Skip to main content

Posts

Showing posts with the label OOTD

Mumu Scarves

Assalamualaikum, This is not a sponsored post, Asyik cuma nak kongsi sahaja dengan korang. Salah satu tudung favourite Asyik setakat ini. Material yang digunakan memang best dan Asyik rasa berkualiti walaupun harganya tak mahal. Bukan senang nak dapat tudung yang berkualiti materialnya dengan harga yang murah. Harga dia tak lebih dari RM50. Sekarang dah ada banyak pilihan yang boleh dipilih. Kalau nak beli boleh tengok Mumu Scarves  website. Pilihan Asyik Maroon Love, Ruby Rose dan Milk Tea. Ada 40 pilihan warna yang cun-cun yang korang boleh pilih. Selalunya Asyik suka pakai lilit-lilit macam shawl sebab tudung ini square tau. Location picture : Bukit Bendera, Penang Location Picture : Rumah P. Ramlee, Penang Tapi kalau malas buat macam ini jea. Still selesa dan kemas. Location Picture: Kampung Kraftangan, Kelantan. Till Next Entry. Love, Asyik.

Look Post : Numa Fishtail

Assalamualaikum, Dah lama rasanya Asyik tak buat entry OOTD dalam blog ini. Tak tahu kenapa malas sangat nak edit gambar tapi malam ini gagahkan tangan juga nak buat sebab tengok blog dah macam blog iklan jer. hehe.  Alhamdulillah sekarang Asyik dah ada peneman seumur hidup. Rasa agak berbeza sikit sekarang ini sebab status itu dah lain. Kadang-kadang macam tak percaya yang diri ini dah kahwin. Selalu cakap kat husband, eh macam tak percaya kan kita dah kahwin sebenarnya. haha. Sebab feeling itu macam tengah berkawan lagi. Maybe sebab kitaorang dah kenal lama kot. Tarikh kitaorang kahwin haritu cukup 10 tahun 1 bulan kitaorang kenal. Nanti Asyik share gambar-gambar kahwin dengan korang yea. Tunggu official photographer bagi gambar dulu. Terima kasih juga pada yang wish dalam blog, facebook dan instagram haritu.  Satin Shawl : Aisyah Almanshoor Numa Fishtail 2.0 : CalaQisya Flats : Vincci Jeans : F.O.S Bag : FILA Till Next Entry, Love, Asyik. ...

Look Post : Light Brown on Pink

Assalamualaikum, The happiest people on earth are not those who live on their terms, but those who change their terms for the one whom they love and respect. Zaraa Shawl : CalaQisya Sabrina Maxi Dress : CalaQisya Handbag : Nikisa Closet Till Next Entry. Love, Asyik. Photographer:  Giorgio Izas

Saraya Zahret Istana Bunga Fashionista

Assalamualaikum, Bila sebut bunga memang sangat sinonim dengan wanita. Tambah pula kalau bunga itu yang berwarna-warni. Saraya Zahret kalau ada yang belum tahu maksudnya ialah Istana Bunga-bungaan. Sesuai nama itu dengan produk yang dijual. Pelbagai koleksi pakaian seperti jubah, dress, skirt, palazzo pants, baju kurung moden, baju untuk kanak-kanak dan pelbagai koleksi tudung yang mengikut trend semasa. Setakat ini Asyik dah cuba pelbagai rekaan tudung dari Saraya Zahret dan buktinya memang sangat selesa. Korang boleh tengok dalam instagram Asyik sendiri. Taip jer Asyikizas mesti ada. Asyik dah kongsi gaya yang sesuai mengikut citarasa Asyik sendiri. Serius korang pun akan suka dengan kualiti dari Saraya Zahret.  Asyik sempat singgah di Saraya Zahret di bangi. Butik itu memang cantik sesuai dengan nama mereka yang membawa maksud Istana Bunga. Bila masuk mata korang akan bersinar-sinar melihat koleksi dari mereka yang berwarna-warni dan cantik.  Korang boleh tengok...

Street Art Laman Seni 7

Assalamualaikum, Salah satu kawasan tumpuan di Shah Alam yang sememangnya memberi inspirasi dan juga tempat untuk penggiat seni yang kreatif menghasilkan karya ialah di Seksyen 7, Shah Alam. Tempat ini berdekatan dengan kawasan kedai dan butik yang popular. Tempat ini merupakan tumpuan para pelajar untuk mengambil gambar. "Laman Seni 7" adalah kesinambungan projek "Laman Seni 2". Sama seperti projek sebelumnya di Seksyen 2, projek ini akan memberi fokus kepada peningkatan lorong belakang di kawasan itu. Projek ini akan lebih ke arah seni. Ia akan menjadi platform untuk generasi muda terutamanya pelajar, untuk meluahkan bakat mereka dan idea-idea baru. Pendek kata, "Laman Seni 7" bertujuan untuk menjadi pusat tumpuan bagi golongan muda berkumpul untuk menggunakan ruang yang diberikan untuk faedah masyarakat. Kesemua hasil karya mereka memang patut dibanggakan. Laman Seni project is brought to you by  Majlis Bandaraya Shah Alam . ...