Wednesday, December 4, 2013

Warkah Cinta Cinderella - Movie

Assalamualaikum,
Filem arahan Ahmad Idham, Cinderella, akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 19 Disember 2013. Cinderella yang dibintangi oleh Fizo Omar, selaku Salman, dan Nelydia Senrose, selaku Nurul, merupakan sebuah filem yang ditunggu oleh peminat-peminat, terutamanya yang pernah mengikuti kisah Cinderella di kaca televisyen suatu ketika dulu.

Telah menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Cinderella turut dibintangi barisan pelakon hebat tanahair seperti Kamal Adli, Erin Malek, Fauziah Nawi, Datuk Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Sahrolnizam dan Azlan Komen.

Terbitan ke sebelas oleh Excellent Pictures, Cinderella mengisahkan Nurul, gadis kampung berusia 22 tahun, tinggal bersama ibu tirinya, Ainon serta adik tirinya, Farah dan abang tirinya, Zamil.

Sinopsis
Pengarah: AHMAD IDHAM 
Skrip: MEOR SHARIMAN


Nurul (NELYDIA SENROSE) seorang gadis kampung yatim piatu yang tinggal bersama Ibu tiri (AZIZAH MAHZAN) serta dua orang adik-beradik tirinya (ERIN MALEK & AZLAN KOMENG). Keluarga tirinya itu selalu melayan Nurul seperti orang gaji tanpa belas kasihan. 

Salman (FIZO OMAR) pula adalah seorang anak tunggal kepada tokoh korporat terkemuka, Datok Mokhtar ( DATO’ JALALUDIN HASSAN). Dia juga merupakan lulusan luar negara dan bakal mewarisi syarikat milik bapanya itu. Datok Mokhtar terpaksa bersara awal akibat masalah kesihatan. Datok Mokhtar dan Salman tinggal bersama Mak Jah (FAUZIAH NAWI), yang merupakan pengasuh dan dialah yang bertanggungjawab menguruskan hal rumah semenjak kematian ibu Salman. Ray (KAMAL ADLI) merupakan kawan baik kepada Salman, suatu hari mengambil keputusan untuk pergi bercuti dan berkhemah di kawasan tepi pantai. 

Tempat Salman dan Ray berkhemah adalah kampung dimana Nurul tinggal. Di sana mereka terserempak dengan Nurul, yang bekerja sebagai jururawat di sebuah klinik desa. 

Suatu malam, Nurul hampir dinoda oleh abang tirinya, Zamil. Nurul melarikan diri dan terserempak dengan khemah yang dihuni oleh Salman di tepi pantai. Dalam keadaan hujan lebat, dia meminta pertolongan Salman dan Salman telah membenarkan Nurul untuk bersembunyi di dalam khemah tempat penginapannya itu. 

Malang menimpa apabila, mereka telah serbu oleh orang kampung dan dituduh berkhalwat. Demi menjaga nama baik kampung tersebut Salman terpaksa bersetuju untuk menikahi Nurul. Salman tertekan kerana rasa seperti telah terperangkap dalam situasi tersebut dan daripada saat itu dia mula membenci Nurul. 

Salman memberi amaran kepada Nurul untuk merahsiakan apa yang telah terjadi kepada mereka. Pulang ke Kuala Lumpur, Mak Jah terkejut dengan kemunculan tiba-tiba Nurul di rumah itu. Salman memberitahunya yang dia bertemu dengan Nurul di kampung yang memerlukan pekerjaan dan Nurul akan bekerja di rumah itu, membantu Mak Jah serta akan menjaga Datok Mokhtar

Dugaan bertubi-tubi menimpa Nurul, di rumah barunya itu juga dia mendapat layanan teruk. Salman nampak tidak begitu senang dengan kehadiran Nurul yang muncul tiba-tiba dalam hidupnya. Dalam masa yang sama Mak Jah mula mencurigai sesuatu dan cuba mengorek rahsia daripada Nurul, tapi Salman telah memberi amaran keras kepada Nurul supaya menyimpan rahsia mereka itu. 

Mampukah Nurul bertahan dalam keadaan seperti itu? Dan sejauh mana Salman mampu menyimpan rahsia mereka tersebut? Saksikan di pawagam 19 Disember 2013 ini. Asyik bagi 5 bintang untuk filem ini. Boleh lawan Ombak Rindu dan Aku Pilih Kamu.

Film Scene

Behind The Scene


Sepanjang Pra-Tonton Warkah Cinta Cinderella.

Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose.
Ahmad Idham selaku pengarah.
Fizo Omar dan Mawar. 
Itu mak Asyik yer.
 Qi Razali pun ada yer.
Photographer of the day Me and Giorgio Izas.
Jangan lupa saksikan di pawagam berdekatan anda filem Warkah Cinta Cinderella pada 19 Disember 2013.

Till Next Entry.
xoxoxo

20 comments:

  1. Mula2 ingat crita ni xbest... Tp, best rupenye... mmg bleh tengok kt Pawagam... (^_^)

    ReplyDelete
  2. macam bestnyaaaaaa jalan cerita dia... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah mmg best..boleh tgk nanti, mmg jln cerita menarik..:)

      Delete
  3. Jemput join, http://blalalableh.blogspot.com/2013/12/samsung-galaxy-camera-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..terima kasih sudi jemput..:)

      Delete
  4. Terbyg2 lakonan heliza misbun n ahmad idham dlm citer mr cinderella dulu...kuar versi fizo n nelydia cnfirm bestttt jgak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..citer ni mmg best..versi yg lagi mantap..:)

      Delete
  5. wahhh..!!! nak pergi tengok ni...daku sudah terbayang-bayang lakonan heliza misbun dan ahmad idham dulu kala...yang ni pasti lagi hebat dan mantap...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes absolutely kena pg tgk..best sgt2 citer ni...:)

      Delete
  6. done follow :)

    cinderella memang the best! sebab lastly tengok yang drama mmg superb :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you dear..mmg best filem ni...:)

      Delete
  7. bagi link cter ni boleh x...nk tngk jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya xde link utk filem ini..saya hanya buat review selepas saya menonton filem di pawagam...:)

      Delete
  8. Replies
    1. maaf saya xde link utk filem ini..saya hanya buat review selepas saya menonton filem di pawagam...:)

      Delete