Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Activities

Travel : Pulau Perhentian

Assalamualaikum, Setelah bertukar tempat kerja ke Kelantan banyak betul perkara yang baik terjadi. Alhamdulillah dengan rezeki dari Allah S.W.T. selepas kahwin ini. Salah satu rezeki minggu lepas pada 28,29 dan 30 April 2015 Asyik berpeluang ke Pulau Perhentian bersama dengan pelajar. Yang suka itu sebab tak perlu bayar apa-apa pun. Semuanya dah disediakan dan diuruskan oleh pelajar. Asyik dan Giorgio cuma perlu menjadi pensyarah pengiring saja. Memerhati dan memberi pandangan sekiranya pelajar tersebut memerlukan. Tujuan ke Pulau Perhentian adalah untuk memenuhi kehendak subjek yang mereka ambil iaitu mengadakan satu aktiviti amal. Jadi mereka memilih untuk membuat kerja amal di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian. Kerja amal bersama dengan pelajar sekolah tersebut ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang grafik atau komunikasi visual disamping untuk memberi keyakinan kepada pelajar berhadapan dengan dunia realiti selepas habis pengajian nanti. Bak kata pepatah sa...

Nandos #AjakAyam

Assalamualaikum, Lebih kurang sebulan yang lepas ceritanya dalam entry ini. Punyalah lambat Asyik nak update. Sekarang ini memang kurang mood nak update blog, tak tahulah apa masalah punya malas. Malas sangat-sangat sampai nak makan pun kadang rasa malas nak buat. Okay sambung cerita utama pasal Nandos, Suzai yang ajak makan-makan. Tak tahu pun dia nak ajak makan kat Nandos, memang betul ajak-ajak ayam. haha. Asyik dengan blurnya siap tanya lagi nak makan kat mana sedangkan Suzai dah invite dalam facebook untuk accept ajak ayam Nandos. Pastu barulah faham rupanya Suzai nak belanja Nandos dengan kawan-kawan blogger dan kawan dia yang lain. Slow betul Asyik sekarang ini. Lebih kurang 14orang yang datang temasuk Suzai. Blogger yang hadir Sabrina ataupun Sabby Prue , Syafiqah Hashim , Susuegoodday  dan Ruby . Yang lain Asyik kurang kenal sebab kebanyakanya kawan sekolah atau rakan tempat kerja Suzai. Tapi kitaorang sangat seronok dapat berborak lama-lama, bergosip sikit...

D’Kayangan Steamboat & BBQ

Assalamualaikum, Salah satu tempat untuk korang santai sambil makan steamboat dengan kawan-kawan atau keluarga Asyik cadangkan korang pergi makan di D'Kayangan Steamboat dan BBQ di Seksyen 13, Shah Alam. Banyak pilihan yang boleh dimakan kat situ. Asyik dah pergi haritu siap bawa rakan-rakan lain lagi. Semua seronok dapat makan steamboat di D'Kayangan sebab banyak pilihan untuk diaorang. Menunggu kedatangan rakan-rakan yang lain dan tak sabar nak makan. Kalau korang nak pergi sila tempah dulu sebab tempat ini sangat ramai peminatnya dan selalu penuh. Kalau boleh datanglah hari yang bukan hari cuti yea. Konsep restoran ini ialah grill, stim, BBQ dan masakan panas yang disediakan secara buffet. Keistimewaan disini ialah sup tomyam, sup ayam dan sos BBQ dan semestinya kambing panggang setiap hari dan sangat lazat lagi menyelerakan.  Pelbagai pilihan makanan laut dan bebola seperti ketam, udang segar, potongan ikan, filet, ayam, kupang, tiram, kerang, kepah, dan ...