Skip to main content

Beauty Haul From SimplySiti

Assalamualaikum,
SimplySiti antara produk kecantikan yang semakin popular di pasaran hasil dari idea Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin. Disebabkan itu Asyik patut cuba produk dari SimplySiti. Simply Perfect 2 Way Cake produk pertama yang Asyik cuba. Ia mengandungi bedak pengawal sebum yang mengurangkan minyak dan mengekalkan warna serta tidak mudah tanggal untuk menghasilkan kulit wajah yang berseri. Asyik memang tak berapa suka guna foundation sebab rasa agak rimas dan tak selesa jadi bila pakai bedak ini dah tak perlu foundation lagi. Texture nya halus dan mudah disapu dengan sekata pada wajah. Bekasnya pula praktikal untuk dibawa dengan mudah malah mempunyai penutup khas dibahagian bedak.
SimplySiti Simply Perfect 2 Way Cake - Natural Beige
Price: RM59.90
Rated: 5/5

Produk kedua ialah SimplySiti Luscious Lipstick in Blushing Bride. Lipstick ini mempunyai texture yang sangat lembut dan mempunyai sedikit glitter pada warnanya. Warnanya juga boleh tahan lama dan sudah menjadi kegemaran Asyik setiap kali keluar untuk pakai lipstick ini. Bila pakai kita tak akan rasa melekit tapi seolah seperti tidak memakai lipstick. Itu yang penting sebab Asyik tak suka kalau lipstick itu terasa tebal pada bibir cuma yang kurang menarik bila kita minum warnanya akan melekat pada bekas minuman. Ke semua lipstick macam itu? hehe
SimplySiti Luscious Lipstick in Blushing Bride
Price: RM35.90
Rated: 4/5

Pewangi Sweet Dreams yang Asyik pilih ialah Exotict Violet dan Sugar Blossom. Exotic Violet ialah gabungan sempurna flora dan buah-buahan seperti white musk, jasmine dan grapefruit. Sedap baunya sesuai pada yang suka bau bunga-bungaan. Sugar Blossom pula dengan bauan manis untuk aura positif dilengkapi dengan bau apple blossom, sugar candy dan apricot. Bau kedua-dua produk ini sedap tapi kurang tahan lama. Perlu disembur dengan banyak jika mahu mengekalkan baunya.
SimplySiti Sweet Dreams Exotic Violet dan Sugar Blossom
Price: RM16.90
Rated: 4/5

Kesemua produk ini boleh didapati di semua cawangan Watsons.
Till Next Entry.
Love, Asyik.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Are You 'The Face of Healthy Beauty'?

Assalamualaikum, Pencarian kini bermula! Guardian Malaysia telah melancarkan pencarian besar-besaran untuk mencari EMPAT wanita yang menepati ciri-ciri 'THE FACE OF HEALTHY BEAUTY' bagi mewakili jenamanya. Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Tenggara, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata "Pencarian The Face of Healthy Beauty bukan satu pertandingan kecantikan. Setiap pemenang akan menandatangani kontrak satu tahun sebagai Duta Jenama Guardian beserta wang tunai RM10,000, baucer guardian bernilai RM10,000 dan RM5,000 setiap seorang untuk disumbangkan kepada organisasi kebajikan pilihan mereka. Mereka akan menghiasi muka depan Katalog Jenama Guardian dan beberapa kolaterol lain dan akan menerima produk daripada jenama-jenama penaja. Peserta perlu memuat naik satu video berdurasi 30 saat dan menyatakan "mengapa mereka ingin menjadi The Face of Healthy Beauty?" beserta satu gambar penuh dan satu gambar berukuran pasport. Penyertaan bol...

Giveaway Fair & Lovely bersama Asyik Maiburogu - 10 pemenang akan menerima hamper bernilai RM50

Assalamualaikum, Berbaju Melayu dan juga kebaya, Kurung moden pun ada juga, Hari raya disambut dengan gembira, Kulit cerah berseri bertambah ceria. Bagus tak pantun Asyik buat itu? Bolehlah kan walaupun ada yang tak berapa nak sesuai. hehe. Tapi isi yang nak disampaikan tersangatlah bermakna untuk semua. Kalau tak baca rugi sampai bila-bila. Cewahhh. Pasti semua dah siap dengan berhelai-helai baju raya kan. Siap ikut trend semasa lagi. Asyik baru ada sehelai baju. Last minute baru nak shopping sehelai lagi baju raya. Beli banyak-banyak pun bukan nak keluar ke mana sangat sebab balik kampung jea pun.  Tapi bab kecantikan Asyik dari awal lagi dah bersedia. Supaya raya nanti muka nampak cerah berseri. Dengan adanya produk Fair & Lovely Asyik memang tak perlu risau lagi sebab memang kulit akan cerah dan berseri bila menjelang hari raya. Memang Asyik sesuai dengan produk Fair & Lovely. Selesa bila pakai dan tak berminyak bila kena pada kulit muka Asyik. Pe...

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatu...