Saturday, April 19, 2014

Featured : Hijabista Magazine April 2014

Assalamualaikum,
Hijabista Magazine sudah di tahun ke2. Makin bernas dan menarik isi kandungan mereka. Tahniah diucapkan kepada majalah Hijabista. Semoga bertambah maju dan memberi maklumat yang dapat membantu muslimah di dalam Malaysia dan luar negara. InshaAllah. Untuk kali ke berapa Asyik pun dah tak ingat tapi setiap kali nampak muka keluar majalah terasa excited sikit. hehe. Tak besar mana pun tapi seronok nak kongsi aktiviti dengan korang semua.

Cover : Empat gadis Safi Shayla.

Dalam bulatan merah tudung polkadot itu muka macam nak tidur itu, hah dialah tuan blog ini. haha. Ini semua gambar waktu Asyik turut serta dengan majalah Hijabista untuk memeriahkan booth diaorang di Karnival Karangkraf 2014 tempoh hari.

Ini pula dalam instagram Hijabista. Rajin benor tag kat hijabista setiap kali beli majalah diaorang. hehe. Saja suka-suka lah.

Flashmob bersama team hijabista di Karangkraf. Meriah sungguh waktu ini. Malu pun ada juga sebab kena keliling kawasan bawa sepanduk tapi seronok bila buat ramai-ramai macam ini. Pengalaman yang menarik. Ini dah hari kedua Karnival Karangkraf 2014.

Ruangan lensa pula di muka surat 204. Ada sekeping gambar Asyik waktu hari pertama di Karnival Karangkraf 2014. Best dapat turut serta dengan team Hijabista. Kalau ada yang teringin nak turut serta jangan lupa alert dengan instagram/facebook/website dari Hijabista.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

2 comments: