Monday, December 2, 2013

Teater Kesaktian Anak Raja Gondang

Assalamualaikum,
Sabtu lepas Asyik berkesempatan untuk menyaksikan persembahan teater di Istana Budaya. Teater bertajuk Kesaktian Anak Raja Gondang. Ini kali pertama Asyik tengok teater. Memang pengalaman baru. Mereka harus diberi pujian yang tinggi kerana dapat menjayakan teater ini dengan baik sekali. Bagi Asyik teater ini memang sangat menarik dan perlu diteruskan untuk masa hadapan demi menjaga kebudayaan negara kita. Terima kasih kepada Suria FM dan Giorgio Izas untuk tiket yang best ini.

Sinopsis
Makyung Kesaktian Anak Raja Gondang

Makyung kali ini menampilkan ‘Kesaktian Anak Raja Gondang’ yang mengisahkan pengembaraan Anak Raja Gondang yang akhirnya sampai ke Negeri Hampa Beranyut. Sebelum pengembaraan, baginda telah berpesan kepada bondanya, Puteri Gak Petera tentang petanda selasih yang ditanam di dalam pasu tiang seri istana iaitu jika pohon selasih itu layu di sebelah kiri bermakna dia dalam kesusahan dan sekiranya segar maka dia dalam kesenangan.

Maka bermulalah pengembaraan Anak Raja Gondang di mana dia telah bertemu dengan 7 orang puteri ketika mereka bersiram di Kolam Banjaran. Anak Raja Gondang tatkala bertemu telah jatuh hati dengan Puteri Bongsu yang telah pun bertunang.

Apakah kesudahannya? Adakah kesaktian Anak Raja Gondang dapat menakluk hati Puteri Bongsu?
Sudah semestinya. Puteri Bongsu juga telah jatuh hati kepada Anak Raja Gondang. Tetapi banyak halangan yang mereka perlu tempuhi sebelum mencapai kebahagiaan itu. 5 bintang untuk teater yang hebat ini.

Barisan Pelakon 
Rosnan Rahman sebagai Pak Yong / Batak / Anak Raja Gondang
Sofea Jane sebagai Puteri Sulong
Vanidah Imran sebagai Puteri Bongsu
Sabri Yunus sebagai Peran Muda (Negeri 1)
Fazlisham- Isey (Bintang Mencari Bintang) sebagai Peran Muda (Negeri 2)
Che Kem (Mohd Kamarulzaman) sebagai Mak Rimau Besar Sarjan Kilat




Datang tengok teater dengan Giorgio dan Mak Asyik.




Till Next Entry.
xoxoxo

6 comments:

  1. Persembahan Teater yg menarik... Penuh dengan lawak jenaka yg sgt menghiburkan... (^_^)

    ReplyDelete
  2. lorh sy pon xpnh dpt tgk lg kak..haha byk kli nk p xjd pong..nmpk cam xbest skali tgk pelakon SOFEA JANE VANIDA IMRAN kauwww!! adeihhh suke gler lakonan 2 org tuh.. :) eh kak harr cpat lah join hehe sy de invitation nk bg tuh kindly visit my page yar :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tgk teater yg lain pula lepas ini..;)

      Delete
  3. kali last akak tengok teater mau nye 7 tahun lepas...dah lupa pun tajuk, tiket pun orang belanja

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk selalu melancong xpe akk..lg best yg tu..kih2..:)

      Delete