Sunday, May 11, 2014

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum,
Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang.

POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah".

Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim. Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda sedang menikmati minuman Per’l Xlim, ia akan membantu menjaga bentuk badan dan mengekalkan bentuk badan yang langsing. Dengan menikmati Per’l Xlim, anda pasti akan memiliki lengkung badan yang mempesona! Per’l Xlim Siri mempunyai 2 produk iaitu Per’l Xlim Café (Coffee) dan Per’l Xlim Choco (Chocolate Drink).
  
Per’l Xlim Café (Coffee)


Per’l Xlim Choco (Chocolate Drink)

Kandungan yang terdapat di dalam kedua produk ini sangat bagus untuk mendapatkan tenaga yang luar biasa dan kelihatan cantik pada masa yang sama.

1-      Ekstrak Green Coffee Beans (Kopi Hijau)**
  • i. Green Coffee Beans adalah biji kopi yang belum dipanggang.
  • ii. Kandungan Asid Klorogenik dalam kopi hijau membantu badan meningkatkan kadar metabolisme badan dan membantu seimbangkan gula dalam darah dengan menghalang pembebasan glukos dalam badan.
  • iii. Oleh itu, badan akan membakar lemak dalam badan anda sebagai sumber tenaga dan ini akan menyumbang kepada proses penurunan berat badan.
2-      Ekstrak White Kidney Beans (Kacang Ginjal Putih)**
  • i. White Kidney Beans akan membantu mengelakkan perut daripada memecah karbohidrat kepada gula ringkas. Jadi, kalori tidak akan diserap ke dalam badan.
  • ii. Tambahan lagi, White Kidney Beans adalah makanan kaya serat, protein, vitamin dan mineral. Ia akan membuat anda rasa kenyang untuk masa yang lebih panjang. Jadi anda tidak akan mempunyai keinginan untuk makan.
3-      Kacip Fatimah
  • i. Menstabilkan hormone dalam badan, memantapkan tisu yang memerlukan hormonestrogen dan melewatkan proses penuaan.
4-      Kolagen
  • i. meningkatkan kelembapan kulit serta memperbaiki kulit kasar dan kulit berparut.
Per’l Xlim sangat berbeza dengan produk dari pengeluar kopi yang lain kerana ia mempunyai kelebihan yang sangat banyak. Tidak seperti produk lain yang hanya tertumpu pada sesuatu bahagian sahaja. Per’l Xlim memberi anda seribu satu kelebihan yang merangkumi seluruh aspek dalam menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan.

Apabila produk ini diamalkan ia mungkin mempunyai kesan sampingan yang biasa seperti rasa dahaga selepas minum Per’l Xlim. Tetapi jangan risau penyelesaiannya anda hanya perlu  minum banyak air untuk membantu menggalakkan proses detoksifikasi. Ini adalah proses biasa dalam mendapatkan tubuh badan yang ideal.

Cara-cara untuk mengambil Per'l Xlim, anda hanya perlu minum Per'l Xlim:
  • Dua kali sehari 30 minit sebelum sarapan pagi dan makan tengahari anda.
  • Sebaik-baiknya satu paket dengan 150ml air setiap kali anda minum Per'l Xlim.
  • Untuk Per'l Xlim Café, kami cadangkan minum Per'l Xlim setengah jam sebelum sarapan pagi dan makan tengah hari.
Faedah yang anda dapat dari Per'l Xlim ialah ia membantu untuk menurunkan berat badan tanpa ponteng makan dan bersenam. Mudah untuk diamalkan, hanya perlu bancuh dengan air panas. Malah sesuai untuk orang dewasa yang sibuk bekerja, suri rumah dan juga untuk pelajar. Ia boleh dimakan oleh lelaki dan wanita.


Blogger juga dijemput untuk menghadiri pelancaran produk Per'l Xlim ini. Bertempat di Alessio, Publika pada 23rd April 2014. Seramai 8 orang blogger dijemput untuk melihat sendiri produk terbaru dari Power Root disamping mencuba produk ini. 


Alessio, Publika.


 Per’l Xlim, Bloggers Meet-up.
 Tempat ini sangat selesa dan sesuai untuk bersantai.
Produk terbaru dari Power Root. Per’l Xlim Café (Coffee) dan Per’l Xlim Choco (Chocolate Drink).
Penerangan oleh marketing manager Power Root berkenaan dengan produk Per’l Xlim. Banyak betul kelebihan produk ini berbanding produk yang lain.
 Blogger juga diberi keistimewaan untuk melihat TVC pertama berkaitan produk Per’l Xlim.
 Antara blogger yang datang memeriahkan aktiviti pada hari tersebut. Masing-masing excited nak mencuba produk terbaru dari Power Root.

Sebagai wanita, I have to try this product. Siapa tak mahu kurus dengan mudah dan cepat. Jadi pastikan anda juga turut mencuba produk ini nanti. Sama-sama kita boleh berkongsi kelebihannya. Nantikan review dari saya selepas ini. Anda boleh dapatkan produk ini di Mydin, Giant, Aeon dan Aeon Big, Cold Storage dan outlet yang terpilih yang menjualnya.

Untuk maklumat lanjut anda semua digalakkan untuk melawat dan klik button like page ini :

Pastikan anda semua like page ini yea. Banyak kelebihannya untuk anda nanti. Jumpa lagi di next entry.

No comments:

Post a Comment