Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Street Art

Street Art Laman Seni 7

Assalamualaikum, Salah satu kawasan tumpuan di Shah Alam yang sememangnya memberi inspirasi dan juga tempat untuk penggiat seni yang kreatif menghasilkan karya ialah di Seksyen 7, Shah Alam. Tempat ini berdekatan dengan kawasan kedai dan butik yang popular. Tempat ini merupakan tumpuan para pelajar untuk mengambil gambar. "Laman Seni 7" adalah kesinambungan projek "Laman Seni 2". Sama seperti projek sebelumnya di Seksyen 2, projek ini akan memberi fokus kepada peningkatan lorong belakang di kawasan itu. Projek ini akan lebih ke arah seni. Ia akan menjadi platform untuk generasi muda terutamanya pelajar, untuk meluahkan bakat mereka dan idea-idea baru. Pendek kata, "Laman Seni 7" bertujuan untuk menjadi pusat tumpuan bagi golongan muda berkumpul untuk menggunakan ruang yang diberikan untuk faedah masyarakat. Kesemua hasil karya mereka memang patut dibanggakan. Laman Seni project is brought to you by  Majlis Bandaraya Shah Alam . ...

Penang Street Art

Assalamualaikum, Salah satu tarikan utama di Pulau Pinang sekarang ialah dengan adanya mural menarik di bangunan-bangunan lama di sini. Mural yang menarik ini telah dilukis oleh Ernest Zacharevic berasal dari Lithuanian. Kebanyakan mural disini adalah berkaitan dengan budaya dan kehidupan penduduk di Pulau Pinang. Ramai pelancong asing dan orang tempatan yang datang untuk bergambar dengan mural di sini dan memeriahkan lagi jalan-jalan lama di Penang yang penuh dengan jualan hasil kraftangan yang tersendiri. Sememangnya susah untuk dijumpai ditempat lain kerana kebanyakan kraftangan yang dibuat memang unik dan terhad. Let's go and see what my hometown can give you.. :) Welded Iron Wall Caricatures. They have 52 sculptures located in George Town. Meet Minions in Penang, by Ernest Zacharevic.      Owl Shop which you can purchase cute items represent owl and near from that shop you can rent a bicycle to take a ride around the town.   ...

Art Sphere 208ty - The Atmosphere

Assalamualaikum, Seperti yang dijanjikan pada entry SINI  Asyik dengan gembiranya nak memperkenalkan satu lagi tempat yang menarik di Malaysia. Sekarang tak perlu dah nak pergi luar negara untuk jumpa semua ini. Dalam Malaysia dah banyak dan cukup kreatif. Bertempat di The Atmosphere, Sri Kembangan, tempat ini berdekatan dengan Giant Equine Park. Address The Atmosphere Sdn Bhd 1-3 Jalan Prima Tropika Barat 2, Taman Prima Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Terdapat 80 jenis mural yang dilukis oleh 20 pelukis yang berbakat. Ada mural berbentuk 2D dan 3D semuanya memang menarik untuk kita bergambar. Pastikan kalau pergi bateri kamera cukup sebab anda memang akan menyesal kalau kamera anda kehabisan bateri. Satu lagi pakai kasut yang sesuai sebab anda perlu pusing-pusing kawasan tersebut untuk mencari mural yang banyak tersembunyi.Nanti sakit kaki susah ler nak berjalan. Rugilah kalau ada yang terlepas pandang. Asyik pun teringin nak pergi lagi se...