Tuesday, April 21, 2015

Beauty Review : Red Porcelain by Color Sensational Lipstick

Assalamualaikum,
Merah ialah satu warna yang sangat garang dan berani. Tak semua berani nak cuba warna ini. Tapi Asyik cukup suka pakai warna-warna yang bright atau warna panas ini. Boleh nampak keyakinan di situ walaupun sebenarnya dalam hati penuh rama-rama. hehe. Kali ini Asyik nak review tentang lipstick dari Maybelline. Asyik beli lipstick ini satu set dengan nail polish. Nail polish belum cuba lagi sebab terlupa nak beli nail polish remover. But both in red color. Asyik suka Red Porcelain Lipstick by Maybelline ini sebab texture dia creamy dan sangat lembut bila disapu. Sekali sapu dah cukup terang dan nampak cantik. And Red Porceline boleh beri bibir nampak berkilat seperti pakai lip gloss. Very sexy and brave.
RP41 Red Porcelain
Crisper color from pure pigments. Creamier feel from nourishing honey nectar. Lipcolor so rich, so stunning…it’s sensational.
    
See the different before and after wearing this Red Porcelain. :)
Rated : 5/5
Price for both product : RM32.++
Where to buy : Watson, Guardian and any cosmetic shop.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Tuesday, April 14, 2015

Beauty Review : IR Beauty Skincare

Assalamualaikum,
Anda mencari produk berasaskan organik dan semulajadi? Dah cuba macam-macam produk tapi masih sama? Allergik dengan bahan kimia? Nak murah? Inspire Radiance Skincare ada jawapan untuk masalah anda. IR Beauty Bar Soap dan IR Beauty Cream. Boleh didapati dalam 1 set atau berasingan. Anda yang buat pilihan. Harga mampu milik dan berbaloi. 
IR Beauty Cream
■ Diformulasi dari bahan terhebat seperti avocado, seed oil@habatus sauda, olive@buah zaitun, collagen, jojoba, grape oil, apple steamcell, mineral aqua dan sweet almond
■Krim yg tiada sebarang bahan kimia
■ Teskturnya yg lembut dan kaya sebagai agen penyembuh kulit yg bertindak dari dalam
■ Mencerah, memutih, menganjal, membentuk semula lapisan kulit
■ Mudah meresap dan bertindak untuk mengurangkan garis halus dan kedutan
■ Melembabkan kulit dengan mendalam, menjadikannya begitu lembut dan halus bak sutera.
■ Sesuai untuk menentang tanda penuaan awal.

Dapatkan segera dengan harga cukup berbaloi. Boleh dipakai pada waktu siang dan malam tanpa ragu ragu.
Keistimewaan IR Beauty Bar Soap:
■Mengurangkan stretchmarks selepas bersalin
■Menghilangkan kesan hitam dileher, ketiak, perut dan seluruh badan
■Menghapuskan kulit kering dan kusam
■Mengatasi masalah kulit muka yang berminyak 
■Mengatasi masalah eczema....baby pun selamat guna
■Mengatasi masalah kulit kaki pecah
■Mengatasi masalah jerawat di badan
■Mengatasi masalah bau badan
■Mengatasi rasa gatal bagi baby dan kanak-kanak yang terkena chicken pox / campak
■Menghapuskan parut jerawat/ jeragat dimuka, melicinkan kulit muka
■Menghapuskan selulit dan ketuat
Cara nak buka sabun ini mudah, hanya tarik bahagian plastik putih itu dan anda boleh terus sahaja guna. Kalau nak jimat boleh potong kecik-kecil sabun itu dan selebihnya boleh simpan dahulu untuk kegunaan dilain masa. 
Cara penggunaan sangat mudah. Boleh ikut contoh dibawah dan gosokkan ke seluruh badan atau bahagian yang anda ingin bersihkan. Bau sabun ini macam bau tembikai susu pun ada juga.
IR BEAUTY CREAM - RM75.00 (Rated 4/5)
IR BEAUTY BAR SOAP - RM45.00 (Rated 4/5)

Keajaiban Untuk Wajah yang Jelita Menawan. Cuba lah sekarang dan rasai perbezaannya. PM segera ke +6011-1227 1321

VISIT :
Instagram : irbeautyskincare_official

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Monday, April 13, 2015

Beauty Review : NYX Extra Creamy Round Lipstick

Assalamualaikum,
Mesti korang perasan yang entry Asyik kebelakangan ini banyak betul review tentang lipstick. Asyik pun tak tahu kenapa sekarang ini obses betul dengan lipstick. Kalau boleh semua jenama nak cuba. Yang terbaru dalam koleksi lipstick Asyik dari jenama NYX. NYX Extra Creamy Round Lipstick sememangnya extra creamy and suitable for dry lips. Packaging dia absolutely memang cantik, senang nak buka dan pegang.
NYX Extra Creamy Round Lipstick is a classic lipstick. The mineral-based emollient formula offers a beautiful velvet texture, saturated color and it resists wear and smudging. It’s your go-to lipstick. From Pure Nude to Pink Lyric to Chic Red, Round Lipstick is available in a jaw-dropping variety of shades.
Asyik punya pilihan warna kali ini HESTIA (LSS526). Asyik rasa warna ini memang nampak mewah dan sesuai untuk sesiapa yang ingin nampak kelainan. Bau dia pun sedap!
Perbezaan sebelum dan selepas pakai NYX Extra Creamy Round Lipstick. Muka terus nampak sangat berbeza dari biasa.
Asyik tak berapa ingat exact price maybe dalam linkungan RM20++. And you can get this lipstick at Sephora.
NYX Extra Creamy Round Lipstick  - Rated 5/5

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Sunday, April 12, 2015

Beauty Review : Neesya Skincare

Assalamualaikum,
Neesya (bererti rama-rama dalam bahasa Yunani) melambangkan semangat individu moden masa kini. Rama-rama mewakili asas kebebasan, kecantikan semulajadi dan keupayaan tersembunyi. Seperti rama-rama yang merupakan simbol transformasi, setiap individu mempunyai kecantikan dalaman yang sedang menanti untuk didedahkan. Itulah yang istimewanya produk Neesya ini. Bahan-bahan yang digunakan kebanyakannya adalah dari bahan semulajadi dan selamat serta diuji secara saintifik, dan berkesan. Rangkaian penjagaan kulit premium ini mempunyai harga yang berpatutan.

Semua produk Neesya bebas daripada pewarna dan paraben demi keyakinan pelanggan. Kilang menghasilkan produk Neesya disahkan sijil GMP untuk memastikan proses kualiti tinggi dipatuhi.
Setakat ini Asyik dah cuba keempat-empat produk diatas Illuminating Essence, Eye & Lip Makeup Remover, Brightening Overnight Mask dan Brightening Enzymatic Refiner. Terutama sekali Illuminating Essence dan Eye & Lip Makeup Remover memang dah jadi kegunaan Asyik setiap hari sekarang ini. 

Lepas cuci muka memang Asyik wajib Asyik akan pakai Illuminating Essence kemudian Asyik akan pakai bedak dan makeup seperti biasa. Kulit Alhamdulillah memang tak kering.

Eye & Lip Makeup Remover pula dengan sekali sapu kat bahagian yang guna makeup memang terus hilang malah mengekalkan kelembapan wajah dan kulit wajah langsung tak terasa pedih.
Eye & Lip Makeup Remover yang dicipta khas untuk membersihkan kesan solekan yang kalis air dan susah ditanggalkan tanpa menghakis dan merosakkan kulit terutamanya di sekitar kontur mata dan bibir.

Diperkaya dengan pati minyak bunga matahari yang kaya dengan Vitamin A,C dan E untuk khasiat anti-penuaan. Mengkondisi serta menghidratkan kulit, menjadikan kulit sekitar mata bersih dan lembut.
CARA PENGGUNAAN
Goncangkan botol supaya cecair dua warna dalam dicampur sebati. Tuangkan cecair atas kapas. Dengan gerakan perlahan, sapukan kapas yang basah atas mata / bibir untuk menanggalkan kesan bahan solek. Ulangi proses dengan kapas yang bersih sehingga ditanggalkan.
Gambar pertama muka Asyik dengan makeup kemudian Asyik sapukan sedikit makeup remover pada kapas dan siap terus hilang semua makeup.
Ini kesan makeup untuk seluruh wajah Asyik, tanggal habis semua.
Illuminating Essence meningkatkan seri wajah dengan berkesan menggunakan teknologi Lumiscience°TM dengan pendekatan secara 360 darjah. Kesan lutsinar wajah dikembalikan apabila kulit menjadi cerah, terhidrat serta dilindungi kerosakan yang disebabkan kesan radikal bebas serta tekanan dari kesan pengoksidaan.

Hasilnya, kulit wajah yang cerah dan sekata. Ekstrak Silver Vine membantu mengurangkan kesan karbonilasi protin dan meningkatkan kesan lutsinar kulit wajah. Kandungan Alpha MelightTM pula membantu mencegah bintik hitam, serta memberikan kesan kilauan pada kulit wajah.

Kompleks semulajadi seperti tembikai, epal dan ekstrak lentil membantu meningkatkan kadar lembapan dan hidrasi kulit dengan mengembalikan semula keadaan sel yang sentiasa lembap dan penuh dengan kompleks pelembapan.

CARA PENGGUNAAN
Gunakan dua kali sehari untuk mengembalikan seri wajah anda dari segala petanda kulit yang tidak sihat, kering serta tidak sekata. Protin yis yang dihasilkan melalui kaedah bio-teknologi serta dicampur dengan mineral berlian dan mother of pearl, membantu melicinkan kulit serta membolehkan kulit yang lebih sinar berseri. Disapukan pada wajah sekurangnya dua kali sehari. Kulit yang letih dan tidak bermaya serta dengan tona yang tidak sekata akan bertukar menjadi lebih terhidrat dan kembali berseri.

Brightening Overnight Mask masker intensif yang diformulasikan dengan ekstrak Silver Vine dan Alpha MelightTM. Mengandungi konsentrasi agen pencerahan yang berfungsi untuk meratakan warna kulit yang tidak sekata, memulihkan tenaga dalam sel kulit serta memastikan hidrasi pada kulit semasa tidur.

Kandungan anti-oksida yang memulihkan tenaga pada sel kulit juga turut memberikan hasil kulit yang lebih gebu, lembut dan tegang serta berupaya memberikan pantulan wajah yang sihat. Gunakan setiap 1-2 kali seminggu untuk kesan yang lebih menakjubkan. Asyik guna 3 kali seminggu. hehe. Nak kesan yang lebih cepat. Asyik suka dengan dua-dua produk ini bila digabungkan. Hasilnya kulit licin dan terasa segar bila bangun pagi disebabkan oleh semalaman menggunakan produk ini dan kita dapat memulihkan kulit wajah dengan baik. Satu lagi yang best tentang mask ini ialah kita tidak akan rasa macam kita sedang pakai mask di muka sebab bahan-bahan dalam mask itu sendiri terasa ringan saja bila sapu dimuka.

CARA PENGGUNAAN
Gunakan masker selepas wajah di cuci bersih serta toner digunakan. Untuk hasil serta merta, dicadangkan untuk menggunakan Lumiscience°TM Intipati Pencerah (Illuminating Essence) atau Serum Penghidrat (Hydrating Serum) sebelum menyapu Masker Penyeri Malam. Ratakan atas permukaan kulit dan leher dengan urutan perlahan selama 30saat untuk memastikan serapan ke dalam kulit. Gunakan sebelum tidur dan boleh dibiarkan semalaman dan bilas di pagi keesokannya.
Brightening Enzymatic Refiner berlainan dengan krim pengelupasan yang biasa, produk pengelupasan ini adalah berasaskan gel. Di formulasikan dengan bahan seperti papaya, enzim pengelupasan yang lembut ini bertindak untuk menanggalkan sel kulit mati yang terdapat di permukaan kulit wajah dan menggalakkan pembaharuan sel kulit yang baru. Ekstrak Silver Vine dan AlphaMelight™ yang terkandung dalam produk membantu dalam menjadikan kulit lebih berseri.

Ekstrak Hamamelis, Aloe serta Vitamin B5 menghidratkan serta melembutkan kulit wajah. Penggunaan yang beterusan akan memberikan raut wajah yang cerah berseri serta tona wajah yang lebih sekata. Setakat yang Asyik telah pakai tiada lagi pengelupasan yang teruk. Produk ini yang paling best ialah boleh menghilangkan bintik hitam diwajah kita especially dibahagian hidung Asyik. Memang itu masalah utama Asyik. Cara nak guna pun mudah.

CARA PENGGUNAAN
Ratakan satu lapisan gel atas kulit yang bersih dan kering. Pastikan gel diratakan pada seluruh wajah serta leher untuk perawatan yang seimbang. Untuk bahagian wajah yang berjeragat, tambahkan lapisan yang lebih tebal untuk perawatan maksima.

Urutkan gel secara turutan bergelang ataupun berarah bulatan untuk tiga saat dan biarkan selama lebih kurang tiga minit lagi sebelum membilas muka. Semasa membilas, basahkan tangan dan urutkan muka secara perlahan untuk melembutkan sel-sel mati yang akan disingkirkan. Gunakan produk 1-2 kali seminggu untuk hasil yang optimum.
Overall:
Illuminating Essence - Rated 5/5 (Price - RM129)
Eye & Lip Makeup Remover - Rated 4/5 (Price - RM49)
Brightening Overnight Mask - 4.5/5 (Price - RM99)
Brightening Enzymatic Refiner - 4/5 (Price - RM69)
Packaging - bentuknya mudah dipegang, cantik dan sangat eksklusif. - Rated 4/5

InshaAllah kalau boleh nak teruskan pakai produk ini. Best okay. ;)

Visit :
Instagram : Neesya Skincare 
Facebook : Neesya Skincare
Website : NEESYA Skincare

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Friday, April 10, 2015

Beauty Review : L’Oreal Paris Color Riche Moist Matte Lipstick Iridescent Dewy Beige

Assalamualaikum,
L'oreal Paris memang tidak asing lagi dalam dunia kecantikan. Banyak produk dari mereka yang sememangnya terbaik. One of the best category is lipstick. A lipstick that delivers intense moisture while providing a velvet matte finish. Colour Riche Moisture Matte's unique formula contains jojoba oil for unrivaled moisture and comfort along with matte gel technology to create an intense matte look. The packaging indeed looks very luxury. The texture of the lipstick very moist and smooth when apply on the lips. I like how they make my lips moist and the color little bit sheer. 
You can get natural look when wearing  Iridescent Dewy Beige Lipstick.
Sales Price : RM39.90
Where to buy : Watson, Guardian and any cosmetic shop.
Rated : 4/5
After twice application.

Till Next Entry,
Love, Asyik.