Sunday, May 18, 2014

Birthday Celebration with BFF

Assalamualaikum,
Serius bersyukur ada kawan yang selalu dan tak pernah lupa setiap kali tarikh lahir Asyik. Setiap tahun dia akan telefon untuk wish birthday dan siap nyanyikan lagu birthday lagi. Tahun ini baru sempat celebrate sama-sama. Mestilah bff yang belanja makan. hehe. Seperti yang dijanjikan Asyik memang suka makan di Seoul Garden. Boleh pilih nak makan apa semua ada. Especially seafood paling Asyik suka dan ada mcm-mcm lagi makanan lain. Kalau cerita bab makan memang semua orang suka. hehe. Jomlah tengok gambar yang Asyik sediakan.

1st round. Belum cukup lagi. Round seterusnya memang dah tak ambil gambar sebab tengah gelojoh makan. hehe


Semua ini memang favourite Asyik. Haishh lapar dah ini.

Dim Sum pun ada yea kat Seoul Garden AutoCity, Penang ini. Dan meet my BFF Romaizah. Thank you dear belanja makan untuk 3 hari berturut-turut. hehe. Asyik tidur rumah dia sebab ada plan lain pula lepas itu.

Hari kedua dia belanja Briyani Milani. Perghh mantap giler briyani ini. Sangat sedap tau. Makan di Kapitan Kulim. Harga dalam RM10.90. Asyik memang jarang makan macam ini. Jadi dia bawa untuk bagi Asyik rasa briyani yang memang sedap ini.
Nah setepek muka Asyik. haha. Nanti Asyik update reunion sekolah Asyik pula yea. Banyak betul aktiviti waktu cuti. Hampir 10 tahun tak jumpa kawan-kawan sekolah, bila jumpa semua dah tak kenal Asyik. haha. Tau sebab apa? Sebab dulu sekeping sekarang berkeping-keping dah. Tu yang nekad nak diet ini. haha. Tapi kalau gaya dah makan macam kat atas itu macam mana nak cepat kurus. Itu yang kena minum Per'l Xlim selalu. hehe. Cewah sempat promote lagi. Oklah tunggu next entry Asyik yea. Jangan lupa shopping tudung di Tudung Asyik tau. 

Love, Asyik.

6 comments:

  1. wah bestnyer! nak jugak~ yummmm~

    ReplyDelete
  2. Same like my frend,suke giler mkn bnde seafood tambah2 yg putih pjg tu hehe xtaw nama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hafizah nama seafood tu Bamboo Clams..memang sedap sgt2..Asyik suka yg tu..:)

      Delete