Monday, March 24, 2014

MH370

Assalamualaikum,
Pasti semua sudah sedia maklum tentang keadaan MH370 sekarang. Yang pastinya berita ini sangat menyedihkan dan hancur luluh hati ini bila dapat tahu apa yang terjadi. MH370 disahkan oleh Perdana Menteri Malaysia terhempas di Lautan Hindi. Ya Allah engkau tempatkanlah mereka semua di tempat yang sepatutnya dan engkau kuatkanlah semangat ahli keluarga mereka supaya dapat menerima semua ini. Berita kehilangan pesawat MH370 memang sangat memeranjatkan tapi itulah ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Redha dengan ketentuanNya. Al-Fatihah untuk yang beragama Islam dan takziah untuk seluruh ahli keluarga mereka. "Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati" (QS. Ali 'Imran : 185).

Al-Fatihah

Till Next Entry.
Love, Asyik

Sunday, March 9, 2014

Launching of Tudung Asyik - Halfmoon Edition

Assalamualaikum,
Pertama sekali rindunya pada blog ini. Lama juga tak sempat nak post entry yang baru. Sibuk memanjang sekarang ini. Dari hal kerja sampai hal keluarga semua kena uruskan. Itu belum kahwin lagi kan, kalau dah kahwin tak tahulah macam mana nak handle. Harap-harap semuanya dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Satu lagi Asyik berharap semoga pesawat MH370 terselamat dari segala kemungkinan yang tidak baik. Semoga Allah S.W.T melindungi mereka semua. Doakan juga untuk kesihatan nenek Asyik yang sekarang ini semakin merosot kesihatannya. Amin.

Untuk sesi pengenalan Asyik keluarkan koleksi terbaru dan pertama dari TUDUNG ASYIK iaitu Halfmoon  Shawl 2 Tone. Halfmoon shawl yang Asyik buat ini memang menggunakan material yang terbaik dan berkualiti. Tidak nipis dan tidak tebal malah sesuai untuk semua muslimah dari yang berbadan kecil sehinggalah yang berbadan besar kerana halfmoon shawl yang Asyik reka ini sizenya memang besar dari yang biasa. Boleh juga dijadikan tudung labuh kerana sizenya yang agak lebar dan boleh menutupi seluruh bahagian dada.

Sekiranya anda bijak anda juga boleh menggunakan kedua-dua bahagian tudung ini kerana ia mempunyai 2 layer yang berlainan warna. Halfmoon shawl ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Jadi tak rugi kalau anda membelinya malah tudung ini memang mudah dibentuk.


Halfmoon shawl 2 Tone. 
RM 60 (include postage) 
Code : Red White 01

Halfmoon shawl 2 Tone. 
RM 60 (include postage) 
Code : Orange White 02

Halfmoon shawl 2 Tone. 
RM 60 (include postage) 
Code : Baby Green Blue 03

Halfmoon shawl 2 Tone. 
RM 60 (include postage) 
Code : Cream Green 04

Halfmoon shawl 2 Tone. 
RM 60 (include postage) 
Code : Green Red 05

Cara-cara untuk membeli:
Cuma perlu WhatsApp ke 011-23426247 to purchase.
Kalau yang tak ada WhatApps boleh jer message, WeChat, Line.

Untuk maklumat lanjut boleh lawat ke:
FB Page: Tudung Asyik
Instagram: Tudung Asyik

Semoga anda seronok bershopping di sini.
Till Next Entry.
Love, Asyik.