Skip to main content

Cosmopolitan Hunks 2013

Assalamualaikum,
Majalah Cosmopolitan memang tidak asing lagi bagi kita semua. Tapi kalau ada yang tak tahu mungkin kerana kurang menjengah ke kedai buku yang menjual majalah. Asyik memang suka baca majalah fesyen. Terbaru majalah Cosmopolitan telah mengadakan satu pertandingan iaitu pencarian Cosmopolitan Hunks 2013 dan Asyik dengan gembiranya dapat menyertai acara tersebut. Thank you Liza Razak kerana memberi Asyik tiket untuk masuk ke sana. Bertempat di Aveneu K, KL. Pada 6 July 2013 semua yang dijemput hadir ke tempat yang ditetapkan dengan tema Glam Rock.

Tapi Asyik takdalah pakai ikut tema sangat, ikut apa yang ada jea. hehe. Event tu bermula pada pukul 7 malam. Selepas pendaftaran semua lepak dan bergambar dulu mana yang patut sebab event yang sebenarnya bermula dalam pukul 8.30 malam. Bagus juga lepas maghrib baru mula. Ramai media dan artis yang datang untuk memeriahkan majlis. Tapi agak penatlah sebab kena berdiri jea. Tempat duduk sangat terhad. Mungkin diaorang nak buat seperti berada di konsert kot. Tapi lebih bagus kalau disediakan tempat duduk yang lebih banyak. Sebab ada keluarga peserta yang datang dan terpaksa berdiri jea sepanjang majlis. Kesian pula tengok.


Sampai jea kat sana Asyik berjumpa dengan Yana dulu. Terus ambil gambarlah sebab tak tahu nak buat apa lagi kan. Nak masuk pun lambat lagi.

Tak lama kemudian nampak Liza Razak dan suaminya. Terima kasih untuk tiket tu dear.

After registration semua akan dapat sticker Cosmopolitan supaya senang kalau nak keluar masuk nanti. Takdelah nak kena bawa card jea.

Host pada hari itu Kieran dan Hunny Madu.

Pada awal majlis kami dihidangkan dengan nyanyian dari Amir Jahari. Sedap suara dia, sama jea dalam radio dengan live.

Anugerah Khas untuk mereka. Kenal tak Chef rancangan 5 Rencah 5 Rasa itu.


Penyampaian hadiah untuk mentor Cosmopolitan Hunks 2013.

Daripada 12 peserta Adam adalah pemenangnya. Tahniah.

Akhir sekali persembahan dari Black. Hebat suara dia. Dari nak balik terus stay kejap.

Dalam pada itu dapat juga berjumpa dengan owner blog Pen Merah.

Giorgio Izas bersama dengan Budiey. Mungkin ini kali ke 3 kot Asyik jumpa Abg Budiey.

   
Last sekali sebelum balik mestilah bergambar dengan artis yang hadir. Aidid Marcello dan Hunny Madu.

   
Editor majalah Cosmopolitan dan Yassin.

   
Pemenang Cosmopolitan Hunks 2013 Adam dan juga Black!

Syafiqah Hashim lovely blogger yang selalu Asyik jumpa. hehe

Dapat jumpa Chef Anis tapi dia segan nak bergambar sekali sebab seksis katanya. Next time pakai tutup-tutup yea. Jadi dapat gambar candid ini jea. Banyak sangat gambar tapi ini saja kot yang dapat Asyik kongsikan. Mungkin kalau takde idea Asyik akan sharelah sikit lagi gambar-gambar yang ada. hehe

Awesome goodies bag from Cosmopolitan. Hadiah dari Guess, The Body Shop, Redken dan TV9. 

.
.
.
.
What I'm Wearing. Tak Glam Rock sangat pun.


Till Next Entry.
xoxoxo

*Jangan lupa sertai simple giveaway Asyik yea. Click HERE.

Comments

  1. wah.. bestnya... teringin nak ke sana.hehe. jumpa black

    ReplyDelete
  2. asyikkkk.. teringin nak jumpe asyik tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umie..Asyik pun juga jumpa Umie..InshaAllah one day..:)

      Delete
  3. seronok jumpa akak time tu..ada gak kwn pika..fuhhh..wuuu..akak bwk abg bodyguard..hehehee..
    nanti jumpa lagi ehh kak :)
    Selamat Berbuka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..seronok jumpa pika juga..adalah juga kan geng nk borak2 sbb dh selalu jumpa..dgn org lain mcm xbiasa sgt..hehe..bawa bodyguard senang ckit, balik lewat xlah takut sgt..kih2..:)

      Delete
  4. Blackkkkkkkkkk....akakkkk,goodies dia pahal best niiiiiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Onie..black suara merdu sgt2..goodies yg diaorg bg tu mmg best..:)

      Delete
  5. Replies
    1. Nanie..bestla juga sbb ada penyanyi yg best..klu xde yg tu mungkin agak bosan..:)

      Delete
  6. wahhh syoknya syoknya! comelnya kamu niiiii :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang syok nurul kalau ada penyanyi dan dpt hadiah..hehe

      Delete
  7. laaaa....nak p jugak..
    blogger newbie buleh join dak event2 gni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekin..xkisah lah blogger lama ke baru..boleh jer join sbnrnya..:)

      Delete
  8. bestkan malam tu..hehe..anyway selamat berpuasa sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih utk tiket tu..selamat berpuasa utk liza juga..:)

      Delete
  9. untungnyee dapat join bnde2 cmni..naakkk jugakkk...takde ke yg nk bg peluang kt blogger baru join sekaki? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa awak nanti akan tiba juga..sabar yea..hehe

      Delete
  10. He3... Best mmg best tp Giorgio xbrape selesa ngan environment kt Situ... (-_-)"

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sbb ada artis yg nyanyi kan..environment mmg xbest, sesak nafas dgn rokok bagai..

      Delete
  11. rajin nya u pergi event.. hehe
    btw, selamat menyambut ramadhan al-mubarak yg penuh barakah ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat menyambut ramadhan utk zeera juga..:)

      Delete
  12. Assalamualaikum. bestnya Asyik berpeluang joined event camni. hehehheee asyik comel like always :)

    ReplyDelete
  13. Bestnya kak. Nak pergi jugak! Hukhuk~ Sexynya Hunny Madu!

    p/s: kak, Aida guna font Muli. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti Aida pula dpt pergi..HUnny madu tu sexy tp ada lg sexy..haha..terbeliak biji mata tgk..haduih..

      p/s: thank you Aida..boleh akk guna juga..:)

      Delete
  14. hi akk nanti follow sye k. sye follow akk.. www.azimahshukor.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatu...

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se...

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Assalamualaikum, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!, adalah filem ke-86 terbitan Metrowealth (MiG) dan merupakan satu lagi fenomena baru bagi penerbitan filem tempatan. Dengan terhasilnya karya ini memperlihatkan keterbukaan pihak MiG dalam menghasilkan filem-filem yang sangat variasi. Perjalanan filem ini yang penuh dengan unsur-unsur nasihat dan dakhwah berjaya di sampaikan dalam bentuk komedi secara bersahaja. Penampilan buat julung kalinya seorang Penceramah Bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus ke layar perak pastinya menjadi satu keistimewaan buat filem ini. Begitu juga dengan gandingan hebat daripada pasangan Shiro yang menjadi penggerak utama filem ini. Pastinya tidak kering gusi melihat karenah dan lawak mereka yang sentiasa mempunyai idea-idea yang spontan. Melihat kepada pemilihan para pelakon yang menjayakan filem ini membuktikan bahawa MiG sentiasa membuka ruang serta peluang kepada mereka yang di luar sana untuk sama-sama membintangi filem-filem terbitan MiG. Pelakon-pelakon ter...