Muslimah Clothing Industry in Malaysia

Assalamualaikum,
Good thing to know bahawa Muslimah Clothing Industry di Malaysia kini semakin berkembang dan berada di platform yang cukup kukuh. Sebagai peminat setia industri fesyen tempatan, tiada yang lebih membanggakan daripada melihat koleksi pakaian hasil rekaan pereka tempatan diperagakan di pentas-pentas peragaan yang eksklusif dan mendapat liputan meluas media. Lebih-lebih lagi apabila koleksi pakaian Muslimah juga kini diangkat sama tinggi dan semakin mendapat tempat di hati ramai penggiat fesyen.
Situasi yang amat berbeza pada 5 tahun dahulu dimana kebanyakan jenama-jenama Muslimah agak ‘struggle’ untuk membina platform sekaligus mempromosikan nama mereka agar lebih dikenali. Kini, dengan bantuan media social seperti Facebook dan Instagram, kita dapat lihat pertumbuhan jenama-jenama pakaian Muslimah tempatan yang berjaya meraih pengikut yang ramai serta mengaut keuntungan yang besar.
Perkembangan fesyen Muslimah yang pesat ini juga didorong oleh hasil rekaan kreatif pereka-pereka fesyen berbakat tanah air yang sentiasa menjadi tulang belakang industri fesyen kita. Nama-nama besar seperti Rizalman, Fiziwoo, Jovian Mandagie dan ramai lagi telah banyak mentransformasikan rekaan pakaian Muslimah bersesuaian dengan citarasa para wanita moden.

Dan sehubungan dengan itu juga, kita juga berpeluang menyaksikan perkembangan fesyen hijab yang turut terinovasi sehinggakan kini terdapat pelbagai rekaan tudung yang unik berasa di pasaran. Hal ini juga menjadi titik tolak kepada ramai selebriti tempatan yang kini mula bergiat secara aktif dalam penghasilan jenama tudung mereka sendiri seperti Neelofa, Emma Maembong, Nora Danish dan ramai lagi. Akhir kata, semoga industri pakaian Muslimah di Malaysia terus sukses!

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Comments

Popular posts from this blog

Young Living July 2022 Promo

Trio Beauty and Healthy Supplement

Product Review : Good Virtues Co.