Thursday, November 28, 2013

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Assalamualaikum,
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!, adalah filem ke-86 terbitan Metrowealth (MiG) dan merupakan satu lagi fenomena baru bagi penerbitan filem tempatan. Dengan terhasilnya karya ini memperlihatkan keterbukaan pihak MiG dalam menghasilkan filem-filem yang sangat variasi. Perjalanan filem ini yang penuh dengan unsur-unsur nasihat dan dakhwah berjaya di sampaikan dalam bentuk komedi secara bersahaja.

Penampilan buat julung kalinya seorang Penceramah Bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus ke layar perak pastinya menjadi satu keistimewaan buat filem ini. Begitu juga dengan gandingan hebat daripada pasangan Shiro yang menjadi penggerak utama filem ini. Pastinya tidak kering gusi melihat karenah dan lawak mereka yang sentiasa mempunyai idea-idea yang spontan. Melihat kepada pemilihan para pelakon yang menjayakan filem ini membuktikan bahawa MiG sentiasa membuka ruang serta peluang kepada mereka yang di luar sana untuk sama-sama membintangi filem-filem terbitan MiG. Pelakon-pelakon tersebut adalah Zalif Sidek, Mikail Andre dan Epy Kodiang yang turut sama membantu dalam menjayakan filem arahan Pierre Andre ini. (SOURCE)


Sinopsis

Dadu (Shahrol Shiro) adalah seorang pemuda yang tidak mempunyai halatuju dalam hidup, seringkali dibuang kerja kerana sikapnya yang sambil lewa. Muiz (Ajak Shiro) kawan baik kepada Dadu seorang penganggur dan hanya mengharapkan Dadu untuk menyara kehidupannya. Sehinggalah Dadu dan Muiz menemui jalan buntu kerana tiada duit, dan perkara itu telah menyebabkan mereka terpaksa keluar dari rumah kerana tidak mampu menjelaskan bayaran sewa rumah yang semakin tertunggak.

Kemunculan Hamzah (Along Eyzendy) sepupu kepada Dadu secara tiba-tiba sedikit sebanyak telah membuka hati Dadu dan Muiz untuk kembali ke jalan ALLAH. Hamzah turut memberi Dadu dan Muiz menonton ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus (UAI). Mereka semakin teruja dan terus meminati Ustaz Azhar Idrus.

Dadu dan Muiz merancang untuk menonton ceramah UAI secara langsung. Maka bermulalah perjalanan mereka ke Ceramah Ustaz Azhar Idrus. Sepanjang perjalanan itu, mereka sentiasa diuji dengan pelbagai musibah dan dugaan. Sehinggalah Dadu dan Muiz ditahan oleh polis sebanyak dua kali di atas sebab yang berbeza dan terperangkap dalam faktor keadaan.

Kenapakah Dadu dan Muiz ditangkap? Apakah Ujian yang telah mereka lalui? Adakah usaha mereka untuk berjumpa Ustaz Azhar Idrus berhasil? Jom beramai-ramai saksikan filem yang bermanfaat ini sekarang. 4 bintang untuk filem ini. Terbaik.


Sepanjang Pra-Tonton Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang


Para pelakon Ustaz Mu Tunggu Aku Datang.


Media always dapat kerusi yang best.


Akim AF pun ada juga.



Till Next Entry.
xoxoxo

Tuesday, November 26, 2013

The Hunger Games: Catching Fire

Assalamualaikum,
The Hunger Games one of the best movies yang sempat Asyik tengok pada tahun ini. Cuma sedikit kecewa dengan endingnya yang tergantung. Tapi sudah pasti bila filem yang tergantung jalan ceritanya akan ada sambungannya nanti. Kita tunggu dan lihat. Asyik tengok movie ini di Paradigm Mall pada Ahad lepas bersama Giorgio. Sebelum tengok movie singgah makan dulu di UncleK. Boleh tahanlah makanan kat situ. Mungkin nampak hebat sebab dalam Paradigm Mall. hehe. Jom baca sedikit sinopsis The Hunger Games : Catching Fire ini.

Nasi Arab menjadi pilihan. 

Sinopsis


Selepas memenangi pertandingan ‘Hunger Games’ yang ke-74, Katniss Everdeen dan Peeta Mellark pulang ke rumah masing-masing yang terletak di ‘District 12’ , daerah yang paling miskin di negara Panem. Sebelum tibanya hari jelajah bagi pemenang ke setiap daerah-daerah lain, Katniss Everdeen telah dikunjungi oleh Presiden Snow secara mengejut. Tindakan Katniss pada penghujung pertandingan menimbulkan rasa marah pada Presiden Snow yang menyifatkan itu satu tindakan mencabar Capitol dan mampu membangkitkan pemberontakkan dikalangan penduduk-penduduk di daerah-daerah lain.

Tibalah Hari Jelajah bagi juara iaitu Katniss Everdeen dan Peeta Mellark. Daerah pertama yang mereka lawati adalah ‘District 11’ dimana rakan sekutu Katniss yang telah mati iaitu Rue. Di situ telah bermula sesuatu yang diluar jangkaan mereka, seorang penduduk yang telah tua membunyikan tiupan dan mengangkat tangan sebagai simbol sokongannya terhadap tindakan Everdeen. Tapi malang, Orang tua tersebut serta-merta dihukum bunuh dan menaikkan lagi api kemarahan penduduk-penduduk lain.

Setelah selesai kesemua daerah mereka lawati itu menandakan bakal bermulalah Pertandingan ‘Hunger Games’ yang ke-75. Apa yang lebih memeranjatkan mereka kali ini adalah terdapat perubahan dari segi pemilihan peserta. Apakah perubahan yang dilakukan itu? Adakah cabaran kali ini lebih dashyat? Adakah Katniss akan berjaya dalam perjuangannya? Saksikan di Pawagam sekarang (Source). 4 bintang untuk filem ini.





Till Next Entry.
xoxoxo

Sunday, November 24, 2013

Pra-Tonton Kisah Paling Gengster

Assalamualaikum,
Filem Kisah Paling Gengster sedang ditayangkan di pawagam. Ada yang dah tengok ke? Kalau belum cepat-cepat pergi tengok sebab filem ini antara filem yang terbaik juga. Bukan macam filem gengster yang lain yer. Persamaannya cuma ialah aksi berlawan. Jalan cerita yang menarik dan suspen. Kelakar dan mesej yang nak disampaikan itu sangat berguna. Kalau belum tengok kena laju-laju pergi tengok. Kisah yang mungkin tak pernah terfikir oleh kita sebagai manusia normal tetibe terjadi pada kita. Itulah yang berlaku pada Shaheizy Sam dalam kisah paling gengster. Nak tahu lebih lanjut kena tengok sendiri. Asyik bagi 4 bintang untuk filem ini.


Sinopsis

Remy (Shaheizy Sam) bekerja sebagai seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan, dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Pendek kata: Remy seorang loser. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namun setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang loser kini dia bangkit semula sebagai seorang gangster...lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar...Saksikan sendiri baru tahu menariknya jalan cerita filem ini.

Adi Fashla sebagai host untuk hari tersebut. Ramah orangnya.

Sesi tandatangan oleh para pelakon.

Pelakon-pelakon utama yang hebat.

Shaheizy Sam mestilah hero terbaik.


    
Sempat juga Asyik bergambar dengan Abang Zul Handy Black. 


Khatijah Tan pun ada juga. Seronok dapat berborak sekali. 

Giorgio bersama penulis skrip Alfie Palermo dan kawan-kawan. Yang pakai baju Kisah Paling Gengster tu.

Sesi soal jawab bersama media. Banyak soalan ditanya. Salah satunya kenapa lama sangat baru filem ini siap? Dua tahun baru siap. Mestilah untuk menjaga kualitinya. Goodluck Kisah Paling Gengster.

Till Next Entry.
xoxoxo

Friday, November 22, 2013

EnSurvey : AF2013

Assalamualaikum,
Hello everyone! First of all, we would like to thank you for the support you have given to EnSurvey as well as Astro’s AF2013. Without you, the campaign wouldn’t be possible.

We would like to CONGRATULATE YOU, our AF2013 SURVEY WEEKLY PRIZE WINNERS!
You have won yourself AF2013’s mystery merchandise!

Yeayyyy.. dapat hadiah lagi. Mula-mula baca terfikir betul ke ini, sebab selalu dapat email yang menipu jer. Baca lagi sekali dan check dalam EnSurvey rupa-rupanya memang betul menang. hehe. Tak sia-sia selalu jawab survey dalam EnSurvey. Duit dapat hadiah pun dapat. Wehuuuu. Thank you EnSurvey.

Cuba teka nama Asyik yang mana satu? haha. Tahniah juga untuk Giorgio Izas sebab dua kali dah menang hadiah misteri ini. Rajin-rajinlah jawab survey lepas ini yea.

Till Next Entry.
xoxoxo

Sunday, November 17, 2013

Featured : Remaja 15 Nov 2013

Assalamualaikum,
Selamat menghabiskan hujung minggu yang semakin hampir tamat waktunya. Esok sudah kerja. Alangkah bagusnya kalau esok cuti lagi. Itulah dilema orang bekerja macam Asyik ini. Setiap hari mengira hari bila nak hujung minggu. Dah sampai hujung minggu sekejap sangat pula rasanya cuti itu. Tapi itulah untuk mencari pengalaman dan rezeki kenalah bersabar dan berusaha. 

Bulan lepas Asyik dihubungi oleh seseorang yang bertanyakan tentang blog Asyik dan mereka sudi untuk membuat sedikit review tentang blog Asyik. Ini semua kerana giveaway fair & lovely yang Asyik buat tempoh hari. Disebabkan Asyik menang jadi pihak Remaja sudi untuk membuat sedikit review tentang blog Asyik Maiburogu. Menang sebab ramai peserta yang menyertai giveaway yang Asyik buat. Terima kasih untuk korang semua yang sudi menyertainya. Hadiahnya mungkin belum sampai lagi pada korang tapi InshaAllah akan sampai tak lama lagi yea.

Cover majalah 15 Nov 2013 ialah Najwa Latif. Cantik juga cover dia kan. Nampak lebih segar setelah diberi nafas baru. Lagi suka sebab dapat yang berhijab. hehe

 Apa Ada di Balik Blog 'Asyik Maiburogu' itulah tajuk utama ruangan siber blogger muka surat 74 majalah Remaja 15 Nov 2013. Alhamdulillah syukur sangat. Siap satu page lagi cerita tentang blog Asyik. Semoga blog Asyik dapat memberi serba sedikit info untuk korang semua yang sudi membaca. Terima kasih pada majalah Remaja dan juga pembaca blog Asyik.


Till Next Entry.
xoxoxo

Wednesday, November 13, 2013

Aku Pilih Kamu

Assalamualaikum,
AKU PILIH KAMU, sebuah filem terbitan METROWEALTH (MIG) sebagai variasi kepada peminat-peminat filem melayu dalam membuat pilihan. Kepelbagaian genre terbitan MIG sejak ditubuhkan hingga kini membuktikan MIG sentiasa memberi kelainan kepada peminat filem tempatan. 

Filem ke-85 terbitan MIG mempertaruhkan gandingan mantap Intan Ladyana dan Fezrul Khan yang digandingkan buat pertama kalinya di layar perak. Yang menariknya filem ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zain Hamid, Azhan Rani, Sherry Merlis, Angah Raja Lawak dan Adik Yana. 

Filem yang mendapat sentuhan pengarah Eyra Rahman pastinya akan memberi gambaran serta impak romantik buat penonton semua. Sentuhan Eyra dalam menghasilkan filem bergenre sebegini tidak asing lagi buat dirinya yang telah berpengalaman dalam mengarahkan filem seperti Aku Terima Nikahnya, 2 Kalimah dan Bercinta. Penonton pastinya akan disajikan dengan babak-babak yang membuai emosi dan perasaan.

Sekitar Majlis Pra-Tonton ' Aku Pilih Kamu' pada 11 November 2013 yang lalu.

Bersama dengan pelakon-pelakon utama filem Aku Pilih Kamu.

Fezrul Khan sebagai Mohd Aliff

Intan Ladyana sebagai Qesya

Zain Hamid sebagai Iskandar


Giorgio Izas sedang interview Nina Iskandar. Pelakon utama filem Muka Surat Cinta yang akan ditayangkan pada penghujung tahun ini. Asyik pula bersama dengan adik bongsu sebelum tayangan dimulakan.

Sinopsis

Qesya dibesarkan dengan kasih sayang ibunya, Laila. Imran (Azhan Rani), ayah Qesya seorang pegawai tentera yang jarang berada di rumah kerana terlalu sibuk dengan operasi luar. Keadaan ini membuatkan Qesya sentiasa tidak menyukai ayahnya yang seperti tidak mengambil berat tentang dia dan ibunya. Keadaan bertambah rumit apabila ibunya meninggal dunia kerana sakit. Sejak itu, Qesya dijaga oleh ayahnya.

Iskandar (Zain Hamid) adalah kekasih Qesya dan telah menjalin hubungan sejak 5 tahun lalu. Iskandar terlalu menyayangi Qesya tetapi dia hanya akan meminang Qesya setelah tamat pengajiannya di tahap tertinggi. Iskandar dan Qesya juga sering bertemu secara rahsia tetapi sebenarnya Imran mengetahui setiap gerak geri anaknya itu. Hal ini membuatkan Imran menganggap Iskandar lelaki yang kurang bertanggungjawab dan tidak layak untuk anaknya.

Pada suatu hari, Mohd Aliff (Fezrul Khan) muncul bertemu Imran memberitahu ayahnya yang merupakan sahabat baik Imran telah meninggal dunia. Imran sebelum ini telah membuat perjanjian dengan sahabatnya itu untuk menyatukan anak mereka. Pertama kali bertemu Mohd Aliff, Imran terpaut dengan budi pekerti anak muda itu. Imran tekad mahu menjodohkan Qesya dengan Mohd Aliff. Qesya mengamuk sakan apabila mengetahui hal ini dan memaksa Iskandar unutk bertemu dengan Imran. Pertemuan ini berakhir dengan pergaduhan dan Iskandar memutuskan hubungannya dengan Qesya.

Qesya mula hilang arah dan Mohd Aliff muncul untuk mengubat hati Qesya. Mohd Aliff tidak mahu memaksa Qesya menerima hubungan mereka yang tiba-tiba namun dia mengajar Qesya bagaimana mahu mencintai dengan ikhlas kerana tuhan. Di saat hati Qesya mula berbunga kembali, Iskandar muncul bersama satu rahsia tentang Mohd Aliff yang juga disembunyikan oleh Imran.

Apakah rahsia yang cuba disampaikan oleh Iskandar? Siapakah yang menjadi pilihan Qesya selepas itu? Saksikan AKU PILIH KAMU pada 14 November 2013 di pawagam berdekatan anda.





Asyik bagi 4 bintang untuk filem romantik ini. Ada yang menangis uolllss. :)

Till Next Entry.
xoxoxo

Tuesday, November 12, 2013

Last Vegas Premiere Screen

Assalamualaikum,
Ada tak yang suka tengok filem english yang kelakar? Mesti ramai yang suka. Kadang-kadang filem dia nampak mudah dan biasa tapi maksud yang nak di sampaikan itu sangat bermakna. Ditambah dengan pelbagai rencah kehidupan seharian menambahkan lagi keseronokkan filem tersebut. Salah satunya filem Last Vegas yang Asyik tengok tempoh hari. Sangat mengujakan. Sebuah filem yang boleh dikatakan sangat berjaya dalam menyampaikan mesej kekeluargaan, persahabatan dan kasih sayang. 

Empat sekawan yang berkawan baik sejak kecil lagi bertemu semula apabila salah seorang rakan mereka ingin menamatkan zaman bujangnya pada usia yang agak lewat. Mereka ingin meraikan sahabat mereka di Vegas. Pelbagai kejadian yang memang menarik dan kelakar sangat terjadi di sana. 




Aging pals Billy (Michael Douglas), Paddy (Robert De Niro), Archie (Morgan Freeman) and Sam (Kevin Kline) have been best friends since childhood. When Billy finally proposes to his much-younger girlfriend, all four friends go to Las Vegas to celebrate the end of Billy's longtime bachelorhood and relive their glory days. However, the four quickly realize that the intervening decades have changed Sin City and tested their friendship in ways they had not imagined.


Thanks Giorgio Izas and SuriaFM untuk tiket wayang yang awesome ini. Dapat 4 tiket dari SuriaFM. Giorgio Izas menang tiket itu kerana menghantar sms paling pantas. Cayalah.


Till Next Entry.
xoxoxo

Monday, November 11, 2013

Shout! Awards 2013

Assalamualaikum,
Seperti yang diketahui ramai. Sabtu lepas berlangsungnya Shout! Awards secara live dari Stadium Putra, Bukit Jalil. Asyik pun berkesempatan untuk merasai kehangatan acara tersebut. Super awesome stage and presentation from artist. Sangat kagum bila tengok. Ada yang menggunakan teknik hologram dan sebagainya. Mungkin pada mata kasar, kita kurang nampak tapi bila diteliti dengan betul teknik yang digunakan sangat unik. Dapat merasai sendiri pengalaman live awards memang seronok. Berterima kasih pada Marya dan Kifli Mally untuk tiket tersebut. Nak berkongsi video dengan korang tapi tak tahu kenapa ada masalah untuk upload. Takpelah maybe next time yea.





Asyik bersama Giorgio Izas.

SHOUT! AWARDS WINNERS

MUSIC
Rockstar Award - Bunkface
Popstar Award - Hafiz
Power Vocal Award - Hafiz
Flava Award - Mizz Nina Ft Jay Park
Break Out Award (Best New Act) - Jay Walia
Music Video Award - KRU ft Stacy
The Ultimate Shout! Awards - Joe Flizzow

TV & FILM
Best On Screen Chemistry Award - Zizan Razak & Johan 
Fresh TV Series Award - Sebenarnya Saya Isteri Dia
Breakthrough Local Feature Award - Kil
Favourite TV Program Award - Versus 2
Favourite TV Personality Award - Zizan Razak

RADIO
Coolest Radio Announcer Award - Fara Fauzana
Favourite Radio Show Award - Johara Pagi Era

WORKS
Hot Chick Award - Aaron Aziz
Hot Guy Award - Nur Fazura

SOCIAL MEDIA
Wired Celebrity Award - Khairy Jamaluddin (@Khairykj)
Shout! Aloud Award - Matluthfi90

Till Next Entry.
xoxoxo