Assalamualaikum, Good thing to know bahawa Muslimah Clothing Industry di Malaysia kini semakin berkembang dan berada di platform yang cukup kukuh. Sebagai peminat setia industri fesyen tempatan, tiada yang lebih membanggakan daripada melihat koleksi pakaian hasil rekaan pereka tempatan diperagakan di pentas-pentas peragaan yang eksklusif dan mendapat liputan meluas media. Lebih-lebih lagi apabila koleksi pakaian Muslimah juga kini diangkat sama tinggi dan semakin mendapat tempat di hati ramai penggiat fesyen. Situasi yang amat berbeza pada 5 tahun dahulu dimana kebanyakan jenama-jenama Muslimah agak ‘struggle’ untuk membina platform sekaligus mempromosikan nama mereka agar lebih dikenali. Kini, dengan bantuan media social seperti Facebook dan Instagram, kita dapat lihat pertumbuhan jenama-jenama pakaian Muslimah tempatan yang berjaya meraih pengikut yang ramai serta mengaut keuntungan yang besar. Perkembangan fesyen Muslimah yang pesat ini juga didorong oleh hasil r...