Skip to main content

Travel : Pulau Perhentian

Assalamualaikum,
Setelah bertukar tempat kerja ke Kelantan banyak betul perkara yang baik terjadi. Alhamdulillah dengan rezeki dari Allah S.W.T. selepas kahwin ini. Salah satu rezeki minggu lepas pada 28,29 dan 30 April 2015 Asyik berpeluang ke Pulau Perhentian bersama dengan pelajar. Yang suka itu sebab tak perlu bayar apa-apa pun. Semuanya dah disediakan dan diuruskan oleh pelajar. Asyik dan Giorgio cuma perlu menjadi pensyarah pengiring saja. Memerhati dan memberi pandangan sekiranya pelajar tersebut memerlukan.

Tujuan ke Pulau Perhentian adalah untuk memenuhi kehendak subjek yang mereka ambil iaitu mengadakan satu aktiviti amal. Jadi mereka memilih untuk membuat kerja amal di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian. Kerja amal bersama dengan pelajar sekolah tersebut ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang grafik atau komunikasi visual disamping untuk memberi keyakinan kepada pelajar berhadapan dengan dunia realiti selepas habis pengajian nanti. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Sambil memantau sambil bercuti. Pepatah itu untuk Asyiklah tak sesuai untuk pelajar. hehe

Asyik memang teruja sangat nak pergi Pulau Perhentian ini sebab pulau ini memang popular dengan kecantikan tempatnya. Sememangnya tidak mengecewakan. Benda pertama Asyik teruja ialah air laut yang sangat jernih, siap boleh nampak ikan dalam itu. Masa itu terasa kagum sangat dengan ciptaan-Nya. Pengalaman naik bot yang dah macam naik 'roller coaster' sangat menyeronokan walaupun takut juga sebenarnya.

Dapat tengok kehidupan penduduk-penduduk di pulau memang memberi pengalaman yang mengujakan. Ditambah lagi dengan penduduknya memang peramah dan baik. Asyik tambah teruja sebab dapat snorkeling. Pertama kali dalam hidup snorkeling ini, memang takut sebab Asyik bukannya pandai berenang pun tapi sebenarnya tak perlu nak tahu berenang kalau nak snorkeling cuma kena berani dan tak gelabah jea. Teruja bukan main lagi. Ada 4 tempat yang tour guide bawa. 

Mula-mula tempat untuk training supaya dapat biasakan diri dalam air laut. Tempat kedua dibawa tengok penyu. Memang dapat tengok 'live' penyu tengah berenang. Malah dapat berenang dekat dengan penyu cuma tak dapat nak ambil gambar jea. Rugi aihhh. Tapi takpe sebab pengalaman itu yang penting. Tempat ketiga dibawa ialah kawasan ikan yang comel-comel belaka dan salah satu ikan itu ialah nemo. Jinak-jinak betul ikan itu. Langsung tak takut dengan orang. 

Di kawasan ini juga dapat lihat terumbu karang yang SubhanAllah cantik sangat. Besar-besar pula itu semuanya. Sebelum ini dapat tengok didarat yang kecil-kecil jea tapi kali ini dapat lihat secara 'live' terumbu karang yang besar di dasar laut. Rugi siapa yang tak cuba snorkeling. Asyik rasa tak puas lagi walaupun empat tempat dibawa. Dan sangat puas hati dapat mengalami semua pengalaman itu. Okay sebelum Asyik membebel banyak lagi Asyik dah sediakan untuk korang gambar-gambar sepanjang aktiviti Asyik di Pulau Perhentian.
Ready untuk bertolak ke Pulau Perhentian.
Dah sampai di Pulau Perhentian dan sedang memerhati pelajar-pelajar yang seramai 60 orang menguruskan kerja mereka.
Sambil itu Asyik cuci mata tengok keindahan di Pulau Perhentian. Air laut sangat jernih siap nampak ikan.
Hari pertama di Pulau Perhentian dapat lihat pemandangan yang indah ini.
Green Art Camp 'Code'munity sudah bermula. Kita lihat apa yang pelajar sedang buat.
Malam pertama sesi 'ice breaking'.
Selain aktiviti dengan pelajar sekolah mereka juga ada membuat mural di sekolah tersebut.
Syukur semua pelajar suka dengan aktiviti ini.
Ini group mural yang membantu memeriahkan kembali mural yang sedia ada.
Alhamdulillah semuanya berakhir dengan sangat bagus dan boleh dibanggakan.
Snorkeling moment is the best. Thank you student for the picture. 
Salah satu masjid di Pulau Perhentian.
Sampai di sini saja kita jumpa lagi di entry seterusnya. 

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Comments

  1. Cantik nye air dia jernih :)

    ReplyDelete
  2. perhentian memang bestttt & cantik sangat2... :D

    ReplyDelete
  3. sory kak jrg melawat umh ye hehehhe wahhhh HUNTONGGNYA bdk2 tu hahaha bkn nye huntong akk kn..ye la kem sek smpi ke perhentian!! kt dlu takat2 dlm sek je hahah kem nye LOL btw senorkeling perhentian is the best ever :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..itulah xsudi dia nk dtg sini selalu.. :p
      huntong sgt2 pg tgk jea. rindu snorkeling lg.. :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatu...

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se...

Giveaway Fair & Lovely bersama Asyik Maiburogu - 10 pemenang akan menerima hamper bernilai RM50

Assalamualaikum, Berbaju Melayu dan juga kebaya, Kurung moden pun ada juga, Hari raya disambut dengan gembira, Kulit cerah berseri bertambah ceria. Bagus tak pantun Asyik buat itu? Bolehlah kan walaupun ada yang tak berapa nak sesuai. hehe. Tapi isi yang nak disampaikan tersangatlah bermakna untuk semua. Kalau tak baca rugi sampai bila-bila. Cewahhh. Pasti semua dah siap dengan berhelai-helai baju raya kan. Siap ikut trend semasa lagi. Asyik baru ada sehelai baju. Last minute baru nak shopping sehelai lagi baju raya. Beli banyak-banyak pun bukan nak keluar ke mana sangat sebab balik kampung jea pun.  Tapi bab kecantikan Asyik dari awal lagi dah bersedia. Supaya raya nanti muka nampak cerah berseri. Dengan adanya produk Fair & Lovely Asyik memang tak perlu risau lagi sebab memang kulit akan cerah dan berseri bila menjelang hari raya. Memang Asyik sesuai dengan produk Fair & Lovely. Selesa bila pakai dan tak berminyak bila kena pada kulit muka Asyik. Pe...