Assalamualaikum, Bazaar merupakan satu cara untuk peniaga online menjual produk dan barangan mereka kepada pelanggan secara terus. Ini juga dapat membantu pelanggan untuk mendapatkan harga yang murah dan penerangan yang lebih lengkap berbanding di dalam online. Bazaar bayaHista 2014 merupakan satu lagi platform untuk peniaga-peniaga online melibatkan diri dan berjumpa terus dengan pelanggan mereka. Asyik berkesempatan pergi ke bazaar bayaHista 2014 pada 7 June lepas. Tujuan utama nak tengok tempat baru yang belum pernah pergi iaitu di Encorp Strand Mall, Kota Damansara sambil shooping di Bazaar bayaHista dan nak jumpa Kim Jong Kook yang datang ke Malaysia sekali. Sesiapa peminat Running Man mungkin kenal. Itu Asyik cerita entry lain yea. Memang dah berjanji dengan Fana nak jumpa kat sana. Masing-masing ada niat yang sama. hehe. Nak jumpa Kim Jong Kook. Sebelum jumpa Jong Kook Asyik shopping dan pusing-pusing bazaar untuk tengok apa yang menarik. Masa datang itu Najwa Latif tenga...