Wednesday, December 18, 2013

Laki-Laki - Movie

Assalamualaikum,
Selepas satu persatu kejayaan filem yang ditayangkan, kali ini MIG tampil dengan filem komedi terbaru iaitu LAKI-LAKI. Selepas kejayaan filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang dan Highland Tower, kali in MIG mengetengahkan filem bergenre komedi untuk disajikan kepada penonton.

Filem ke-87 terbitan MIG ini membariskan pelakon-pelakon antaranya Angah Raja Lawak, Zul Suphian, Adey Syafrien, Mie Raja Lawak, Azrel Ismail, Zaibo, Kamal Faridz dan Mikael Andre. Filem ini diarahkan oleh Ahmad Rusli Mohamed Khadri. Selain itu, lokasi pengambaran filem ini dilakukan sepenuhnya di Pulau Pangkor, Perak selama 23 hari.


Sinopsis Filem

5 lelaki, 1 program, 1 pulau terpencil. Itu sahaja yang diperlukan untuk 5 lelaki ini menjadi kawan baik selamanya. Razak (Zul), Abu (Angah), Azman (Azriel), Samad (Mie) dan Jerry (Adey) mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza namun apa yang mengaitkan mereka semua adalah satu masalah yang sama yang membawa mereka semua ke satu program istimewa. Razak, seorang kartunis yang tidak bekerja selepas syarikat tempat dia bekerja jatuh muflis dan masih tinggal bersama dengan ibunya. Abu pula adalah seorang chef yang kecewa kerana aweknya dirampas dan perniagaannya muflis kerana seorang kawan baiknya. Azman merupakan pemain bola sepak Malaysia yang sudah digugurkan daripada pasukannya dek kerana sikapnya yang sambil lewa. Seorang pengarah syok sendiri, Samad akhirnya gagal menghasilkan sebuah filem yang dianggapnya hebat. Dan Jerry, seorang penyanyi rock telah disingkirkan daripada bandnya sendiri dan cuba bergerak solo namun tidak berjaya. Menggabungkan kelima-lima kekecewaan mereka, mereka tekad menyertai satu program motivasi untuk membantu mereka berjaya kembali. Namun, satu tragedi terjadi dan mereka terdampar di sebuah pulau terpencil. Bermula disini, mereka berlima belajar menerima diri masing-masing dan mula sedar yang mereka saling memerlukan.

Adakah mereka akan diselamatkan? Saksikan kisah 5 lelaki ini dalam filem Laki-Laki pada 19 Disember 2013. (4 bintang untuk filem ini dari Asyik) Kelakar giler. Boleh layan untuk hilangkan stress.






David Teoh pun berlakon juga hokeyy.

Sekitar Pra-Tonton Filem Laki-Laki

Perbincangan yang serius nampaknya disini. hehe



Photographer of the day Asyik dan Giorgio. Chef Nik Michael Imran tu tetiba jer ada sekali. haha

Till Next Entry.
xoxoxo

8 comments:

  1. Menarik nye...blom berkesempatan utk tgk lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari ini mula tayangan..bleh pg tgk..:)

      Delete
  2. Nina baru jea tgk ustaz tunggu ak dtg tuu.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, cmner citer tu?ok x? bestlah juga kan..

      Delete
  3. Replies
    1. Best juga..boleh layan utk gelak ketawa..:)

      Delete
  4. Crite ni btul2 menghilangkan stress di kepala... Terbaik (^_^)

    ReplyDelete