Skip to main content

Bloggers Brushing Day with The No.1 Tootbrush in Japan Systema

Assalamualaikum,
Semua yang datang blog Asyik ini dah gosok gigi ke belum? Kalau belum baik pergi gosok gigi itu dulu yea. Jangan biar gigi tak bergosok pula, nanti habis rosak gigi itu. Kesihatan gigi kenalah jaga juga tau. Yang paling penting kena guna berus gigi yang bersesuaian dengan gigi kita. Tak nak nanti ada gigi yang berdarah kerana berus gigi terlalu keras ataupun gigi tak dapat dicuci dengan baik.


Pada sabtu lepas Asyik telah diajak oleh Mek Onie dan systema untuk terlibat bersama dalam bloggers brushing day bersama systema. Systema adalah produk berus gigi yang paling popular di Jepun. Ini kerana bulu berus giginya yang sangat tirus iaitu 0.02mm. Memang hebatkan. Sangat sesuai untuk gigi yang sensitif.

Apa yang boleh mengakibatkan gigi sensitif?
- memberus dengan kuat atau agresif.
- menggunakan bulu berus yang kasar dan keras.
- mengambil makanan yang berasid atau sering menguyah makanan yang keras.
- cara pemberusan yang tidak betul.
- kemunduran gusi yang disebabkan masalah gusi.


Oleh kerana itu Systema telah memperkenalkan berus gigi yang sangat unik untuk semua yang mempunyai masalah atau ingin mengelakkan masalah gigi sensitif bolehlah menggunakan Systema Sensitif 0.02mm yang mempunyai berus konvex yang lebih lembut.


Kelebihan berus gigi Systema Sensitif 0.02mm ialah:
- menembusi dengan lebih dalam di bawah garisan gusi dan celah-celah gigi.
- mengurangkan tekanan pada gigi dan gusi serta dapat memberus dengan lebih selesa.
- membantu mengawal dan mengurangkan tekanan pada gigi dan gusi untuk pemberusan yang lebih selesa.
- pemegang bersalut getah untuk memberi gengaman yang lebih baik untuk mengawal tekanan semasa memberus.

Jadi kawan-kawan sekalian jomlah kita bertukar kepada berus gigi Systema Sensitif 0.02mm. Sebab yang pasti memang Asyik dah cuba dan terbukti memang selesa untuk gigi yang sensitif. Gigi Asyik memang sangat sensitif dan kalau tersilap memberus memang akan berdarah sebab itulah Asyik selalu akan membeli berus gigi yang lembut dan sekarang ini dengan adanya Systema Sensitif 0.02mm memang takkan susah lagi. Lebih mudah dan selesa untuk memberus gigi.

Nak tahu aktiviti disana jom tengok kat bawah.


Aktivit tersebut diadakan di Bangunan Bakti Siti Hasmah.

Sesampainya kami semua disana, kami dikehendaki untuk makan dahulu sampai kenyang. Memang pelik sebab datang jea terus dipaksa makan. Makanan pula bermacam-macam jenis. Memang kenyang sangat. 





Tapi sebenarnya kami dipaksa makan terlebih dahulu kerana selepas itu kami dikehendaki untuk memberus gigi. Teringat zaman sekolah dulu bila kena gosok gigi di tepi longkang. haha. Tapi kitaorang gosok gigi dalam washroom lah. Gosok gigi beramai-ramai tau bersama bloggers yang lain.

Kami diberikan berus gigi yang Curvy dan Slim. Supaya kami dapat merasai perbezaan antara dua berus gigi ini. Yang pastinya Asyik memang sesuai dengan berus gigi Slim itu sebab lebih lembut. Curvy pula kelebihannya adalah pada bentuknya yang memudahkan untuk kita pegang bila memberus. Tapi pilihan Asyik tetap yang Slim.

Mari mengosok gigi yea kawan-kawan. hehe

Selepas mengosok gigi kami diberikan kertas exam. haha. Exam paling mudah seumur hidup. Jawab apa yang dirasai sewaktu menggunakan berus gigi Curvy dan Slim tadi.

Antara produk systema Lion.

Mendengar penerangan dari Pengurus Pemasaran Systema Lion. Yang pasti pilihan Asyik memang tepat. Berus yang lembut dan tirus adalah yang terbaik.

Giorgio Izas menemuramah staff dari Systema pula.

Bloggers yang hadir. Innanie dan Mek Onie.

Bersama Sabrina, Mek Onie dan Innanie.

Bloggers Melayu yang hadir. Dari kiri Giorgio Izas, Innanie, Lily, Sabrina, Mek Onie, Asyik dan Sop.

Akhirnya dapat jumpa Innanie face to face. Sebelum ini hanya komen dalam blog dan twitter jea.

Mek Onie sudah semestinya ramai yang kenal. hehe

Bersama Afra Yuri. Blogger juga ini.

Goodie bag yang berisi barang-barang dari Southern Lion termasuklah kesemua jenis berus gigi. Memang stok berus gigi untuk lima bulan. Thank you. Selepas mencuba berus gigi Systema Sensitif 0.02mm ternyata ia adalah pilihan yang terbaik. Memang Asyik takkan tukar dengan berus gigi yang lain kecuali Systema Sensitif 0.02mm.

Kalau korang nak cuba dan nak dapatkan berus gigi ini secara percuma korang boleh tengok di Facebook Systema 0.02mm. Like dan jawab soalan mudah dan berus gigi anda dalam perjalanan ke rumah anda sekarang. Setiap orang akan dihantar satu sampel Systema 0.02mm. Selamat Mencuba. Rugi kalau tak cuba.


.
.
.
.
What I'm Wearing.
Baju sama warna dengan staff Systema. Pandai betul Asyik pilih warna kan. hahaha. Nasib baik takde orang cakap Asyik staff situ juga. haha.



Till Next Entry.
xoxoxo



Jangan lupa untuk vote Asyik yea.

Comments

  1. He3... Giorgio dtg nk tumpang gosok gigi... (^_^)
    Mmg best sgt berus gigi systema ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..mmg seronok gosok gigi beramai2..hehe
      systema terbaik..:)

      Delete
  2. hehe banyaknya berus gigi hehe.... lepas ni jangan malas2 nk memberus gigi tau hehe

    ReplyDelete
  3. Manyaknya brg dpt. Leh try gak ni systema. Hihi

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Asyik! heeee onie tak pakai spek mata! just nice je tengok onie oiiii. bagus2, nampak muda belia.. asyik, nak jumpaaa... teringin nak lepak sama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, onie comel kan..hehe..
      InshaAllah nanti boleh jumpa..:)

      Delete
  5. event mcm ni mcm mne nk join nex time ye?

    byk event byk bloger dtg but then slalu terlepas event .hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..akk sebab diaorg invite jea dear..xtahu pun mcm mana nk join..kalau ader kenal sape2 yg selalu buat event ni lg mudah kalau nak join..:)

      Delete
  6. wahh, best nya dpt berus gigi banyak-banyak..hehee..

    ReplyDelete
  7. saya pun tbe2 teringat pasal berus gigi tepi longkang masa sekolah dulu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nuha..mmg mcm zaman sekolah dulu..:)

      Delete
  8. nice meetinG you, sorry tak sempat nk borak coz ade event lain pas tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice meeting you too cik Lily..xpe dear, biasalah nk cpt kan..:)

      Delete
  9. kenapa goodie bag dia best2? hee..brg2 suri rumah sgttt..

    i pun suke pakai systema brush yg warna putih sbb dia lembut..
    sgt seswai utk gigi besi i.. hampir bersih celah2 besi tu tw..
    rase toothbrush brand lain x de yg mcm ni.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..rezeki dpt byk hadiah dlm tu..hehe..systema antara yg terbaik..:)

      Delete
  10. best dapat berjumpa blogger lain.. siap dapat berus gigi percuma lagi.. :D

    ReplyDelete
  11. waaaaaaaaaaaaaaaaaa,pahal onie posing ngalah mak datin ni,menciknyaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  12. kenapa goodie bag dia best2? hee..brg2 suri rumah sgttt..

    i pun suke pakai systema brush yg warna putih sbb dia lembut..
    sgt seswai utk gigi besi i.. hampir bersih celah2 besi tu tw..
    rase toothbrush brand lain x de yg mcm ni.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh awak komen dua kali ke..hehe..thank you..
      mmg systema best..:)

      Delete
  13. seronok kan event aritu! ramai jmpa kawan baru.. hehe.. keep in touch dear! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok sbb dpt mengimbau masa sekolah dulu..hehe..gosok gigi beramai2..haha..keep in touch too..thnk you..:)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatu...

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se...

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Assalamualaikum, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!, adalah filem ke-86 terbitan Metrowealth (MiG) dan merupakan satu lagi fenomena baru bagi penerbitan filem tempatan. Dengan terhasilnya karya ini memperlihatkan keterbukaan pihak MiG dalam menghasilkan filem-filem yang sangat variasi. Perjalanan filem ini yang penuh dengan unsur-unsur nasihat dan dakhwah berjaya di sampaikan dalam bentuk komedi secara bersahaja. Penampilan buat julung kalinya seorang Penceramah Bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus ke layar perak pastinya menjadi satu keistimewaan buat filem ini. Begitu juga dengan gandingan hebat daripada pasangan Shiro yang menjadi penggerak utama filem ini. Pastinya tidak kering gusi melihat karenah dan lawak mereka yang sentiasa mempunyai idea-idea yang spontan. Melihat kepada pemilihan para pelakon yang menjayakan filem ini membuktikan bahawa MiG sentiasa membuka ruang serta peluang kepada mereka yang di luar sana untuk sama-sama membintangi filem-filem terbitan MiG. Pelakon-pelakon ter...