Skip to main content

Serlahkan Gaya & Peribadimu dengan Viva by Fergie

Assalamualaikum,
FEMININ. BERANI. MEMPESONA.
Kehadirannya sentiasa menggamit perhatian. Gayanya garapan tersendiri tanpa mengikut kebiasaan. Tak kira apa jua ranjau kehidupan, semangat dan keyakinannya tidak pernah luntur. Dia sentiasa bersedia menghadapi segalanya. Keanggunan dan ciri kewanitaan miliknya menjadi dambaan semua.

Dengan semburan haruman Viva by Fergie, anda boleh merasakan sendiri keyakinan dan keberanian milik penyanyi, pelakon, peragawati dan ikon, Fergie. Viva by Fergie merupakan kolaborasi ketiga di antara artis antarabangsa Fergie bersama Avon yang bertujuan memberikan  keberanian untuk berdikari, meraikan sudut lain seorang wanita dan keyakinan untuk hidup dengan gaya tersendiri.
Viva by Fergie Eau de Parfum dari Avon
Bungaan segar yang menawan
Haruman ke-3 dari Fergie bersama Avon
Telah dilancarkan pada 1 September 2014
50ml, RM109.00 (S&S RM125.35)
Boleh didapati dari Wakil Avon, Butik Kecantikan Avon
 
Herba Dingin yang Segar
Pepohon hijau dan herba yang semerbak menghasilkan kombinasi aroma
yang menyegarkan deria.

Putik Lavender
Putik lavender mempunyai haruman yang nyaman dengan sedikit ketajaman yang unik, memberikan  kesinambungan kepada aroma maskulin dan feminin.

Rumpun Vetiver
Merupakan antara aroma kayuan yang paling wangi, rumpun vetiver mempunyai aroma ala kulit yang ringan, membuatkan haruman ini sensual.

Haruman Viva amat segar dan luar biasa dengan gabungan aroma maskulin dan feminin. Herba dingin membuka haruman, diselangi bungaan yang nyaman dan diakhiri dengan kehangatan kayuan dan tanah yang mengasyikkan.

Mulakan langkah penuh keyakinan dengan haruman Viva by Fergie Eau de Parfum yang sensual dan berani. Ia dipasarkan pada 1 September 2014. Untuk mendapatkannya, temui Wakil AVON atau kunjungi mana-mana Butik Kecantikan AVON di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com

Till Next Entry.
Love, Asyik

Comments

Popular posts from this blog

Giveaway Fair & Lovely bersama Asyik Maiburogu - 10 pemenang akan menerima hamper bernilai RM50

Assalamualaikum, Berbaju Melayu dan juga kebaya, Kurung moden pun ada juga, Hari raya disambut dengan gembira, Kulit cerah berseri bertambah ceria. Bagus tak pantun Asyik buat itu? Bolehlah kan walaupun ada yang tak berapa nak sesuai. hehe. Tapi isi yang nak disampaikan tersangatlah bermakna untuk semua. Kalau tak baca rugi sampai bila-bila. Cewahhh. Pasti semua dah siap dengan berhelai-helai baju raya kan. Siap ikut trend semasa lagi. Asyik baru ada sehelai baju. Last minute baru nak shopping sehelai lagi baju raya. Beli banyak-banyak pun bukan nak keluar ke mana sangat sebab balik kampung jea pun.  Tapi bab kecantikan Asyik dari awal lagi dah bersedia. Supaya raya nanti muka nampak cerah berseri. Dengan adanya produk Fair & Lovely Asyik memang tak perlu risau lagi sebab memang kulit akan cerah dan berseri bila menjelang hari raya. Memang Asyik sesuai dengan produk Fair & Lovely. Selesa bila pakai dan tak berminyak bila kena pada kulit muka Asyik. Pe...

Are You 'The Face of Healthy Beauty'?

Assalamualaikum, Pencarian kini bermula! Guardian Malaysia telah melancarkan pencarian besar-besaran untuk mencari EMPAT wanita yang menepati ciri-ciri 'THE FACE OF HEALTHY BEAUTY' bagi mewakili jenamanya. Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Tenggara, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata "Pencarian The Face of Healthy Beauty bukan satu pertandingan kecantikan. Setiap pemenang akan menandatangani kontrak satu tahun sebagai Duta Jenama Guardian beserta wang tunai RM10,000, baucer guardian bernilai RM10,000 dan RM5,000 setiap seorang untuk disumbangkan kepada organisasi kebajikan pilihan mereka. Mereka akan menghiasi muka depan Katalog Jenama Guardian dan beberapa kolaterol lain dan akan menerima produk daripada jenama-jenama penaja. Peserta perlu memuat naik satu video berdurasi 30 saat dan menyatakan "mengapa mereka ingin menjadi The Face of Healthy Beauty?" beserta satu gambar penuh dan satu gambar berukuran pasport. Penyertaan bol...

Sheikha Hub Media Launches to Support Islamic Fashion Online Entrepreneurs

Assalamualaikum, Last weekend on 29 June 2013 Asyik telah diberi peluang untuk menghadiri event yang sangat eksklusif. Terima kasih pada Innanie kerana mewakilkan Asyik untuk menggantikan dia yang tak dapat hadir kerana ada aktiviti yang lain. Rasa sangat seronok dapat menghadiri event yang begitu elegen dan penuh dengan fashionista. Venue: The Boulevard, Publika Date: 29 & 30 June 2013 (Saturday & Sunday) Time: 10 am – 9 pm ACTIVITIES Model Search Final Fashion Shows Performances Hijab Styling VENDORS Muslimah Clothing and Accessories, Skin Care & Beauty Products, Islamic Art. SheikhaHub is a platform to assist entrepreneurs dedicated to the development of Islamic fashion via on ground activities (fashion shows, bazaar, networking sessions) and online assistance (directory, tips).  Under the guidance of leading international designers in the likes of Fatma Ghanem of Qatar , Zeina of Palestyle Dubai , Farrah Adeeba of Malaysia ...