Skip to main content

Soap and Glory Beauty Haul

Assalamualaikum,
Bila masuk ke Sephora tempat pertama yang Asyik akan pergi ialah Soap and Glory. Memang dah jatuh cinta dengan produk ini. Bau dan texture yang digunakan memang best dan selesa. Mula-mula dulu beli body lotion jer tapi bila dah habis satu botol beli lagi yang lain. Asyik lagi suka botol yang bersaiz kecil sebab mudah untuk bawa ke mana-mana. 
Ini empat produk yang Asyik memang dah suka sangat sekarang ini. Body Moisturizing Mist, Soap and Glory Flake Away (Body Scrub), Body Lotion dan Glow Lotion. Harga kesemua produk ini tak mahal pun, yang masih belajar pun boleh beli.
Untuk review Soap and Glory The Righteous Butter Body Lotion korang boleh baca kat SINI. Ini kali kedua Asyik beli.
Texture body lotion lembut dan wangi. Dah tak perlu guna perfume badan korang akan tetap wangi.

Soap & Glory Girligo Body Moisturizing Mist pelembap badan selepas mandi yang berbau wangi, lembut, licin dan menjadikan kulit lebih lembut. Wangi dengan campuran menarik daripada bergamot, peach, strawberry, jasmine, mandarin dan musk. 250ml sebotol memang sesuai untuk kegunaan harian. Ini salah satu produk kegemaran Asyik yang sememangnya memuaskan hati. Harganya sekitar RM35 tak lebih dari itu. Berbaloi untuk dibeli.
Selepas mandi terus spray pada badan dan baunya akan kekal lama.

Produk seterusnya yang Asyik suka ialah Soap and Glory Flake Away Body Polish. Waktu mandi boleh guna scrub ini untuk buang kekotoran degil pada badan dan seterusnya meninggalkan bau yang wangi dan kulit jadi lembut dan licin. Serius tak tipu memang best scrub ini.
This smoothing body polish is made from shea butter, sweet almond oil, peach seed powder, sea salt, and sugar for a formula that eliminates dry skin. Its alluring scent of Soap & Glory's signature Pink Fragrance combines fresh bergamot, mandarin, rose, jasmine, peach, strawberry, oakmoss, amber, woody notes with amber and warm vanilla notes on the bottom.
Harganya sekitar RM33 untuk size yang besar.

Produk terakhir yang Asyik guna sekarang ialah Soap and Glory Glow Lotion Body Glimmer. Yang ini kalau yang suka ada glitter sikit pada badan dia bolehlah cuba. Asyik selalu sapu pada tangan dan lengan supaya nampak macam glowing sikit. Bau glow lotion ini sudah semestinya wangi dan selesa sangat.
Use all over as a moisturizer, on your neck and shoulders as a fragrant shimmer, or as a stand-in for stockings when you find yourself short of a little shin shine.
Boleh tengok bahagian yang Asyik dah sapu dan bahagian yang tidak disapu. Ada perbezaan kat situ. Harga Glow Lotion ini hanya RM29 kalau tak salah Asyik untuk 150ml. Jadi memang boleh dimiliki sangat. Kesemua produk dari Soap and Glory Asyik bagi 5/5. Sekarang dalam misi untuk dapatkan produk dari Soap and Glory yang lain pula. Tunggulah nanti Asyik review tentang Soap and Glory lagi yea.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Comments

  1. wow!!! tengok botolnya pun dah buat ena tergoda. Pink. hahahahaha. bagusnya Asyik jenis yang jaga kecantikkan kulit. Ena ni jaga juga tapi tak selalu belai belai dengan cream ni. Huaaaaa.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum asyik. wahh nampak oldskool je packaging dia. heee nice ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, memang packaging vintage style..cantik Asyik suka..:)

      Delete
  3. thank u so mch for ur briliant info....lma da cari produk ni,,,bt xtau mna nk bli...tq so mch\!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome dear..you can get it from Sephora..:)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatu...

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se...

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Assalamualaikum, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!, adalah filem ke-86 terbitan Metrowealth (MiG) dan merupakan satu lagi fenomena baru bagi penerbitan filem tempatan. Dengan terhasilnya karya ini memperlihatkan keterbukaan pihak MiG dalam menghasilkan filem-filem yang sangat variasi. Perjalanan filem ini yang penuh dengan unsur-unsur nasihat dan dakhwah berjaya di sampaikan dalam bentuk komedi secara bersahaja. Penampilan buat julung kalinya seorang Penceramah Bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus ke layar perak pastinya menjadi satu keistimewaan buat filem ini. Begitu juga dengan gandingan hebat daripada pasangan Shiro yang menjadi penggerak utama filem ini. Pastinya tidak kering gusi melihat karenah dan lawak mereka yang sentiasa mempunyai idea-idea yang spontan. Melihat kepada pemilihan para pelakon yang menjayakan filem ini membuktikan bahawa MiG sentiasa membuka ruang serta peluang kepada mereka yang di luar sana untuk sama-sama membintangi filem-filem terbitan MiG. Pelakon-pelakon ter...