Thursday, January 31, 2013

Childhood

Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Hope semuanya sihat dan ceria seperti biasa. Bila dah takde kerja macam-macam baranglah yang di cari dalam bilik supaya dapat menyemakkan bilik dan blog ini. Bosan menunggu result dan tak sabar nak KERJA!! hihi tapi takut pun ada. Baru seminggu dok kat rumah dah rasa macam lama pula tapi kalau tengah belajar rasa cepat pula masa berlalu. Itu maknanya makan tidur makan tidur jea kat rumah!. haha. Selalunya waktu belajar dulu tiap-tiap hari busy sampai tak cukup tidur sekarang ini asyik terlebih tidur jea. Penat juga kalau terlebih tidur ini. 

Tapi Asyik takdelah buang masa sangat kat rumah ini sebab waktu malam kadang-kadang Asyik mengajar budak-budak tuisyen. Rajin tak cikgu baru ini. haha. Ala dah orang minta kita ajar so ajar jeala dari tak buat pape kan. Jangan main-main Asyik ajar Matematik dan Bahasa Inggeris tau tapi untuk tahun 2 jea. hahaha. Nanti ajar budak-budak sekolah menengah azablah nak menghafal segala formula. takpe cuma mencari pengalaman sebelum dapat kerja yang tetap. Straight to the point Asyik cuma nak share gambar-gambar masa Asyik kecil-kecil dulu. Korang jangan gelakkan pula sebab Asyik rasa macam comot jea. haha. Almaklumlah budak-budak. Jom tengok. 

Aunty kita main-main dengan kita pula. hihi. tak malu betul tak pakai baju.

Wah hidung dengan pipi sama naik. haha. Nampak tetiak tite la!..malu tau.

Gigi dua batang baru naik.

Woooo..serius muka, bergambar tepi mesin basuh pun boleh juga. haha

With my cousy yang nakal ok.

Nampak peyut dia yang boyot la.


Ini gambar kat kampung. Buncitnya perut. haha

Dengan adik lelaki Asyik. Comel kan kita, muka baik sangat. haha
Korang ade?Kalau ada share la gambar korang pula boleh Asyik tengok.
Till next entry.
xoxo

6 comments:

  1. suka gambar asyik yg gigi dua batang...comey giler...tembam nye...hoho...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you..hihi..skrg pun tembam juga..hihi

      Delete
  2. hehe...comei nyer...nanti eika plak buat entry zaman kanak2 yer....asyik terjah blog atikarafina.blogspot.com gak yer....

    ReplyDelete