Thursday, June 18, 2015

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2015

Assalamualaikum,
Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak. Padanya dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan diikat para syaitan sepanjang bulan ini. Bersihkan diri dari noda. Jernihkan fikiran dari dengki dan sucikan hati dari dosa. 
Sabda Rasulullah S.A.W
"Barang siapa merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya dari api neraka". (Hadis riwayat Ahmad)
Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar diatas, pokok tersebut ialah pokok kurma yang terdapat di Kelantan. Tahun ini Asyik berkesempatan melihat sendiri pokok kurma yang berbuah lebat. Nikmat Allah S.W.T itu memang tidak terhingga. SubhanaAllah hebat kan ciptaan Allah ini. 

Dapat membuatkan semua orang tertarik untuk datang dan melihat dan kalau boleh nak merasa sendiri makanan sunnah ini. Memang meriah buahnya. Husband Asyik cakap kalau bulan Ramadhan sebelum ini, kat kawasan ini ramai yang datang dan berbuka puasa kat sini. Konon nak feel macam di negara arab. hehe
Dapat bergambar pun jadilah kan. Bukti yang sememangnya Malaysia pun boleh tanam pokok kurma. Pokok kurma ini ditanam di Bulatan Jam Besar di kawasan pusat bandar Kota Bharu.
Nak tengok buah kurma yang segar boleh datang ke Kelantan. hehe. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

No comments:

Post a Comment