Monday, July 29, 2013

Churpout Buka Puasa 2013 at Bijan Restaurant

Assalamualaikum,
Sudah tinggal lebih kurang 10 hari lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan kita dan bulan Syawal bakal menjelma. Sekejap pula rasanya. Masih belum puas menikmati bulan Ramadhan yang indah ini. Masih banyak lagi perkara yang belum sempat dilakukan, tetapi masa tidak menunggu kita jadi cepat-cepatlah kita gapai apa yang boleh selagi masih berada di bulan Ramadhan ini.

Yang terbaru Asyik mendapat jemputan dari ChurpChurp Malaysia untuk majlis berbuka puasa bersama dengan churpers yang lain. Bertempat di Bijan Restaurant, Kuala Lumpur. Suasananya seperti berada di sebuah kawasan yang indah. Nanti Asyik cerita lebih lanjut tentang Bijan Restaurant ini yea. 


Majlis ini juga menganjurkan aktiviti menderma untuk anak-anak yatim. Bawalah apa saja untuk didermakan kepada mereka. Any items yang berguna untuk anak-anak yatim. Baguskan macam ini.

Asyik pergi bersama dengan Fana. Sudi juga dia temankan Asyik untuk berbuka puasa bersama. Kitaorang sampai 2 ke 3 jam awal sebab ada hal yang tidak dapat dielakkan. Sesampai kt Bijan Restaurant kitaorang berdua jea yang ada tak termasuk staff Bijan lah kan. Sebab lambat lagi event itu nak mula kitaorang pun apa lagi mestilah ambil gambar dulu. Sementara tak ramai ini ambillah gambar tanpa rasa segan dan malu. hehe

Yeayyyy.. Gambar depan restoran tanpa rasa bersalah pun. haha

Again again snap and snap with Churp Churp. Cuba cari mana gambar Asyik dalam churpchurp itu! Memang tak jumpalah sebab memang tak ada. hahaha

Tak sabar sebenarnya nak makan dan rasa makanan di Bijan Restaurant ini.

Ambillah sebanyak mana yang boleh sebelum bateri habis.


Yang ini dalam restoran sebab awal sangat sampai so duduklah dulu ambil mood nak berbuka puasa jap lagi. Tapi kat bawah meja ada ubat nyamuk. Pening pula bau asap itu. hadoii..

Akhirnya sorang lagi churpers blogger datang. Syafiqah. Baru tiga orang sampai. hehe


Foodsssss..
Register please! Kalau tak jangan masuk. Dah masuk, awal-awal lagi dah bergambar sakan kat depan itu. Nampak tak kitaorang bertiga kat depan itu. hehe

Blogger popular RedMummyDotCom dan keluarga pun ada.

Hello I'm Churper Asyik Izas. Picture credit to Fana.



   

Siap ada wishing tree. Tulislah apa yang patut kan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Belum raya lagi pun dah wish. Sapalah itu yang tulis.

Saat yang dinantikan ialah berbuka puasa dengan makanan yang enak di Bijan Restaurant. Tengoklah banyak tak kitaorang ambil. Penuh meja tau. 




Kitaorang memang suka candle light dinner ini. hehe. Banyakan makanan kitaorang. Yang penting habis semua. Sebab makanan dia memang sedap giler!


Serius sangat sedap!


Sambil kita berbuka puasa kami dihiburkan dengan persembahan dari Clement & Kristal!.

Lepas makan ada macam-macam aktiviti yang dilakukan. Masing-masing nak dapatkan hadiah dari ChurpChurp.

And ada orang itu sambut birthday dia. Surprise from his girlfriend tau. Comel giler. Satu restoran nyanyikan lagu Happy Birthday. Termalu pula dia..

His girlfriend Farah and Happy Birthday Fareez. Sweet giler diaorang ini.

More Games!

Red Mummy and Beautiful Nara pun kena join game yang seram ini. Seram sebab belon itu akan pecah bila-bila masa saja.

And last but not least Asyik menang voucher dari Bijan Restaurant sebab antara yang terbanyak post gambar dalam instagram tentang event hari itu. hehe. Sapa nak teman pergi makan sekali lagi ini? :)

   
With Red Mummy and Mira CikCit.

2 voucher Asyik dapat. Satu lagi itu Red Mummy yang bagi. Baiknya dia. hehe

Kad Raya pertama tahun ini dari ChurpChurp.

Dan ada gambar polaroid juga yea. Comel pula itu gambarnya.

Cari Asyik yang bertudung kuning. hehe

    

Till Next Entry.
xoxoxo

Saturday, July 27, 2013

Featured - Hijabista August 2013

Assalamualaikum,
Asyik ini tak habis lagilah cerita tentang majalah kesayangan. Tapi apa nak buat kalau dah minat yang itulah juga yang kita tatap selalu betul tak? hehe. Ada yang dah beli dan baca majalah Hijabista bulan Ogos 2013? Terketar-ketar Asyik ini pergi cari walaupun sebenarnya memang ada pun kat kedai yang biasa beli. Sebab risau majalah kesayangan  habis dibeli orang. Terukan tahap obses itu. hehe. Tapi obses ini berbaloi sebab ada juga pulangannya. Dapat masuk majalah lagi. Iyeaaa dapat masuk majalah lagi. Cewahhh, malu nak cakap tapi nak tunjuk kat korang juga. :-)

Cover Blogger Mira Filzah, selain model sekarang dah jadi pelakon tau.

Gambar Asyik kali ini full ok. Sorry gambar yang Asyik snap ini lighting tak cukup. Tu yang muka agak gelap sikit tapi di dunia nyata taklah gelap sangat. haha. Nak juga puji diri sendiri itu. Sorry lah kalau korang naik bosan baca entry yang macam ini selalu. Tapi apakan daya ini blog Asyik. hehe. Next time cerita lain pula yea.


Till Next Entry.
xoxoxo

Tuesday, July 23, 2013

SHEIKHA HUB IFTAR

Assalamualaikum,
Pada 20 Julai 2013 Asyik mendapat jemputan dari Sheikha Hub untuk menghadiri majlis berbuka puasa dan Sheikha Hub sekaligus ingin memperkenalkan 4 orang pereka fesyen who will represent Sheikha Hub on the World Fashion Runway at Melbourne. Mereka adalah Mimpikita, Ammara boutique, Saraya Zahret & AzuraAzwa

Asyik tak dapat nak menghadirkan diri tapi telah mewakilkan Fana untuk menggantikan tempat Asyik sebab Asyik terpaksa menjaga mak di hospital. Sedih tau tak dapat pergi, tak sampai hati nak tolak perlawaan Datin Nor Zihan. Tapi alhamdulillah Fana cakap dia seronok kat sana. Check out their blog to know more about what happening at the event. Syukur, risau juga Asyik mana tahu dia tak selesa kat sana. Terima kasih banyak yea Fana.

Berbalik pada motif utama Majlis Iftar ini ialah untuk memperkenalkan 4 orang pereka fesyen muda yang akan terbang ke Melbourne bersama dengan koleksi pakaian mereka yang sememangnya cantik dan popular di Malaysia sekarang.



SheikhaHub is a platform to assist entrepreneurs dedicated to the development of Islamic fashion via on ground activities (fashion shows, bazaar, networking sessions) and online assistance (directory, tips). 

Under the guidance of leading international designers in the likes of Fatma Ghanem of Qatar, Zeina of Palestyle Dubai, Farrah Adeeba of Malaysia and Zetty from London, “SheikhaHub” aspires to bring the Islamic fashion to the forefront of the global fashion industry.

Natasha Hudson adalah ambassador untuk Sheikha Hub.


Photo credit: Creativo Photography
Mini Fashion Show di Majlis Iftar Sheikha Hub @ Serai, KL Life Centre




From Mimpikita


From Mimpikita








Natasha Hudson, duta Sheikha Hub bersama Ameera Zaini, hos Hijab Stailista, TV9.



Datin Norzihan & Natasha Hudson bersama pereka muda Mimpikita, Ammara boutique, Saraya ZahretAzuraAzwa yg akan mewakili Sheikha Hub di Melbourne Spring Fashion Week 2013 World Fashion Runway.



From Instagram Sheikha Hub.

To know more about Sheikha Hub please visit :

Twitter : Sheikha Hub
Instagram : Sheikha Hub

Till Next Entry.
xoxoxo