Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Look Post

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2015

Assalamualaikum, Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak. Padanya dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan diikat para syaitan sepanjang bulan ini. Bersihkan diri dari noda. Jernihkan fikiran dari dengki dan sucikan hati dari dosa.  Sabda Rasulullah S.A.W "Barang siapa merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya dari api neraka". (Hadis riwayat Ahmad) Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar diatas, pokok tersebut ialah pokok kurma yang terdapat di Kelantan. Tahun ini Asyik berkesempatan melihat sendiri pokok kurma yang berbuah lebat. Nikmat Allah S.W.T itu memang tidak terhingga. SubhanaAllah hebat kan ciptaan Allah ini.  Dapat membuatkan semua orang tertarik untuk datang dan melihat dan kalau boleh nak merasa sendiri makanan sunnah ini. Memang meriah buahnya. Husband Asyik cakap kalau bulan Ramadhan sebelum ini, kat kawasan ini ramai yang datang dan berbuka puasa kat sini. Konon nak feel macam di neg...

Mumu Scarves

Assalamualaikum, This is not a sponsored post, Asyik cuma nak kongsi sahaja dengan korang. Salah satu tudung favourite Asyik setakat ini. Material yang digunakan memang best dan Asyik rasa berkualiti walaupun harganya tak mahal. Bukan senang nak dapat tudung yang berkualiti materialnya dengan harga yang murah. Harga dia tak lebih dari RM50. Sekarang dah ada banyak pilihan yang boleh dipilih. Kalau nak beli boleh tengok Mumu Scarves  website. Pilihan Asyik Maroon Love, Ruby Rose dan Milk Tea. Ada 40 pilihan warna yang cun-cun yang korang boleh pilih. Selalunya Asyik suka pakai lilit-lilit macam shawl sebab tudung ini square tau. Location picture : Bukit Bendera, Penang Location Picture : Rumah P. Ramlee, Penang Tapi kalau malas buat macam ini jea. Still selesa dan kemas. Location Picture: Kampung Kraftangan, Kelantan. Till Next Entry. Love, Asyik.

Nandos #AjakAyam

Assalamualaikum, Lebih kurang sebulan yang lepas ceritanya dalam entry ini. Punyalah lambat Asyik nak update. Sekarang ini memang kurang mood nak update blog, tak tahulah apa masalah punya malas. Malas sangat-sangat sampai nak makan pun kadang rasa malas nak buat. Okay sambung cerita utama pasal Nandos, Suzai yang ajak makan-makan. Tak tahu pun dia nak ajak makan kat Nandos, memang betul ajak-ajak ayam. haha. Asyik dengan blurnya siap tanya lagi nak makan kat mana sedangkan Suzai dah invite dalam facebook untuk accept ajak ayam Nandos. Pastu barulah faham rupanya Suzai nak belanja Nandos dengan kawan-kawan blogger dan kawan dia yang lain. Slow betul Asyik sekarang ini. Lebih kurang 14orang yang datang temasuk Suzai. Blogger yang hadir Sabrina ataupun Sabby Prue , Syafiqah Hashim , Susuegoodday  dan Ruby . Yang lain Asyik kurang kenal sebab kebanyakanya kawan sekolah atau rakan tempat kerja Suzai. Tapi kitaorang sangat seronok dapat berborak lama-lama, bergosip sikit...

Look Post : Numa Fishtail

Assalamualaikum, Dah lama rasanya Asyik tak buat entry OOTD dalam blog ini. Tak tahu kenapa malas sangat nak edit gambar tapi malam ini gagahkan tangan juga nak buat sebab tengok blog dah macam blog iklan jer. hehe.  Alhamdulillah sekarang Asyik dah ada peneman seumur hidup. Rasa agak berbeza sikit sekarang ini sebab status itu dah lain. Kadang-kadang macam tak percaya yang diri ini dah kahwin. Selalu cakap kat husband, eh macam tak percaya kan kita dah kahwin sebenarnya. haha. Sebab feeling itu macam tengah berkawan lagi. Maybe sebab kitaorang dah kenal lama kot. Tarikh kitaorang kahwin haritu cukup 10 tahun 1 bulan kitaorang kenal. Nanti Asyik share gambar-gambar kahwin dengan korang yea. Tunggu official photographer bagi gambar dulu. Terima kasih juga pada yang wish dalam blog, facebook dan instagram haritu.  Satin Shawl : Aisyah Almanshoor Numa Fishtail 2.0 : CalaQisya Flats : Vincci Jeans : F.O.S Bag : FILA Till Next Entry, Love, Asyik. ...

Look Post : Light Brown on Pink

Assalamualaikum, The happiest people on earth are not those who live on their terms, but those who change their terms for the one whom they love and respect. Zaraa Shawl : CalaQisya Sabrina Maxi Dress : CalaQisya Handbag : Nikisa Closet Till Next Entry. Love, Asyik. Photographer:  Giorgio Izas

Saraya Zahret Istana Bunga Fashionista

Assalamualaikum, Bila sebut bunga memang sangat sinonim dengan wanita. Tambah pula kalau bunga itu yang berwarna-warni. Saraya Zahret kalau ada yang belum tahu maksudnya ialah Istana Bunga-bungaan. Sesuai nama itu dengan produk yang dijual. Pelbagai koleksi pakaian seperti jubah, dress, skirt, palazzo pants, baju kurung moden, baju untuk kanak-kanak dan pelbagai koleksi tudung yang mengikut trend semasa. Setakat ini Asyik dah cuba pelbagai rekaan tudung dari Saraya Zahret dan buktinya memang sangat selesa. Korang boleh tengok dalam instagram Asyik sendiri. Taip jer Asyikizas mesti ada. Asyik dah kongsi gaya yang sesuai mengikut citarasa Asyik sendiri. Serius korang pun akan suka dengan kualiti dari Saraya Zahret.  Asyik sempat singgah di Saraya Zahret di bangi. Butik itu memang cantik sesuai dengan nama mereka yang membawa maksud Istana Bunga. Bila masuk mata korang akan bersinar-sinar melihat koleksi dari mereka yang berwarna-warni dan cantik.  Korang boleh tengok...