Assalamualaikum, Setiap kejayaan pasti dimulakan dengan usaha yang gigih. Tanpa usaha pasti kejayaan tidak akan berada di dalam genggaman. Banyak perubahan yang boleh berlaku dalam kehidupan sekiranya kita tidak mudah berputus asa dan sentiasa memandang ke depan demi untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik dalam hidup. Kejayaan yang kita dapat bukan datang dalam sekelip mata malah kita perlu berusaha keras untuk mendapatkannya. Sepanjang 2013 pelbagai dugaan yang Asyik alami. Dari situ juga mengajar Asyik untuk menjadi lebih matang dalam membuat keputusan walaupun kadang-kadang keputusan yang dipilih sebenarnya salah. Tapi takpe itu semua akan menjadi pengajaran untuk kita selepas ini. Yang penting kita perlu menghargai diri sendiri. Untuk membalas segala usaha itu cuba hadiahkan sesuatu yang boleh membuatkan kita gembira. Macam apa yang Asyik buat ini. Belilah sesuatu yang baru untuk tahun yang baru. Seperti memberi aura dan semangat yang baru untuk terus berusaha t...