Skip to main content

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum,
Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan.

Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain. 

Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sauda. Seperti yang semua orang tahu habbatus sauda sememangnya sangat baik untuk kesihatan kita jadi bila ada produk dari habbatus sauda untuk rambut dan tubuh badan kita Asyik memang cukup suka. Tanpa fikir lagi Asyik terus beli.

Good Virtues Co. ada kelengkapan untuk wajah, rambut dan badan kita, tapi Asyik hanya dapat beli produk untuk rambut dan badan sahaja setakat ini.
HAPPY & HEAVENLY Anti-Dandruff Care Shampoo and Nourishing Hair Fall Protection, RADIANT & RENEWING Anti-Aging & Hydrating Shower Cream, RADIANT &RENEWING Anti-Aging Hand & Body Lotion and HELPFUL & DELIGHTFUL Multiple Repair Hair Serum.
HAPPY & HEAVENLY Anti-Dandruff Care Shampoo and Nourishing Hair Fall Protection salah satu shampoo yang paling Asyik suka. Bau shampoo ni sangat wangi sebab ada habbatus sauda tersebut. Rambut lembut, wangi dan dah kurang rasa gatal pada kulit rambut. Bila pakai tudung ini masalah yang selalu Asyik alami ialah kulit kepala gatal dan berkelemumur. Paling tak suka bila berpeluh rambut akan berbau busuk. RM12.25 untuk 300ml.
HELPFUL & DELIGHTFUL Multiple Repair Hair Serum adalah untuk kekalkan kelembutan rambut dan supaya rambut berbau wangi walaupun tertutup didalam tudung dalam tempoh yang lama. Paling seronok bila husband pun cakap wanginya bau rambut. Maksudnya sebelum ini bau rambut busuk lah yea. haha. Okay dah faham! Bila bangun dari tidur rambut takdelah kembang macam hantu. Goodbye to hantu rambut. haha . Senang sangat nak uruskan bila bangun pagi. RM16.35 untuk 100ml.
RADIANT & RENEWING Anti-Aging & Hydrating Shower Cream boleh buat kulit kita terasa lembut dan licin. Bau tak payah cakap memang wangi. RM8.10 untuk 300ml.
RADIANT & RENEWING Anti-Aging Hand & Body Lotion pula boleh diguna terus selepas mandi. Serius bau dia memang tahan lama dan wangi sangat. Bukan Asyik jea yang cakap bau wangi tapi husband pun suka bau lotion ini. Lotion ini best sebab bila sapu dia tak melekit dan cepat meresap dalam kulit kita. Kelembapan kulit memang terjamin. All product are 100% recommended. RM10.20 untuk 150ml.
Yang ini pula produk untuk lelaki. Asyik belikan untuk husband cuba. Tapi tak tahulah dia dah pakai ke belum. Packaging memang 'win' dan paling menarik ayat-ayat di produk itu. haha. Kalau korang baca pun akan ketawa sebab attractive betul. Pandai diaorang nak buat customer untuk beli. Boleh belikan untuk ayah, abang, adik dan teman lelaki untuk cuba.

Nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat website mereka.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Comments

  1. Nampak menarik sangat produk ni. Terus rasa nak beli produk untuk muka daripada good virtues co! Hihihi.. :D

    ReplyDelete
  2. Mieza dah a few months pakai GVC Anti-Dandruff Care Shampoo and Nourishing Hair Fall Protection, best sebab kulit kepala rasa segar and kurang gatal2 dah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh boleh geng ni..shampoo tu mmg wangi kan..:)

      Delete
  3. Okay tak shampoo tu ? So far you pakai ?

    ReplyDelete
  4. Kite pakai gak shampoo dia tapi xpakai conditioner. Agak kering rambut.rasanya.. kalau pakai conditioner mesti lembut. Kite da try day n night cream dia best. Leh tgk review kat sofiesollysue.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. conditioner Asyik jarang juga pakai tapi setiap kali lepas mandi Asyik akan pakai serum rambut dr jenama yg sama.

      Delete
    2. Nk tnye pkai serum tu x yh bilas ea.

      Delete
  5. Saya pun pakai , sangat bagus, kepala pun dah tak gatal. Shampoo yang lain kerap pakai pun masih gatal. Alhamdulillah dah dapat yang terbaik.

    ReplyDelete
  6. Same as me.. Sy jmpe produk ni kat watson sbb packaging dia nice..and hasilnya rmbut xbnyk gugur dah.. N bau perghh awesome

    ReplyDelete
  7. wahhh sama kita geng, suka pada packaging yg ala korea selain bau yang tutty fruity hehe. Tak sabar nk up entry review

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ini produk ni memang barang yg wajib beli kalau dah habis..;)

      Delete
  8. Camana nak pakai hair serum tu ?

    ReplyDelete
  9. Ni produk good virtue lelaki boleh pakai jugak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se...

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Assalamualaikum, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!, adalah filem ke-86 terbitan Metrowealth (MiG) dan merupakan satu lagi fenomena baru bagi penerbitan filem tempatan. Dengan terhasilnya karya ini memperlihatkan keterbukaan pihak MiG dalam menghasilkan filem-filem yang sangat variasi. Perjalanan filem ini yang penuh dengan unsur-unsur nasihat dan dakhwah berjaya di sampaikan dalam bentuk komedi secara bersahaja. Penampilan buat julung kalinya seorang Penceramah Bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus ke layar perak pastinya menjadi satu keistimewaan buat filem ini. Begitu juga dengan gandingan hebat daripada pasangan Shiro yang menjadi penggerak utama filem ini. Pastinya tidak kering gusi melihat karenah dan lawak mereka yang sentiasa mempunyai idea-idea yang spontan. Melihat kepada pemilihan para pelakon yang menjayakan filem ini membuktikan bahawa MiG sentiasa membuka ruang serta peluang kepada mereka yang di luar sana untuk sama-sama membintangi filem-filem terbitan MiG. Pelakon-pelakon ter...