Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Blogger

Nandos #AjakAyam

Assalamualaikum, Lebih kurang sebulan yang lepas ceritanya dalam entry ini. Punyalah lambat Asyik nak update. Sekarang ini memang kurang mood nak update blog, tak tahulah apa masalah punya malas. Malas sangat-sangat sampai nak makan pun kadang rasa malas nak buat. Okay sambung cerita utama pasal Nandos, Suzai yang ajak makan-makan. Tak tahu pun dia nak ajak makan kat Nandos, memang betul ajak-ajak ayam. haha. Asyik dengan blurnya siap tanya lagi nak makan kat mana sedangkan Suzai dah invite dalam facebook untuk accept ajak ayam Nandos. Pastu barulah faham rupanya Suzai nak belanja Nandos dengan kawan-kawan blogger dan kawan dia yang lain. Slow betul Asyik sekarang ini. Lebih kurang 14orang yang datang temasuk Suzai. Blogger yang hadir Sabrina ataupun Sabby Prue , Syafiqah Hashim , Susuegoodday  dan Ruby . Yang lain Asyik kurang kenal sebab kebanyakanya kawan sekolah atau rakan tempat kerja Suzai. Tapi kitaorang sangat seronok dapat berborak lama-lama, bergosip sikit...

Favourite Spa : Jentayu Spa and Salon Secret

Assalamualaikum, Bekerja bagai nak pengsan dibuatnya sampai terlupa kesihatan diri yang paling penting kena jaga. Tambah pula musim panas sekarang ini, pening kepala, sakit badan dan sebagainya senang sangat menyinggah. Kadang-kadang itu terfikir nak bercuti jea, setiap kali pergi kerja dalam kepala ini cuma fikir nak cuti dan rehat tapi bukan senang nak dapat cuti. Baru-baru ini kebetulan pula dapat jemputan ke spa dari Hai Blogger! . Seronok bagai nak rak dibuatnya. Memang saat-saat yang dinantikan. Spa ini mempunyai service yang sangat lengkap iaitu dari rambut sampai ke kaki semua boleh cuci habis. hehe. Yang Asyik tengok dulu tahu apa? Asyik akan tengok dulu ialah harga dia. Memang berbaloi sebab harga yang ditawarkan bermula dengan RM30 hingga RM1200 (untuk pakej bersalin). Terbaik kan. Pelajar sekolah pun boleh turut sama sebab spa ini ada pakej untuk student juga. Jentayu Spa and Salon yang terletak di pinggir ibu kota adalah pilihan tepat bagi sesiapa yang ingin mer...

D’Kayangan Steamboat & BBQ

Assalamualaikum, Salah satu tempat untuk korang santai sambil makan steamboat dengan kawan-kawan atau keluarga Asyik cadangkan korang pergi makan di D'Kayangan Steamboat dan BBQ di Seksyen 13, Shah Alam. Banyak pilihan yang boleh dimakan kat situ. Asyik dah pergi haritu siap bawa rakan-rakan lain lagi. Semua seronok dapat makan steamboat di D'Kayangan sebab banyak pilihan untuk diaorang. Menunggu kedatangan rakan-rakan yang lain dan tak sabar nak makan. Kalau korang nak pergi sila tempah dulu sebab tempat ini sangat ramai peminatnya dan selalu penuh. Kalau boleh datanglah hari yang bukan hari cuti yea. Konsep restoran ini ialah grill, stim, BBQ dan masakan panas yang disediakan secara buffet. Keistimewaan disini ialah sup tomyam, sup ayam dan sos BBQ dan semestinya kambing panggang setiap hari dan sangat lazat lagi menyelerakan.  Pelbagai pilihan makanan laut dan bebola seperti ketam, udang segar, potongan ikan, filet, ayam, kupang, tiram, kerang, kepah, dan ...