Skip to main content

Auto-City Shop In D'Park Penang

Assalamualaikum,
Pernah dengar nama Auto-City? Bukan I-City yang kat Shah Alam itu yea. Ini Auto-City di Seberang Perai, Pulau Pinang. Ini pun salah satu tempat tarikan utama bila orang datang ke Penang. Yang menariknya kat sini anda boleh makan sambil bershopping, kawasannya lebih terbuka dan selesa. Asyik suka datang kat sini sebab tempat makan yang disediakan semua memang favourite Asyik. Tutti frutti, Sushi King, Seoul Garden, Pizza Hut, Old Town White Coffee dan banyak lagi semua ada di tempat ini. Dah habis makan boleh shopping dan menjamu mata di Auto-City Shop In D'Park. Macam-macam ada jual kat situ. Yang bestnya semua murah dan mampu di beli.

Simbolik Pulau Pinang di Auto-City Shop In D'Park.

Laluan shopping yang selesa.

Banyak aksesori yang unik dijual kat sini.

Terbaru siap ada Love Lock lagi.



Kalau nak datang sini pastikan datang awal sikit yea. Kalau lewat nanti tutuplah semua kedainya. Paling lewat pun sampai pukul 12 malam sahaja.

Ini tempat kegemaran Asyik yea, Seoul Garden. hehe

    
Lepas jalan-jalan di Auto-City Shop In D'Park kita pekena Mee Sotong dan Coconut Shake di Bandar Perda dulu lepas itu baru senang hati nak balik rumah. Yummm Yummm, dah kenyang jom balik.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Comments

  1. Huishhh sedapnyaaa mee sotong tu. Ena dah lama tak jejak kaki kat penang. Auto city ni pun ena tak tahu pun wujud selama ni, baca entry izas baru tahu. Ekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sgt sedap mee sotong tu..nanti boleh cuba mee kuah sotong pula..
      ena nk dtg penang bgtau Asyik..boleh bawa g jln2..hehe ;)

      Delete
  2. Tmpt cmni happening kot lbh kurg mcm jonker street gaya dia..kena tggal jejak kaki jgk cmnih

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah betul mcm jonker street..yes kena dtg tgl jejak..hehe

      Delete
  3. Saya pon suka auto city ni. Suka pergi sebab nak makan.. Kehkeh.. XD

    ReplyDelete
  4. jonker street sgt sesak dan xselesa... autocity ni best, xramai org.. yang pastinya perempuan yg bnyk dtg sini.. geram,mcm2 nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..tmpt best utk shopping mmg ramai perempuan..;)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.