Skip to main content

Miss You Cameron Highland

Assalamualaikum,
Cameron Highland antara salah satu tempat yang Asyik suka kalau nak pergi bercuti dalam Malaysia. Tempat sejuk dan cantik. Yang penting udara nyaman jer. Tambah pula kalau dapat beli bunga-bunga yang mekar harum yang dijual fresh kat sana. Best oooo.. Bila pula dapat peluang macam cuti tempoh hari. Lepas balik ke Penang waktu cuti raya apa ntah, sebelum balik KL singgah Cameron Highland.

Memang tak plan langsung nak ke Cameron Highland tapi ada orang itu suka buat surprise. Dari rumah family Asyik kat Penang bertolak dalam tengah hari, esoknya Asyik dah kerja. Jadi sempat pergi sekejap jer Cameron Highland. Dalam perjalanan nak ke KL, Asyik memang tidur ajer. Konon nak simpan tenaga esok nak kerja. haha. Tidur nyenyak bukan main, bila buka mata nampak jalan macam lain jer, tak macam highway pun. Mata tutup balik, tengah fikir sorang-sorang. Mana pula Giorgio ini nak pergi kan. Nampak jalan ini macam nak ke Cameron Highland jer. Haishhh biar betul.

So, pura-pura tidur lagik. Sampai dah bosan pura-pura tidur, bangun buat muka tak tahu pape. hehe. Pastu tanya nak ke mana ini? Giorgio pula jawab SURPRISE!!! kita pergi Cameron Highland. Alasan dia boleh ke sini sebab jalan jammed teruk kat highway. haha. Asyik pun pura-puralah YEAYYYYY..Cameron Highland...wehuuuuu...kah3.. padahal dalam hati dari tadi dah seronok gilahhh..

Tempat pertama yang disinggah. Memang selalu akan singgah sini kalau datang Cameron Highland.

Ambil gambar sikit buat kenangan datang pertama kali bersama ke Cameron Highland. haha


Kitaorang terlama sangat kat sini sampaikan banyak kedai dah tutup kat tempat lain.

Sempat masuk kat sini jer. Nak ke Strawberry Farm dah tutup. Nak beli bunga pun dah takde. huhu. Tengah plan nak datang lagi ini.

Malam pula hujan. Makan dulu steamboat kat Hotel Titiwangsa sebelum gerak balik ke KL. Bestttt. Banyak sayur kat sini. Tapi kenyang melampau juga. Rindu pula nak ke sana lagi. Cameron Highland tempat syokkk kalau nak bercuti. Sekejap pun jadilah. hehe

Till Next Entry.
xoxoxo

Comments

  1. Ha3... Supriseeee... Mmg jalan Jammed teruk hari tu... Drebar dh xlarat nk tekan pedal Brake... itu yg tibe2 nk releasekn kepenatan kt Cameron Highland... (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe,,terima kasih..lain kali kita pergi lagi yea..:)

      Delete
  2. Bestnya, azwar dah lama tak pergi Cameron.. -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyik pun nak pergi lg nanti..bestkan cameron..:)

      Delete
  3. Haaaa memang best sangat9..kite pun baru lepas gi sane..masih terase lagi angin cameron..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatu...

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se...

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Assalamualaikum, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!, adalah filem ke-86 terbitan Metrowealth (MiG) dan merupakan satu lagi fenomena baru bagi penerbitan filem tempatan. Dengan terhasilnya karya ini memperlihatkan keterbukaan pihak MiG dalam menghasilkan filem-filem yang sangat variasi. Perjalanan filem ini yang penuh dengan unsur-unsur nasihat dan dakhwah berjaya di sampaikan dalam bentuk komedi secara bersahaja. Penampilan buat julung kalinya seorang Penceramah Bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus ke layar perak pastinya menjadi satu keistimewaan buat filem ini. Begitu juga dengan gandingan hebat daripada pasangan Shiro yang menjadi penggerak utama filem ini. Pastinya tidak kering gusi melihat karenah dan lawak mereka yang sentiasa mempunyai idea-idea yang spontan. Melihat kepada pemilihan para pelakon yang menjayakan filem ini membuktikan bahawa MiG sentiasa membuka ruang serta peluang kepada mereka yang di luar sana untuk sama-sama membintangi filem-filem terbitan MiG. Pelakon-pelakon ter...