Assalamualaikum, Fair & Lovely membantu gadis-gadis mencapai impian kerjaya mereka dengan Serikan Impian Anda Bersama Fair & Lovely Kuala Lumpur, 16 Mei, 2013 – Setiap gadis mempunyai impian masing-masing. Sama ada besar atau kecil, memenuhi impian tersebut memberi makna dan tujuan dalam kehidupan mereka. Dalam arus kehidupan, ramai gadis akhirnya memendamkan impian mereka kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan di alam realiti. Antara rintangannya termasuk kekurangan sokongan, kekurangan maklumat yang mencukupi, kekurangan peluang, serta keraguan diri. Ini memberi inspirasi kepada Fair & Lovely untuk menyediakan platform bagi gadis-gadis Malaysia untuk membantu mereka mencapai kerjaya impian mereka. Siri realiti Serikan Impian Anda Bersama Fair & Lovely akan menampilkan sepuluh orang gadis dari pelbagai latar belakang. Bersama Fair & Lovely, gadis-gadis ini akan melalui transformasi yang bakal menyerlahkan kecantikan dalaman ...