Assalamualaikum, Dari sekolah menengah Asyik memang suka sangat beli majalah dan buku. Boleh dikatakan setiap kali balik sekolah mesti akan singgah kedai mana-mana yang jual majalah atau buku. Tapi takdelah setiap hari beli. Kalau ada yang menarik jea akan beli. Sebabnya Asyik rasa bila baca pelbagai jenis majalah boleh membuatkan kita tahu akan situasi di luar sana. Walaupun kita tak berada di sana sekurang-kurangnya kita akan tahu apa yang ada dan tak ada di sesuatu tempat itu. Dulu Asyik suka juga beli majalah Travel sebab berangan-angan nak melancong satu dunia. Tapi bila dah besar ini lebih minat kepada majalah fesyen. Tapi angan-angan itu tetap disimpan lagi cuma perlukan masa dan duit sahaja untuk laksanakannya. hehe. Majalah kat rumah Asyik memang dah terlebih muatan sampaikan terpaksa dibuang dan ada yang dijual semula. Nasib baik ada yang nak beli. Sebab bila pindah rumah terlalu banyak sangat nak bawa. Bila dikumpulkan semua majalah itu memang berat kot nak angka...