Assalamualaikum, Bila masuk ke Sephora tempat pertama yang Asyik akan pergi ialah Soap and Glory. Memang dah jatuh cinta dengan produk ini. Bau dan texture yang digunakan memang best dan selesa. Mula-mula dulu beli body lotion jer tapi bila dah habis satu botol beli lagi yang lain. Asyik lagi suka botol yang bersaiz kecil sebab mudah untuk bawa ke mana-mana. Ini empat produk yang Asyik memang dah suka sangat sekarang ini. Body Moisturizing Mist, Soap and Glory Flake Away (Body Scrub), Body Lotion dan Glow Lotion . Harga kesemua produk ini tak mahal pun, yang masih belajar pun boleh beli. Untuk review Soap and Glory The Righteous Butter Body Lotion korang boleh baca kat SINI . Ini kali kedua Asyik beli. Texture body lotion lembut dan wangi. Dah tak perlu guna perfume badan korang akan tetap wangi. Soap & Glory Girligo Body Moisturizing Mist pelembap badan selepas mandi yang berbau wangi, lembut, licin dan menjadikan kulit lebih lembut. Wangi dengan campuran...