Sunday, December 29, 2013

Beauty Review : Fusion Beauty Ultraflesh Shinebox

Assalamualaikum,
Asyik nak berkongsi dengan korang tentang produk dari Fusion Beauty. Highlight and Shimmer Collection dalam box ini ada 5 piece set. Two cream shimmers, two highlighter eyeliner and one enhancer powder. ULTRAFLESH shine box sangat praktikal untuk kita bawa setiap hari kerana design yang dibuat sangat sesuai dan mudah dibawa kemana-mana.

Size nya pun kecil sebesar smartphone anda sahaja.

Ada 3 bahagian dalam box ini.

Satu bahagian untuk enhancer powder ataupun blusher, cream shimmer and highlighter eyeliner. Sangat praktikal kan.

Texture pula sangat halus, licin dan berkilat. Sesuai untuk kegunaan harian ataupun ke majlis-majlis tertentu.

Nude color sesuai untuk semua.

Review UltraFlesh Shinebox
Sebelah kiri mata, Asyik sapukan enhancer powder dan sebelah kanan tidak disapu apa-apa. Boleh nampak perbezaan disitu kerana sebelah kiri sedikit berkilat. Enhancer powder ini boleh juga digunakan sebagai eyeshadow.

Selepas itu kedua-dua belah mata Asyik telah sapukan cream shimmer.

Kedua-dua cream shimmer telah digunakan dan juga sedikit highlighter eyeliner.

Hasilnya sangat natural dan tidak terlalu berlebihan untuk kegunaan harian. 

PRICE: RM106.50 (After discount)

Boleh dapatkan di http://my.strawberrynet.com

Till Next Entry.
xoxoxo


*This product were send to me for product review purposes. Colors might be different from the original depends on the lighting.

Friday, December 27, 2013

Cerita Sebenar Mengenai Bibah! - Telemovie

 Assalamualaikum,
Just under 4 years old, Kash Pictures, lead by Prakash Murugiah & Mynn Lee has created a series of ground breaking shows such as English TV Drama series, Crossings; Kid’s Travel show, The V Squad; Tamil mini-series, Anjali; Telemovie Mama-Mama Mia and Premium Box Office made for TV movie, Selagi Masih Ada to name a few. Till today, Crossings which was produced in 2010 continues to be set as a benchmark for local producers by ntv7 while our latest shows, Mama-Mama Mia and Anjali has garnered one of the highest ratings for our clients in 2013.

Now eager for a new challenge, Kash Pictures are setting their sights on producing films whilst continuing to create ground-breaking shows on TV. Now they are producing telemovie 'Cerita sebenar mengenai Bibah'.

'Cerita Sebenar Mengenai Bibah' will be launching on 8.30pm on 30th December 2013, at TV9 in conjunction with New Year’s Day 2014.
ACTORS
Bibah - Siti Saleha
Hazril - Pekin Ibrahim
Nini - Tunku Norhanis

Synopsis
Habibah Mansor (Bibah) is the best and most savviest IT helpdesk operator in the history of Permata Holdings Berhad. Nevertheless, she is anything but confident when it comes to love… On one especially lousy day when Bibah was feeling bad about herself, Bibah jokingly decides to describe herself as “A Perempuan Melayu Terakhir” to a smitten caller in an effort to make herself feel better! However, when the caller, the newly hired Vice President of Permata Holdings Berhad asks her on a date, Bibah panics and talks her beautiful and tall colleague Nini, the “Ratu Kebaya” of Permata Holdings Berhad, into assuming her identity! Thus… setting an escalating series of hilarious misunderstandings and romantic crises!
Would like to know more about this telemovie please refer my previous entry HERE.


Tak sabar nak tengok muka sendiri dalam tv macam mana. haha Mesti kembang giler. Korang pun jom support telemovie Malaysia yea.

Till Next Entry.
xoxoxo

Wednesday, December 25, 2013

Tokan Movie - Malam Gala

Assalamualaikum,

Selepas kejayaan menerbitkan filem Aku Ada Kau Ada, PENCIL PICTURES & RECORD SDN BHD kembali dengan sebuah filem aksi berjudul TOKAN. Walaupun masih lagi baru di dalam dunia penerbitan filem, ianya bukan menjadi satu alasan untuk tidak sama-sama menghasilkan karya-karya yang terbaik dalam industri perfileman tempatan. Syarikat penerbitan yang diketuai oleh Dato' Normashayu Puteh ini sentiasa mencari peluang untuk sebaris dengan syarikat-syarikat penerbitan filem yang lain dan ini terbukti dengan terhasilnya filem Tokan ini.

Tokan diarahkan oleh seorang pengarah yang berbakat besar iaitu Ghaz Abu Bakar. Kreativiti serta kebolehan yang ada pada beliau menjadikan Tokan mempunyai sentuhan yang lain dan mempunyai elemen-elemen dramatik yang luar biasa. Tokan membariskan pelakon-pelakon hebat Malaysia antaranya Zizan Razak, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Johan As'ari dan Liyana Jasmay. Ianya turut dikuatkan dengan menampilkan pelakon hebat yang disegani iaitu Wan Hanafi Su dan juga pendatang baru yang sedang meningkat naik iaitu Wanna Ali.

Melihat pada gabungan artis yang menjayakan filem ini pastinya sesuatu yang terbaik dihidangkan kepada penonton semua. Melaka dan sekitar Kuala Lumpur menjadi latar lokasi utama bagi filem ini. Metrowealth Sdn. Bhd menjadi syarikat pengedar, pemasaran serta promosi untuk filem yang membelanjakan sekitar RM2 juta untuk kos keseluruhan pembikinan.
Sinopsis filem TOKAN

Berita kematian Tuan Gan memeranjatkan semua TOKAN di Malaysia, termasuklah Tuan Kamli (Wan Hanafi Su). Tuan Kamil adalah bapa kepada Suri (Liyana Jasmay) dan Wana (Wanna Ali), juga merupakan seorang TOKAN terbesar di Melaka. Terdapat 7 orang lagi Tokan lain di bawah kuasanya termasuklah Mat Lobe (Zizan Razak).

Mat Lobe merupakan antara TOKAN yang paling muda di antara TOKAN lain di Melaka. Mat Lobe adalah seorang yang kelakar dan suka bergurau. Suri, Wana, Yusof (Pekin Ibrahim) dan Solihin (Soffi Jikan) juga sering disakat dan dikacau oleh Mat Lobe.

Solihin adalah seorang daripada Tokan di Melaka. Solihin merupakan seorang yang kreatif dalam proses pembuatan dadah. Dia banyak menghabiskan masanya di dalam makmal untuk memproses dan mengkaji dadah-dadah yang dihasilkan olehnya.

Yusof berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan ditawarkan bekerja di sebuah kilang yang dimiliki oleh Tuan Kamil. Setelah bekerja beberapa bulan di kilang tersebut. Tuan Kamil telah menganggap Yusof seperti anaknya sendiri. Yusof telah diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan serta pengawal peribadi Tuan Kamil.

Selama khidmat bersama Tuan Kamil, Yusof tidak pernah tercedera atau dicederakan sehinggalah pertemuannya dengan Rano (Johan As'ari). Rano, adalah seorang tentera yang telah menarik diri dari khidmat ketenteraan kerana diupah oleh seseorang untuk membunuh semua Tokan di Malaysia. Di samping menjalankan misi yang diupah, Rano turut menyimpan dendam terhadap Tokan di Malaysia kerana adiknya telah ditangkap menjadi keldai dadah di Brazil.

Apakah kesudahanya, Tokan akan merungkai seganya mulai 26 Disember 2013 ini. Jangan lupa saksikan di pawagam berdekatan anda. Filem ini Asyik bagi 4 bintang. Setakat ini memang memuaskan hati bila tengok kerana jalan ceritanya memang menarik.
Sedutan dari filem Tokan.
Sepanjang Malam Gala TOKAN.
Johan As'ari, Wanna Ali dan Zizan Razak.


JuzzThin dan Waris. Penyanyi lagu tema Tokan.

Liyana Jasmay pun ada. Sweet gilos.

Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim pun lagi lah sweet bersama Giorgio Izas selaku photographer of the day.

Asyik dengan Uqasha Senrose.

Soffi Jikan cool giler.

Warisss... Bertingkek-tingkek rasanya. haha

Zizan Razak..wehuuu..dapat juga jumpa dia. Perangai sama jea dalam raja lawak itu. haha. Melawak suka hati dia jea.


Trailer Tokan.

Till Next Entry.
xoxoxo

Wednesday, December 18, 2013

Laki-Laki - Movie

Assalamualaikum,
Selepas satu persatu kejayaan filem yang ditayangkan, kali ini MIG tampil dengan filem komedi terbaru iaitu LAKI-LAKI. Selepas kejayaan filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang dan Highland Tower, kali in MIG mengetengahkan filem bergenre komedi untuk disajikan kepada penonton.

Filem ke-87 terbitan MIG ini membariskan pelakon-pelakon antaranya Angah Raja Lawak, Zul Suphian, Adey Syafrien, Mie Raja Lawak, Azrel Ismail, Zaibo, Kamal Faridz dan Mikael Andre. Filem ini diarahkan oleh Ahmad Rusli Mohamed Khadri. Selain itu, lokasi pengambaran filem ini dilakukan sepenuhnya di Pulau Pangkor, Perak selama 23 hari.


Sinopsis Filem

5 lelaki, 1 program, 1 pulau terpencil. Itu sahaja yang diperlukan untuk 5 lelaki ini menjadi kawan baik selamanya. Razak (Zul), Abu (Angah), Azman (Azriel), Samad (Mie) dan Jerry (Adey) mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza namun apa yang mengaitkan mereka semua adalah satu masalah yang sama yang membawa mereka semua ke satu program istimewa. Razak, seorang kartunis yang tidak bekerja selepas syarikat tempat dia bekerja jatuh muflis dan masih tinggal bersama dengan ibunya. Abu pula adalah seorang chef yang kecewa kerana aweknya dirampas dan perniagaannya muflis kerana seorang kawan baiknya. Azman merupakan pemain bola sepak Malaysia yang sudah digugurkan daripada pasukannya dek kerana sikapnya yang sambil lewa. Seorang pengarah syok sendiri, Samad akhirnya gagal menghasilkan sebuah filem yang dianggapnya hebat. Dan Jerry, seorang penyanyi rock telah disingkirkan daripada bandnya sendiri dan cuba bergerak solo namun tidak berjaya. Menggabungkan kelima-lima kekecewaan mereka, mereka tekad menyertai satu program motivasi untuk membantu mereka berjaya kembali. Namun, satu tragedi terjadi dan mereka terdampar di sebuah pulau terpencil. Bermula disini, mereka berlima belajar menerima diri masing-masing dan mula sedar yang mereka saling memerlukan.

Adakah mereka akan diselamatkan? Saksikan kisah 5 lelaki ini dalam filem Laki-Laki pada 19 Disember 2013. (4 bintang untuk filem ini dari Asyik) Kelakar giler. Boleh layan untuk hilangkan stress.






David Teoh pun berlakon juga hokeyy.

Sekitar Pra-Tonton Filem Laki-Laki

Perbincangan yang serius nampaknya disini. hehe



Photographer of the day Asyik dan Giorgio. Chef Nik Michael Imran tu tetiba jer ada sekali. haha

Till Next Entry.
xoxoxo

Monday, December 16, 2013

Gurney Paragon, Penang

Assalamualaikum,
Gurney Paragon tempat baru yang terdapat di Penang. Tarikan utama apabila ke Gurney Drive. 
Gurney Paragon is set to be the new premier shopping, entertainment, office and luxury residential address in Penang. It is a mixed development comprising a 700,000 sq ft shopping mall, an office tower, and two high-end residential towers. It is located on Gurney Drive, a beachfront esplanade that enjoys stunning ocean views and cool sea breezes.

But most uniquely, it is built around and inspired by the former St. Joseph's Novitiate - converted into St. Jo's, an area for stylish restaurants and cafes steeped in the architecture of Penang's heritage. Sangat menarik kerana senibina yang dibina mengekalkan keunikan Pulau Pinang. Can't wait to be there again this month.


My Lovely family. Bawa Giorgio berjalan-jalan kat Penang.


Seriously suka sangat dengan tempat ini.





We love you Penang. hehe

Till Next Entry.
xoxoxo