Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Food

Food Review : Monster's Crazy Crunchy

Assalamualaikum, Yummm yummm. Alhamdulillah kenyang rasanya dapat makan Monster's Crazy Crunchy tak kira waktu. Terdesak pun boleh makan dengan cepat. Cara Asyik kalau tak sempat nak sarapan dan makan tengahari, Asyik makan Monster's Crazy Crunchy jea. Bukan setakat sedap tapi mengenyangkan. Waktu petang pun kalau nak hi-tea sesuai juga makan Monster's Crazy Crunchy. Coklat pekat dan rainbow bubble rice pula ranggup bila kunyah. Digabungkan dua-dua bahan itu sememangnya terbaik. Menemani waktu membaca buku pun boleh. Menemani di waktu kerja pun sedap juga. Kat office pun Asyik makan juga. Bahagian dalam Monster's Crazy Crunchy. Coklat dan rainbow rice yang telah digabungkan. Makan dengan coklat yang cair memang sedap. Selamat mencuba. Harga RM7 per jar. Nak beli boleh hubungi 0197004166 atau email ke crazycrunchy14@gmail.com atau singgah ke Crazy Crunchy Official . Till Next Entry. Love, Asyik.

Dubu Dubu Daebak

Assalamualaikum, Teringin pula nak makan Korean food, last dapat makan Korean food sebulan yang lepas. Lama juga, itu pun masa ke IOI City Mall Putrajaya. Pergi sana sebab nak cuba tengok District 21. Tengok saja bukan nak main sangat pun sebabnya kesuntukan masa. Habis jea jalan-jalan beli barang apa yang patut macam biasa dah penat mesti lapar. Mula-mula itu kononnya nak makan kat Magnum Cafe tapi cari tak jumpa dan perut dah berkeroncong sangat jadi Dubu Dubu di depan mata maka masuk terus tanpa fikir panjang. Asyik memang pengemar makanan Korea. Kalau boleh semua nak cuba asalkan halal. Asyik order  Honey Garlic Bulgogi Beef Set dan husband order  Dol Sot Bibimbap. Penat juga nak habiskan sebab banyak pula lauk dia. Tapi puas hati dapat makan Korean food. Harga pun takdelah mahal sangat sebab berpatutan dengan kuantitinya.  Dol Sot Bibimbap  RM17.90 dan  Honey Garlic Bulgogi Beef Set RM20.++. Mungkin pada bukan peminat Korean food mungkin akan cakap ...

Nandos #AjakAyam

Assalamualaikum, Lebih kurang sebulan yang lepas ceritanya dalam entry ini. Punyalah lambat Asyik nak update. Sekarang ini memang kurang mood nak update blog, tak tahulah apa masalah punya malas. Malas sangat-sangat sampai nak makan pun kadang rasa malas nak buat. Okay sambung cerita utama pasal Nandos, Suzai yang ajak makan-makan. Tak tahu pun dia nak ajak makan kat Nandos, memang betul ajak-ajak ayam. haha. Asyik dengan blurnya siap tanya lagi nak makan kat mana sedangkan Suzai dah invite dalam facebook untuk accept ajak ayam Nandos. Pastu barulah faham rupanya Suzai nak belanja Nandos dengan kawan-kawan blogger dan kawan dia yang lain. Slow betul Asyik sekarang ini. Lebih kurang 14orang yang datang temasuk Suzai. Blogger yang hadir Sabrina ataupun Sabby Prue , Syafiqah Hashim , Susuegoodday  dan Ruby . Yang lain Asyik kurang kenal sebab kebanyakanya kawan sekolah atau rakan tempat kerja Suzai. Tapi kitaorang sangat seronok dapat berborak lama-lama, bergosip sikit...

D’Kayangan Steamboat & BBQ

Assalamualaikum, Salah satu tempat untuk korang santai sambil makan steamboat dengan kawan-kawan atau keluarga Asyik cadangkan korang pergi makan di D'Kayangan Steamboat dan BBQ di Seksyen 13, Shah Alam. Banyak pilihan yang boleh dimakan kat situ. Asyik dah pergi haritu siap bawa rakan-rakan lain lagi. Semua seronok dapat makan steamboat di D'Kayangan sebab banyak pilihan untuk diaorang. Menunggu kedatangan rakan-rakan yang lain dan tak sabar nak makan. Kalau korang nak pergi sila tempah dulu sebab tempat ini sangat ramai peminatnya dan selalu penuh. Kalau boleh datanglah hari yang bukan hari cuti yea. Konsep restoran ini ialah grill, stim, BBQ dan masakan panas yang disediakan secara buffet. Keistimewaan disini ialah sup tomyam, sup ayam dan sos BBQ dan semestinya kambing panggang setiap hari dan sangat lazat lagi menyelerakan.  Pelbagai pilihan makanan laut dan bebola seperti ketam, udang segar, potongan ikan, filet, ayam, kupang, tiram, kerang, kepah, dan ...

Orange Berries Cafe anjurkan Baby Shower untuk Red Mummy

Assalamualaikum, Pengemar FROYO (Frozen Yogurt)? Asyik salah seorang darinya. Tapi nak dapatkan froyo yang sedap dan murah itu memang mencabar. Tapi setelah adanya Orange Berries Cafe Asyik rasa masalah itu dah tak ada. Froyo dari Orange Berries Cafe setanding dengan jenama froyo yang lain. Banyak pilihan yang boleh dipilih kat situ. Bukan setakat itu saja, kafe ini juga menyediakan banyak lagi pilihan makanan. Red Mummy pula kebetulan nak buat surprise baby shower party untuk kawan baik dia jadi Orange Berries adalah tempat yang sesuai untuk aktiviti tersebut.  Berdebar-debar masa itu nak tunggu kak Liza ini datang sebab semua nak says 'SURPRISE' hehe. Majlis diteruskan dengan ucapan dan doa supaya majlis diberkati dan semoga Orange Berries akan terus maju selepas ini. Orang kuat dalam menguruskan majlis ini iaitu Halim Brothers dan Red Mummy. Special cake for Kak Liza. Disamping itu ada lucky draw dari Red Mummy. Asyik dapat second prize iaitu h...