Skip to main content

A Sweet Souvenir

Assalamualaikum,
Selamat pagi semua untuk hari yang indah ini. Sudah seminggu kita berpuasa kan? Alhamdulillah syukur semuanya berjalan dengan lancar. Di sini Asyik nak berterima kasih kepada blogger yang sudi bagi cenderamata untuk Asyik. Asyik memang suka kalau dapat hadiah ini. hehe. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan akan dapat satu cenderamata dari blogger. Best betul jadi blogger kan. Rugilah sapa yang tak kenal dengan blogger-blogger yang baik hati ini. Asyik dapat keychain dan fridge magnet dari blog Journey Of My Life. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi bagi. 


Hadiah seterusnya bukan dari blogger tapi dari mak Asyik sendiri. Hadiah ini memang selalu sangat dapat tapi kalau mak yang bagi mestilah best kan. Hari itu mak Asyik pergi Hatyai jadi dia belikan lah hadiah sikit. Dia cakap tak tahu nak beli apa kat sana. Semua barang yang sama jea. hehe. Takpe Asyik tetap suka. 

Ada topi yang unik ini. Tak tahulah bila akan pakai. Simpan untuk kenangan.

Shawl yang cantik. Agak berat kain ini dan berbidang besar. Best kalau besar. 

Akhir sekali T-Shirt. Kalau tak beli t-shirt memang tak sah. Mesti akan ada dalam setiap koleksi. hehe. Nasib baik kainnya selesa dan tak panas. Terima kasih mak. Itu jea nak kongsi setakat ini. hehe

Till Next Entry.
xoxoxo

Comments

  1. Cantik la shawl tu kak. Macam pashmina eh kainnya?

    ReplyDelete
  2. wah byk nyer dapat
    boleh bg Sop 1? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh nak yg mana?hehehe..xbolehlah syg tu semua..;)

      Delete
  3. Assalamualaikum. sheila pula biasanya join segmen atau GA kawan blogger. alhamdullilah selalu gak dapat hadiah. souvenier jarang la, sebab tak ramai kawan yang betul2 kawan. hehhehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Sheila..hehe..kdg2 blogger pun boleh jd kwn baik kan..selalulah contact2 dan jumpa..InshaAllah boleh berkwn sampai bila2..:)

      Delete
  4. Wah... Sronokla jadi Cik Asyik ni, tiap2 bulan ade Hadiah... (^_^)

    ReplyDelete
  5. visit & like our FB: My Wardah Cosmetics or blog http://mywardahcosmetics.blogspot.com/...
    only for online wardah malaysia & singapore..sorry for spamming ;p

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Are You 'The Face of Healthy Beauty'?

Assalamualaikum, Pencarian kini bermula! Guardian Malaysia telah melancarkan pencarian besar-besaran untuk mencari EMPAT wanita yang menepati ciri-ciri 'THE FACE OF HEALTHY BEAUTY' bagi mewakili jenamanya. Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Tenggara, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata "Pencarian The Face of Healthy Beauty bukan satu pertandingan kecantikan. Setiap pemenang akan menandatangani kontrak satu tahun sebagai Duta Jenama Guardian beserta wang tunai RM10,000, baucer guardian bernilai RM10,000 dan RM5,000 setiap seorang untuk disumbangkan kepada organisasi kebajikan pilihan mereka. Mereka akan menghiasi muka depan Katalog Jenama Guardian dan beberapa kolaterol lain dan akan menerima produk daripada jenama-jenama penaja. Peserta perlu memuat naik satu video berdurasi 30 saat dan menyatakan "mengapa mereka ingin menjadi The Face of Healthy Beauty?" beserta satu gambar penuh dan satu gambar berukuran pasport. Penyertaan bol...

Giveaway Fair & Lovely bersama Asyik Maiburogu - 10 pemenang akan menerima hamper bernilai RM50

Assalamualaikum, Berbaju Melayu dan juga kebaya, Kurung moden pun ada juga, Hari raya disambut dengan gembira, Kulit cerah berseri bertambah ceria. Bagus tak pantun Asyik buat itu? Bolehlah kan walaupun ada yang tak berapa nak sesuai. hehe. Tapi isi yang nak disampaikan tersangatlah bermakna untuk semua. Kalau tak baca rugi sampai bila-bila. Cewahhh. Pasti semua dah siap dengan berhelai-helai baju raya kan. Siap ikut trend semasa lagi. Asyik baru ada sehelai baju. Last minute baru nak shopping sehelai lagi baju raya. Beli banyak-banyak pun bukan nak keluar ke mana sangat sebab balik kampung jea pun.  Tapi bab kecantikan Asyik dari awal lagi dah bersedia. Supaya raya nanti muka nampak cerah berseri. Dengan adanya produk Fair & Lovely Asyik memang tak perlu risau lagi sebab memang kulit akan cerah dan berseri bila menjelang hari raya. Memang Asyik sesuai dengan produk Fair & Lovely. Selesa bila pakai dan tak berminyak bila kena pada kulit muka Asyik. Pe...

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatu...