Assalamualaikum,
Festival Ramadhan Klang di Pusat Pemborong GM Klang telah pun bermula sejak 27 Jun 2015 lagi. Majlis pembukaan rasminya telah berjaya menghimpunkan kesemua orang-orang belakang tabir bagi merealisasikan festival ini termasuk pihak media seterusnya menggunakan peluang ini bagi mengeratkan lagi silaturrahim melalui acara berbuka puasa.
Majlis dihadiri sendiri oleh Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn. Bhd sendiri selaku penganjur festival iaitu Yang Berbahagia Dato' Lim Seng Kok disamping Yang Berusaha Dr. Leong Khai Hin, Presiden Klang Chinese Chamber of Commerce Industry dan wakil-wakil dari rakan kerjasama festival ini iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Projek Iqra' dan Women International Network (WIN).
Festival Ramadhan Klang 2015 yang berkonsepkan 'balik kampung' ini menyediakan lebih kurang 120 buah gerai jualan persiapan raya dan juga juadah puasa. Para pengunjung bukan saja berpelung untuk membeli-belah tetapi juga dapat berhibur melalui penyusunan program-program terbaik sepanjang 17 hari festival ini berlangsung di antaranya program berunsurkan ilmiah seperti tazkirah Ramadhan, Malam Selawat Rasul bersama Al-Mawlid dan Habib Najmuddin, dan bacaan Al-Quran oleh pelajar-pelajar Tahfiz, program santai seperti persembahan akustk dan nasyid, sesi bermoreh bersama selebriti terpilih dan tidak lupa aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak seperti sesi beramah mesra bersama maskot-maskot karektor popular tanah air serta banyak lagi. Paling istimewa adalah lorong khas yang dihias dengan dekorasi perkampungan melayu untuk para pengunjung merakamkan detik indah mereka bersama keluarga.
Selain itu, festival ini juga turut menyediakan ruang percubaan kepada alumni UiTM dan badan bukan kerajaan untuk menjual produk buatan mereka sendiri selain melatih diri mereka untuk bergelar usahawan. Program seperti ini sebenarnya sangat sinonim dengan hasrat Pusat Pemborong GM Klang sendiri yang mana sentiasa membuka ruang kepada golongan usahawan PKS (Peniaga Kecil Sederhana) untuk memanjukan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Festival yang bakal berakhir pada 12 Julai nanti ini beroperasi dari jam 3 petang (Isnin-Jumaat) dan seawal 11pagi (Sabtu-Ahad) sehingga 11 malam. Berikutan dengan itu, kedai-kedai di dalam pemborong GM Klang turut dilanjutkan waktu perniagaannya hingga ke 10 malam dari hari kebiasaan yang berakhir pada 7 petang khususnya untuk kemudahan para pengunjung festival.
Blogger-blogger yang hadir memeriahkan majlis berbuka puasa.
Mari ramai-ramai kita ke GM Klang dan shopping sakan kat sana. Bawa semua ahli keluarga anda.
Untuk maklumat lanjut layari :
Website | www.gmklang.com
Instagram | Festival Ramadhan Klang 2015
Till Next Entry.
Love, Asyik.
wahhhh meriahnya sambutan festival ramadhan di GM Klang...
ReplyDeletebetul sgt meriah..jgn lupa pergi..:)
DeleteAsyik datang sini 2 hari je ke? Bestnye dapat join event ni. Jumpe namee pulak tu >.<
ReplyDeleteAnyway, jangan lupa join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!
a'ah dtg 2hari jer.. :)
DeleteSeronoknyaaaa!
ReplyDeleteNannie..miss you..hihi..:)
Deleteamboih siap ada funfair!! hahhaha kemain abg geo nye ohh blk kl xgtau kiteww tau! hehehe tc kak tl we meet again tau :)
ReplyDeletedtg kejap jer Suzai..semata-mata nk shopping..hehe.. next time kita jumpa okay..:)
DeleteTak larat nak berjalan kalau g sana..Rambang mata
ReplyDeletebetul tu..mcm2 dan byk sgt barang kan..:)
DeleteIka pernah pergi GM klang.best untuk shopping wholesale I enjoy shopping at Althea Korea too. Don't forget to read my haul here :)
ReplyDeleteAlthea Korea's Haul