Skip to main content

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2015

Assalamualaikum,
Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak. Padanya dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan diikat para syaitan sepanjang bulan ini. Bersihkan diri dari noda. Jernihkan fikiran dari dengki dan sucikan hati dari dosa. 
Sabda Rasulullah S.A.W
"Barang siapa merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya dari api neraka". (Hadis riwayat Ahmad)
Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar diatas, pokok tersebut ialah pokok kurma yang terdapat di Kelantan. Tahun ini Asyik berkesempatan melihat sendiri pokok kurma yang berbuah lebat. Nikmat Allah S.W.T itu memang tidak terhingga. SubhanaAllah hebat kan ciptaan Allah ini. 

Dapat membuatkan semua orang tertarik untuk datang dan melihat dan kalau boleh nak merasa sendiri makanan sunnah ini. Memang meriah buahnya. Husband Asyik cakap kalau bulan Ramadhan sebelum ini, kat kawasan ini ramai yang datang dan berbuka puasa kat sini. Konon nak feel macam di negara arab. hehe
Dapat bergambar pun jadilah kan. Bukti yang sememangnya Malaysia pun boleh tanam pokok kurma. Pokok kurma ini ditanam di Bulatan Jam Besar di kawasan pusat bandar Kota Bharu.
Nak tengok buah kurma yang segar boleh datang ke Kelantan. hehe. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Comments

Popular posts from this blog

Giveaway Fair & Lovely bersama Asyik Maiburogu - 10 pemenang akan menerima hamper bernilai RM50

Assalamualaikum, Berbaju Melayu dan juga kebaya, Kurung moden pun ada juga, Hari raya disambut dengan gembira, Kulit cerah berseri bertambah ceria. Bagus tak pantun Asyik buat itu? Bolehlah kan walaupun ada yang tak berapa nak sesuai. hehe. Tapi isi yang nak disampaikan tersangatlah bermakna untuk semua. Kalau tak baca rugi sampai bila-bila. Cewahhh. Pasti semua dah siap dengan berhelai-helai baju raya kan. Siap ikut trend semasa lagi. Asyik baru ada sehelai baju. Last minute baru nak shopping sehelai lagi baju raya. Beli banyak-banyak pun bukan nak keluar ke mana sangat sebab balik kampung jea pun.  Tapi bab kecantikan Asyik dari awal lagi dah bersedia. Supaya raya nanti muka nampak cerah berseri. Dengan adanya produk Fair & Lovely Asyik memang tak perlu risau lagi sebab memang kulit akan cerah dan berseri bila menjelang hari raya. Memang Asyik sesuai dengan produk Fair & Lovely. Selesa bila pakai dan tak berminyak bila kena pada kulit muka Asyik. Pe...

Are You 'The Face of Healthy Beauty'?

Assalamualaikum, Pencarian kini bermula! Guardian Malaysia telah melancarkan pencarian besar-besaran untuk mencari EMPAT wanita yang menepati ciri-ciri 'THE FACE OF HEALTHY BEAUTY' bagi mewakili jenamanya. Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Tenggara, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata "Pencarian The Face of Healthy Beauty bukan satu pertandingan kecantikan. Setiap pemenang akan menandatangani kontrak satu tahun sebagai Duta Jenama Guardian beserta wang tunai RM10,000, baucer guardian bernilai RM10,000 dan RM5,000 setiap seorang untuk disumbangkan kepada organisasi kebajikan pilihan mereka. Mereka akan menghiasi muka depan Katalog Jenama Guardian dan beberapa kolaterol lain dan akan menerima produk daripada jenama-jenama penaja. Peserta perlu memuat naik satu video berdurasi 30 saat dan menyatakan "mengapa mereka ingin menjadi The Face of Healthy Beauty?" beserta satu gambar penuh dan satu gambar berukuran pasport. Penyertaan bol...

Sheikha Hub Media Launches to Support Islamic Fashion Online Entrepreneurs

Assalamualaikum, Last weekend on 29 June 2013 Asyik telah diberi peluang untuk menghadiri event yang sangat eksklusif. Terima kasih pada Innanie kerana mewakilkan Asyik untuk menggantikan dia yang tak dapat hadir kerana ada aktiviti yang lain. Rasa sangat seronok dapat menghadiri event yang begitu elegen dan penuh dengan fashionista. Venue: The Boulevard, Publika Date: 29 & 30 June 2013 (Saturday & Sunday) Time: 10 am – 9 pm ACTIVITIES Model Search Final Fashion Shows Performances Hijab Styling VENDORS Muslimah Clothing and Accessories, Skin Care & Beauty Products, Islamic Art. SheikhaHub is a platform to assist entrepreneurs dedicated to the development of Islamic fashion via on ground activities (fashion shows, bazaar, networking sessions) and online assistance (directory, tips).  Under the guidance of leading international designers in the likes of Fatma Ghanem of Qatar , Zeina of Palestyle Dubai , Farrah Adeeba of Malaysia ...