Skip to main content

The Izas Design

Assalamualaikum,

Ini nak cerita tentang bisnes terbaru Asyik ini. Masih baru tapi sebelum ini dah banyak buat design untuk orang luar. The Izas Design nama diberi. The Izas Design ini dikongsi bersama dengan Giorgio Izas. Jadi design dan segalanya akan dibincangkan bersama untuk menghasilkan hasil kerja yang terbaik untuk customer.


The Izas Design meliputi segala aspek rekaan yang berkaitan dengan grafik. Multimedia antara salah satu cabang yang The Izas Design lakukan. Jadi untuk sesiapa yang memerlukan perkhidmatan untuk buat website, video, montage atau apa sahaja yang berkaitan dengan multimedia bolehlah merujuk kepada The Izas Design.

Kemudian grafik. Yang ini memang sangat popular sekarang. Segala jenis design yang memerlukan kemahiran dalam bidang grafik The Izas Design boleh lakukan. Termasuklah design majalah, buku, iklan, corporate identity untuk syarikat dan pelbagai lagi. Boleh dibincangkan.

Cabang yang lain pula adalah wedding. The Izas Design juga menyediakan perkhidmatan untuk buat prop pada hari bersejarah anda. Dan yang paling best prop untuk majlis-majlis yang anda suka seperti majlis hari jadi, anniversary dan sebagainya pun The Izas Design akan buat.

Bercerita tentang blog pula. The Izas Design juga menyediakan perkhidmatan untuk blogger yang mahu makeover blog mereka. Tak kisah konsep yang macam mana semua boleh dilakukan yang penting pelanggan suka. hehe. Illustrasi pula boleh diletakkan didalam mana-mana rekaan yang anda suka. Semuanya boleh diatur. Harga juga berpatutan yea.

Apa lagi yea. Kalau nak tahu apa lagi boleh tengok page fb The Izas Design. Dalam itu adalah serba sedikit contoh. Tapi belum semua dimasukkan sebab banyak lagi proses yang perlu dilakukan. Harap boleh membantu anda yang memerlukan perkhidmatan seperti yang disenaraikan. Jom like fb The Izas Design.



Email : theizasdesign@yahoo.com

Design is our life, graphic is our muse and creativity always in our heart and mind. So don't left out, we promise to give something interesting and pleasant surprise in every design. Design from nothing to something.

With love and style,
THE IZAS DESIGN TEAM



- Lagi satu kalau ada yang nak beli atau nak bertanyakan berkenaan PREMIUM BEAUTIFUL CORSET boleh email Asyik di theizasdesign@yahoo.com.

Comments

  1. asyik. u knw what, kita betul-betul tengah cari designer blog. ingat nak make over blog.
    tgh usha fb ni... hehehe insya Allah usaha asyik dan ehem ehem berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Nanie baru jer makeover blog tu? hehe..boleh jer tgk dulu dlm fb tu yea..:)
      thank you Nanie..InsyaAllah..:)

      Delete
  2. Boleh design blog ke? nanti nak tengok2 gak lah pasal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..anything boleh jer bgtahu..boleh bincang nak design yg mcm mana..:)

      Delete
  3. wahh! wish you good luck in everything you do ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you dear..thank you sebab sudi dtg blog Asyik..:)

      Delete
  4. (^_^)... Semoga semua usaha & bidang yg diceburi di berkati-NYA... InsyaALLAH

    ReplyDelete
  5. Nina pun nak jugakkkk. Nanti nk jd customer asyik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatu...

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se...

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Assalamualaikum, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!, adalah filem ke-86 terbitan Metrowealth (MiG) dan merupakan satu lagi fenomena baru bagi penerbitan filem tempatan. Dengan terhasilnya karya ini memperlihatkan keterbukaan pihak MiG dalam menghasilkan filem-filem yang sangat variasi. Perjalanan filem ini yang penuh dengan unsur-unsur nasihat dan dakhwah berjaya di sampaikan dalam bentuk komedi secara bersahaja. Penampilan buat julung kalinya seorang Penceramah Bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus ke layar perak pastinya menjadi satu keistimewaan buat filem ini. Begitu juga dengan gandingan hebat daripada pasangan Shiro yang menjadi penggerak utama filem ini. Pastinya tidak kering gusi melihat karenah dan lawak mereka yang sentiasa mempunyai idea-idea yang spontan. Melihat kepada pemilihan para pelakon yang menjayakan filem ini membuktikan bahawa MiG sentiasa membuka ruang serta peluang kepada mereka yang di luar sana untuk sama-sama membintangi filem-filem terbitan MiG. Pelakon-pelakon ter...