Skip to main content

Product Review : Hyper Sharp Liner Laser Precision and White Superfresh UV Cake Powder from Maybelline

Assalamualaikum,
Salah satu eyeliner yang sedang popular sekarang iaitu HyperSharp Liner Laser Precision from Maybelline. Buat masa sekarang ini yang terbaik yang pernah Asyik cuba. Senang dipakai dan mudah dicuci. Berus nya yang nipis dan tajam sangat memudahkan kerja untuk melukis di mata dan tidak comot. Sekali garis dah cantik, kalau mahu dapatkan seperti smokey eye's boleh tebalkan sahaja garisan itu. Mudah dan cepat. Dan anda juga boleh berkarya diwajah dengan eyeliner ini.

Keistimewaan Hyper Sharp Liner Laser Precision
- 0.01 mm exclusive soft-touch brush applicator lets you create ultra-exact, ultra-thin lines with easy control.
- Super rich, carbon-enhanced black delivers lines that shine, for a hyper defined intense eye look.
- Precise coverage to fill in holes between each and every lash.
- Smudge-proof to last all day.
- Waterproof, sweat resistant and sebum resistant.
- Easy removal with warm water and does not stain eyelids.
- Safe for sensitive eyes and ophthalmologist-tested.
- Contact lens safe.


Maybelline Hyper Sharp Liner Laser Precision
Price : RM 35.90
Rated : 5/5
*Must have items

Untuk maklumat lanjut:
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Satu lagi produk terbaru dari Maybelline ialah White Superfresh UV Cake Powder. Bedak untuk kegunaan harian dengan SPF 34++. Memang hebat dan membantu menjaga kulit wajah anda dari sinaran UV. Dengan 12 jam tahan lama anda akan sentiasa kelihatan berseri dan segar setiap masa. Itu yang menariknya tentang produk ini. Sekarang rutin harian Asyik memang menggunakan White Superfresh UV Cake Powder dari Maybelline. Tak lengkap rasanya kalau keluar tanpa memakai bedak ini. Dengan cuaca negara kita yang sentiasa panas produk ini memang banyak membantu. Cara untuk pakai juga mudah dan cepat, hanya sapukan pada wajah, ratakan dan siap.

Packaging produk ini memang kemas dan nampak eksklusif pada Asyik. Mudah dipegang dan nampak fresh. Putih itu memang menyamankan.
Asyik guna code 05 iaitu Sand Beige. Sesuailah dengan warna kulit Asyik yang tidak berapa nak cerah ini. 

Maybelline White Superfresh UV Cake Powder
Price : RM 23.90 and RM11.90 (Refill)
Rated : 4.5/5
*Must have items

Untuk maklumat lanjut:

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Comments

  1. Hyper Sharp Liner tu dah bertukar warna?? wahhh ena punya masih warna gold.. memang favourite eye liner tuuuuu... hehehehhee

    ReplyDelete
  2. terima kasih sudi follow blog Asyik..;)

    ReplyDelete
  3. Mira pun dapat jugak eyeliner ni, belum try lagi. Bila tengok rating akak tinggi rasa macam nak try sekarang. lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba nanti baru tau best ke x..hehe..akk suka..:)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatu...

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se...

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Assalamualaikum, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!, adalah filem ke-86 terbitan Metrowealth (MiG) dan merupakan satu lagi fenomena baru bagi penerbitan filem tempatan. Dengan terhasilnya karya ini memperlihatkan keterbukaan pihak MiG dalam menghasilkan filem-filem yang sangat variasi. Perjalanan filem ini yang penuh dengan unsur-unsur nasihat dan dakhwah berjaya di sampaikan dalam bentuk komedi secara bersahaja. Penampilan buat julung kalinya seorang Penceramah Bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus ke layar perak pastinya menjadi satu keistimewaan buat filem ini. Begitu juga dengan gandingan hebat daripada pasangan Shiro yang menjadi penggerak utama filem ini. Pastinya tidak kering gusi melihat karenah dan lawak mereka yang sentiasa mempunyai idea-idea yang spontan. Melihat kepada pemilihan para pelakon yang menjayakan filem ini membuktikan bahawa MiG sentiasa membuka ruang serta peluang kepada mereka yang di luar sana untuk sama-sama membintangi filem-filem terbitan MiG. Pelakon-pelakon ter...