menghalang pembebasan glukos dalam badan.
  • iii. Oleh itu, badan akan membakar lemak dalam badan anda sebagai sumber tenaga dan ini akan menyumbang kepada proses penurunan berat badan.
2-      Ekstrak White Kidney Beans (Kacang Ginjal Putih)**
  • i. White Kidney Beans akan membantu mengelakkan perut daripada memecah karbohidrat kepada gula ringkas. Jadi, kalori tidak akan diserap ke dalam badan.
  • ii. Tambahan lagi, White Kidney Beans adalah makanan kaya serat, protein, vitamin dan mineral. Ia akan membuat anda rasa kenyang untuk masa yang lebih panjang. Jadi anda tidak akan mempunyai keinginan untuk makan.
3-      Kacip Fatimah
  • i. Menstabilkan hormone dalam badan, memantapkan tisu yang memerlukan hormonestrogen dan melewatkan proses penuaan.
4-      Kolagen
  • i. meningkatkan kelembapan kulit serta memperbaiki kulit kasar dan kulit berparut.
Per’l Xlim sangat berbeza dengan produk dari pengeluar kopi yang lain kerana ia mempunyai kelebihan yang sangat banyak. Tidak seperti produk lain yang hanya tertumpu pada sesuatu bahagian sahaja. Per’l Xlim memberi anda seribu satu kelebihan yang merangkumi seluruh aspek dalam menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan.

Apabila produk ini diamalkan ia mungkin mempunyai kesan sampingan yang biasa seperti rasa dahaga selepas minum Per’l Xlim. Tetapi jangan risau penyelesaiannya anda hanya perlu  minum banyak air untuk membantu menggalakkan proses detoksifikasi. Ini adalah proses biasa dalam mendapatkan tubuh badan yang ideal.

Cara-cara untuk mengambil Per'l Xlim, anda hanya perlu minum Per'l Xlim:
  • Dua kali sehari 30 minit sebelum sarapan pagi dan makan tengahari anda.
  • Sebaik-baiknya satu paket dengan 150ml air setiap kali anda minum Per'l Xlim.
  • Untuk Per'l Xlim Café, kami cadangkan minum Per'l Xlim setengah jam sebelum sarapan pagi dan makan tengah hari.
Faedah yang anda dapat dari Per'l Xlim ialah ia membantu untuk menurunkan berat badan tanpa ponteng makan dan bersenam. Mudah untuk diamalkan, hanya perlu bancuh dengan air panas. Malah sesuai untuk orang dewasa yang sibuk bekerja, suri rumah dan juga untuk pelajar. Ia boleh dimakan oleh lelaki dan wanita.


Blogger juga dijemput untuk menghadiri pelancaran produk Per'l Xlim ini. Bertempat di Alessio, Publika pada 23rd April 2014. Seramai 8 orang blogger dijemput untuk melihat sendiri produk terbaru dari Power Root disamping mencuba produk ini. 


Alessio, Publika.


 Per’l Xlim, Bloggers Meet-up.
 Tempat ini sangat selesa dan sesuai untuk bersantai.
Produk terbaru dari Power Root. Per’l Xlim Café (Coffee) dan Per’l Xlim Choco (Chocolate Drink).
Penerangan oleh marketing manager Power Root berkenaan dengan produk Per’l Xlim. Banyak betul kelebihan produk ini berbanding produk yang lain.
 Blogger juga diberi keistimewaan untuk melihat TVC pertama berkaitan produk Per’l Xlim.
 Antara blogger yang datang memeriahkan aktiviti pada hari tersebut. Masing-masing excited nak mencuba produk terbaru dari Power Root.

Sebagai wanita, I have to try this product. Siapa tak mahu kurus dengan mudah dan cepat. Jadi pastikan anda juga turut mencuba produk ini nanti. Sama-sama kita boleh berkongsi kelebihannya. Nantikan review dari saya selepas ini. Anda boleh dapatkan produk ini di Mydin, Giant, Aeon dan Aeon Big, Cold Storage dan outlet yang terpilih yang menjualnya.

Untuk maklumat lanjut anda semua digalakkan untuk melawat dan klik button like page ini :

Pastikan anda semua like page ini yea. Banyak kelebihannya untuk anda nanti. Jumpa lagi di next entry.

Friday, May 9, 2014

Happy Birthday To Me

Assalamualaikum,
Semakin bertambah umur tahun ini. Makin hari makin tua tapi banyak lagi perkara yang belum sempat buat. Tak tahulah sempat ke tidak untuk buat. Kalau masih dipanjangkan umur InshaAllah sempatlah membalas jasa-jasa keluarga. Pada 7 May 2014 haritu genaplah umur Asyik yang ke ** tahun. Malas nak tulis nombor itu. Korang boleh tahu sendiri nanti. haha. Sebelum tidur memang selalu online guna smartphone kejap. Bila dah birthday ini banyaklah ucapan yang diterima. Pastu bila nak lelapkan mata jer tiba-tiba ada segerombolan manusia masuk bilik sambil menyanyi lagu birthday. Haishh rasa macam nak menangis kejap. Kalau ada yang follow Instagram Asyik mungkin ada tengok gambar Asyik dengan muka blur dan mamainya.Terkejut orang serbu masuk bilik macam itu. Terima kasih bebanyak untuk family Asyik yang sanggup buat surprise macam itu. Untuk semua kawan-kawan pun terima kasih banyak untuk doa kalian semua. Semoga Allah S.W.T membalas kebaikan korang semua.

Birthday cake untuk Asyik. Red velvet and fruits. Sedap giler. Paling suka icing dia.

Sebelah petang Asyik keluar dengan family. Pergi makan di Kopitan Classic White Coffee. Penuh makanan atas meja untuk Asyik saja.
Sweet and Sour Fish Fillet with Rice menjadi pilihan.
Banana Split yang sedap sungguh alahai. ;)
Air liur meleleh macam coklat itu sekarang ini. ha3
Banana Split dan Ice Kacang.
Last sekali Chick Slice Cheese Toast Bread. Puas hati makan kat sini, semua sedap. Harga pun berpatutan. Asyik makan saja orang lain yang belanja. hehe. Terima kasih semua untuk doa kalian.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Dengan SECRET LAXING Anda Tidak Perlu Risau Lagi.

Assalamualaikum,
Sekarang semua orang mahu cantik dan kurus. Ditambah pula dengan lambakan produk diluar yang memang mendorong semua untuk menjaga kesihatan. Bagi Asyik ia memang bagus tetapi Asyik kurang suka kalau produk yang menggunakan pil atau kapsul. Sebab kurang suka makan ubat. Tetapi berlainan dengan Secret Laxing kerana produk ini ia di dalam bentuk cecair. Lebih mudah untuk diserap ke dalam badan dan sedap bila diminum. Secret Laxing merupakan produk pelangsing yang menggabungkan berbagai aspek pengurangan lemak tubuh dalam satu botol secara mudah, sihat dan efektif. Kelebihan yang terdapat dalam produk ini adalah untuk membantu mendapatkan bentuk badan yang diingini. Ia berfungsi untuk membunuh lemak yang degil dalam badan. Itu baru satu kelebihan, nak tahu lebih lagi kena baca sampai habis yea.
Secret Laxing dirancang secara khusus untuk menahan nafsu makan, mempercepat metabolisme, detoksifikasi racun dalam tubuh, membakar lemak terutama di paha, lengan dan perut. Banyak ubat penurun berat badan lainnya tidak mengecilkan bahagian tubuh tetapi hanya mengurangkan lemak, sehingga bahagian tubuh yang kehilangan lemaknya menggelambir. Secret Laxing akan membantu mengecilkan bahagian tubuh dengan lemak yang banyak berkumpul ( terutama perut, paha dan lengan) dengan efektif. Secret Laxing juga dapat menurunkan berat badan TANPA diet yang ketat. Di bawah adalah bahan-bahan yang terdapat di dalam produk Secret Laxing.

Honey, Prune, Delima, Goji Berry, Sireh, Beet Root, L-carnitine, Senna Leaf, Garcinia Cambogia, Green Tea, Acai Berry, Dandelion, White Kidney Bean, Grape Extract dan Rose Water.
Kelebihan atau khasiat Secret Laxing ini adalah untuk membantu mengawal berat badan dan membentuk tubuh yang ideal, mengecilkan lingkaran pinggang dan merampingkan perut, meningkatkan pembakaran kalori & lemak tubuh. Green Tea pula membantu menormalkan kolesterol dalam gula darah. Ia juga berfungsi sebagai anti-oksidan dan mengoptimalkan proses detoks racun dan memperbaiki sistem pencernaan, membantu memperbaiki penampilan tubuh dan mengencangkan otot, membantu mengawal rasa lapar, membantu meningkatkan energi dan stamina, meningkatkan metabolisma pembakaran lemak menjadi tenaga. Ia juga mengandungi serat konsentrat untuk membantu melancarkan proses buang air besar dan memperbaiki sistem pencernaan tubuh serta mencegah timbulnya penyakit merbahaya malah menjaga kesihatan mata dan kulit serta menjadikan tubuh awet muda.

Bagi yang ada masalah sembelit dan susah buang air besar produk ini memang sesuai kerana ia membantu :
✿Sembelit kronik
✿Masalah penghadaman
✿Sukar membuang air besar
✿Toksin dalam badan
✿Dapat menurunkan berat badan

Kandungan di dalam Secret Laxing ialah 250 ml untuk satu botol.
Harga : RM33 (WM) / RM35 (EM)

Cara penggunaan pula sangat mudah: 
✿ 2 sudu besar sebelum melakukan sebarang aktiviti.
✿ Jangan makan lebih dari yang dianjurkan.
✿ Dilarang makan oleh ibu hamil dan menyusui.
✿ Sesuai dimakan dari umur 18 – 50 tahun.
✿ Hindari minuman bersoda dan minuman beralkohol, kerana akan mengurangkan efek produk.
✿ Perbanyakkan minum air putih dan buah untuk melancarkan sistem metabolisme tubuh dan meningkatkan kerja suplemen ini.
Jadi apa tunggu lagi, jom kita serbu dan dapatkan Secret Laxing segera. Boleh lihat di page yang Asyik sediakan dibawah.


Till Next Entry.
Love, Asyik.

Tuesday, May 6, 2014

Product Review: Shiseido Laboratories Evenese DR Mask II

Assalamualaikum,
Have you ever try Shiseido Mask? This is my review. The packaging is very light and easy to carry and its perfect for travel. They don't have any weird smell and its very comfortable for my nose. When worn it will not melt and easy to dry. You just have wash your face and put this mask for 30 minutes/until it dry and then you can remove it. The hardest part is when you want to remove it. It very painful and I felt like I don't want to wear it anymore. huhu *crying. My face was red and felt hot for quite a while after the procedure. The function of this mask is for whitening and revitalizing. It comes in a convenient size of 12g per pack, each for one single used. It's made in Tokyo Japan, printed on the back of each pack. 

The packaging of Shisiedo Laboratories Evenese DR Mask II

1st picture when I wore the mask *creepy. haha. 2nd picture is after peel of the mask. Little bit shining and my skin felt smooth and hot because of the removing procedure. *hurt. 

The mask after remove from my face. It also take out my face hairs. *crying again. If you want to try you can try because the whitening process is good but the process to remove the mask from your skin it is very hurt. I am not recommend this mask for you. huhu. Sorry.

Price: RM3 per pack
Rated: 2/5

Till Next Entry.
Love, Asyik.