Skip to main content

Posts

Miss You Cameron Highland

Assalamualaikum, Cameron Highland antara salah satu tempat yang Asyik suka kalau nak pergi bercuti dalam Malaysia. Tempat sejuk dan cantik. Yang penting udara nyaman jer. Tambah pula kalau dapat beli bunga-bunga yang mekar harum yang dijual fresh kat sana. Best oooo.. Bila pula dapat peluang macam cuti tempoh hari. Lepas balik ke Penang waktu cuti raya apa ntah, sebelum balik KL singgah Cameron Highland. Memang tak plan langsung nak ke Cameron Highland tapi ada orang itu suka buat surprise. Dari rumah family Asyik kat Penang bertolak dalam tengah hari, esoknya Asyik dah kerja. Jadi sempat pergi sekejap jer Cameron Highland. Dalam perjalanan nak ke KL, Asyik memang tidur ajer. Konon nak simpan tenaga esok nak kerja. haha. Tidur nyenyak bukan main, bila buka mata nampak jalan macam lain jer, tak macam highway pun. Mata tutup balik, tengah fikir sorang-sorang. Mana pula Giorgio ini nak pergi kan. Nampak jalan ini macam nak ke Cameron Highland jer. Haishhh biar betul. So, pura-...

11-12-13 Beautiful date with great activities

Assalamualaikum, Semua pasti tahu tarikh hari ini memang sangat cantik. Bertuah pada orang di Selangor sebab dapat cuti umum. Sesiapa yang bekerja di kawasan Kuala Lumpur terpaksalah datang kerja walaupun tinggal di Selangor. Tapi takpe Asyik suka sangat datang kerja hari ini sebab kat tempat kerja ada buat potluck. Dan Asyik dengan bangganya nak bagitahu yang Asyik memang tak bawa apa-apa makanan pun. hahaha.. Orang bujang memang tak masak kat rumah *alasan untuk orang malas. Sebenarnya Asyik dah tahu rakan sekerja yang lain pasti akan bawa makanan yang sangat banyak. hehe. Datang makan jer hari ini.  Boleh pilih nak makan apa. Makanan Turkish, Indian, England, Malaysia, Uzbekistan dan banyak lagi. Semuanya ada. Seronok juga bila bekerja dengan orang bukan dari Malaysia ini. Kita boleh cuba makanan diaorang. Ada yang boleh telan ada yang tak boleh. Tapi memang Asyik dapat merasa banyak makanan yang sedap hari ini. Terima kasih Ya Allah untuk rezekimu yang melimpah ruah. Ber...

Year End Giveaway by Anis Athia

Assalamualaikum, Selalunya kita dengar year end sale tapi kali ini year end giveaway pula. Tuan blognya comel, kecil molek jer orangnya. Baik hati pula sebab sudi buat giveaway selalu. Ada sesuatu yang menarik yang membuatkan Asyik pun teringin nak join. Sebelum ini memang Asyik dah banyak set brush tapi set brush dari Baviphat ini sangat menarik. Lengkap dengan bag yang cantik dan feminin gitu. Hadiah yang lain pun tak kurang hebatnya. Kalau menang bukan setakat dapat Baviphhat brush set tapi anda akan dapat......... THE PRIZES :  RM100 for most supportive blogger Baviphat Brush Set Clinique turnaround instant facial masque, 15ml Clinelle Blackhead Control Gel, 15ml RVB Skinlab Diego Dalla Palma Cell Detoxium Purifying Clay Mask YADAH cleansing nose pack X 3 Crabtree & Evelyn Lavender body lotion, 5ml Banyak tak hadiahnya? menarik juga kan. Kalau ada yang teringin nak bersaing dengan Asyik untuk dapatkan hadiah menarik ini. Cubalah join juga. heh...

DIVIDED by H&M

Assalamualaikum, One of the best and favourite store to shopping is H&M. Asyik suka sangat masuk H&M. Walaupun kadang-kadang itu tak beli pun tapi ambil bau pun jadilah. Tak gitu kengkawan yang suka shopping. Terbaru Asyik ada beli bag dan accessories. Sangat cantik bagi Asyik. Yang paling best Asyik beli 4 item dengan harga RM30 sahaja. Itu part yang paling Asyik suka sebab sangat murah. Siap ada yang harganya hanya RM5 sahaja.  Kalau korang nak juga barang yang murah ini boleh ke LOT10 Bukit Bintang. Perghhh giler murah. Patutlah ramai jer orang shopping hari Asyik pergi itu. Asyik sangat berpuas hati dengan kualiti yang terdapat di H&M. Sebelum ini Asyik beli cardigan dan skirt, memang sangat selesa. Kebanyakkan pakaian yang Asyik beli sekarang hanya untuk ke tempat kerja. Takdelah leceh dan selekeh sangat bila nak bekerja. hehe. Tak sabar nak shopping lagi. Wehuuuu. *hujung bulan pokai. kih2 Pavilion pula meriah dengan sambutan Christmas. Asyik cuma...

Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya bersama ESCAPE

Assalamualaikum, Apa itu ESCAPE? ES CAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja.  Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya   setempat .  ESCAPE mencuit anda dengan Lawak Ke Der 3 tak lama lagi. Sekarang berlangsungnya teater Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Bermula pada 4 Disember 2013 sehingga 8 Disember 2013. Yang pastinya seat di Istana Budaya setakat ini memang penuh. Memang rugi siapa yang tak tengok Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Kehadiran muka-muka baru seperti Kumpulan Jambu dan Douglas Lim berjaya menyenakkan lagi perut dengan lawak kental mereka. Ada yang kata Lawak Ke Der 2 lagi kelakar, ada yang kata Lawak Ke Der 3 yang terbaik. Nak tau best ke tak best kenalah tengok. Terima kasih kepada ESCAPE kerana memberikan peluang untuk menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3. Kehebatan Lawak Ke Der 3 terbukti apabila tiket-tiket habis dijual. Ramai yang frust se...

Warkah Cinta Cinderella - Movie

Assalamualaikum, Filem arahan Ahmad Idham, Cinderella, akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 19 Disember 2013. Cinderella yang dibintangi oleh Fizo Omar, selaku Salman, dan Nelydia Senrose, selaku Nurul, merupakan sebuah filem yang ditunggu oleh peminat-peminat, terutamanya yang pernah mengikuti kisah Cinderella di kaca televisyen suatu ketika dulu. Telah menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Cinderella turut dibintangi barisan pelakon hebat tanahair seperti Kamal Adli, Erin Malek, Fauziah Nawi, Datuk Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Sahrolnizam dan Azlan Komen. Terbitan ke sebelas oleh Excellent Pictures, Cinderella mengisahkan Nurul, gadis kampung berusia 22 tahun, tinggal bersama ibu tirinya, Ainon serta adik tirinya, Farah dan abang tirinya, Zamil. Sinopsis Pengarah: AHMAD IDHAM  Skrip: MEOR SHARIMAN Nurul (NELYDIA SENROSE) seorang gadis kampung yatim piatu yang tinggal bersama Ibu tiri (AZIZAH MAHZAN) serta dua or...

Teater Kesaktian Anak Raja Gondang

Assalamualaikum, Sabtu lepas Asyik berkesempatan untuk menyaksikan persembahan teater di Istana Budaya. Teater bertajuk Kesaktian Anak Raja Gondang. Ini kali pertama Asyik tengok teater. Memang pengalaman baru. Mereka harus diberi pujian yang tinggi kerana dapat menjayakan teater ini dengan baik sekali. Bagi Asyik teater ini memang sangat menarik dan perlu diteruskan untuk masa hadapan demi menjaga kebudayaan negara kita. Terima kasih kepada Suria FM dan Giorgio Izas untuk tiket yang best ini. Sinopsis Makyung Kesaktian Anak Raja Gondang Makyung kali ini menampilkan ‘Kesaktian Anak Raja Gondang’ yang mengisahkan pengembaraan Anak Raja Gondang yang akhirnya sampai ke Negeri Hampa Beranyut. Sebelum pengembaraan, baginda telah berpesan kepada bondanya, Puteri Gak Petera tentang petanda selasih yang ditanam di dalam pasu tiang seri istana iaitu jika pohon selasih itu layu di sebelah kiri bermakna dia dalam kesusahan dan sekiranya segar maka dia dalam kesenangan. Maka berm...