Wednesday, July 2, 2014

Koleksi Accessories Wanita Untuk Hari Raya

Assalamualaikum,
Menyentuh mengenai sambutan Hari Raya, kebanyakkan dikalangan kita telah mula membuat persediaan yang sewajarnya. Ada yang telah mula membeli sepasang baju raya, ada juga yang telah membeli beberapa pasang kasut raya. Selain baju dan kasut, accessories juga merupakan kelengkapan terpenting bagi para wanita.Bertudung atau pun tidak, masing-masing ingin kelihatan bergaya dan menyerlah pada hari raya berbahagia itu nanti.
Seperti yang kita sedia maklum, pemakaian aksesori merupakan penyeri kepada sesuatu gaya atau dengan kata lain, pelengkap penampilan anda. Padanan aksesori seperti rantai, cincin, gelang, anting-anting, kerongsang dan lain-lain kadangkala mampu mengubah suatu penampilan yang biasa kepada menakjubkan. Sebagai contoh, sepasang baju kurung kosong mampu menyerlahkan penampilan anda jika anda bijak memadankan dengan aksesori yang bersesuaian seperti kerongsang.
Oleh yang demikian, sempena Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi, buat pilihan yang bijak dan padankan baju raya anda dengan aksesori yang bersesuaian. Anda tidak perlu memakai aksesori yang terlalu sarat atau ‘heavy’ untuk kelihatan menyerlah.Tetapi, miliki aksesori yang simple namun tampak eksklusif.
Jika anda mendambakan koleksi aksesori wanita seperti barang kemas, kaca mata, tali pinggang dan lain-lain daripada jenama pengeluar aksesori yang terbaik, luangkan masa anda dengan melayari laman web ZALORA Malaysia sekarang juga!  ZALORA membawakan koleksi aksesori yang terkini dan sesuai untuk anda gayakan kemana sahaja. Klik Sini: Accessories untuk lihat pelbagai lagi aksesori yang disediakan.
  
Asyik memang dah berkenan dengan aksesori ini semua. Harga pula berpatutan dan memang sangat murah. Masa untuk shopping aksesori pula. Jom cepat kita dapatkan aksesori yang berbaloi dan cantik ini. Melaram untuk hari raya nanti biar berjimat tetapi tetap bergaya.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

6 comments:

  1. Salam Ramadan Asyik... Jom laram jom

    ReplyDelete
  2. cantik....jom sopping kat zalora...rietta pown ngah add item kat wishlist nie...hehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..Asyik pun baru lepas shopping juga ini..;)

      Delete
  3. Assalamualaikum asyik, lawanya.. tak merasa la nak melaram.. kang Adam Husni dok tarik2, baik takyah pakai je. hehe senang nak dukung dia ~~~


    Salam Ramadhan asyik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Sheila, xpe sheila beli simpan nanti Adam dah besar ckit bolehlah pakai..
      Salam Ramadhan utk Sheila sekeluarga yea..:)

      Delete